Saturday, 5 May 2018

Novel-Aku tanpa cinta-Mu

Haiiii...

Pada siapa yang tak kenal lagi Violet. Hai selamat berkenalan. :P 
Memandangkan kebanyakan cerpen aku yang dah siap semua dah publish kat sini so aku start dengan novel pulak.

Basically, aku sebenarnya ada 3 on going novel dalam laptop dan ya, semua aku tak siapkan lagi (gelak sambil nangis). So, aku just nak perkenalkan lah salah satu novel aku which is kinda macam novel dakwah sikit (not my cup of tea but worth to try.)

Kalau nak cari karya yang dark sikit boleh usha Wattpad aku di https://www.wattpad.com/user/VioletYuri


Anyway, here's some sneak peek of prologue dan bab 1


prolog
            Buk!! Sedas penumbuk tepat mengenai pipi kanan budak lelaki itu. Matanya merah menahan air mata.
            "Kalau setakat kena macam tu dah nak nangis baik jangan jadi lelakilah wei.. Buat malu je," Gadis kecil itu tersengih  sumbing padanya. Tak padan dengan perempuan.
            "Sakit lah, bongok!!"
            "Lembik!!" Gadis itu menggawangkan penumbuknya di udara. Khalif  menghalang muka dengan tangannya. Takut terkena lagi.
            Gadis itu hanya tersenyum. Budak lemah. Baru kena sikit.
            "Aku bagi warning. Kau kacau tempat aku lagi, lagi teruk kau kena..." Dan dia terus berlalu.
            Khalif mengusap tepi bibirnya yang berdarah. Tak guna punya perempuan. Aku bukan buat apa pun kat sini. Bajet macam tempat ni bapak dia yang punya. Dia menggenggam penumbuknya.
            Aku akan buktikan suatu hari nanti siapa yang lembik, siapa yang lemah. Bisik hatinya.

Bab 1
            Hari pertama menjejakkan kaki ke universiti, setelah habis pengajian di matrik. Setelah lebih kurang setengah tahun melangut menanti keputusan. Akhirnya dia bergelar mahasiswa di universiti pilihannya, dan dalam bidang pilihannya. Khalif hanya tersengih.
            "Woi, nanti lambat pergi orientasi. Melangut lagi," Irfan, teman sebilik barunya menyergah. Dari tadi duk tersengih macam kerang busuk, macam kera sumbang.
            "Alah, orientasi je kot.. Bosanlah... Setakat dengar bebelan, baik tidur dalam bilik," Irfan mencebik.
            "Daripada kau tidur, baik kau keluar tengok wayang ke, keluar dengan awek ke... Adalah juga daripada kau terbaring je," Irfan terus keluar. Khalif buat tidak tahu. Dari zaman sekolah menengah lagi, dia memang allergi dengan orientasi.
            Zaman sekolah dulu bila wajib kena pergi memang dia mengelat sungguh sampai satu sekolah boleh kenal dia sebab kena hambat pergi orientasi. Ada sahaja alasan untuk tidak pergi kerana baginya, orientasi sangat membosankan.
***
            Buk! Sedas penumbuk mengenai tepat ke arah pengawas yang beria mencarinya itu. Ni Mesti keje Cikgu Hamid ni pasal kes merokok belakang tandas.
            "Kau tak payahlah ikut sangat cikgu Hamid tu. Lepas je la aku.. Takkan kau tak serik-serik lagi!!" Pengawas itu bangun. Ya, dia sedar. Khalif pembuli terhebat sekolah. Tak kira siapa dia main belasah tapi arahan guru disiplin perlu juga dilunaskan.
            "Hoi jadah kau menung apa lagi? Orientasi dah nak mula!!!" Angannya berkecai dibawa pergi teman sekelas satu kuliah yang baru dia kenali, boleh buat geng tapi fikir dua tiga kali, macam tak masuk je...
            "Bisinglah kau, Im.. Nak pergi, pergi sajalah," Dia menutup mukanya dengan bantal.
            "Eloklah tu, baru orientasi dah buat hal," Ek ek mamat ni... Banyak bunyi.
            "Pergi je lah...Bising lah kau ni..." Imran hanya mencebik dan terus keluar dari situ.
***
            Hari ini dalam sejarah Khalif menjejakkan kaki menyertai orientasi. Hari itu ada taklimat khas tentang pendaftaran subjek untuk setiap semester yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar. Bukan dia mahu, tetapi dia tertarik dengan perbincangan teman serumahnya malam tadi.
            Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Khalif baru sahaja merebahkan badan ke katil apabila mendengar teman-teman barunya berborak selepas baru pulang dari orientasi yang berakhir pukul 2 pagi.
            "Aku bosanlah dengan orientasi ni, tiap malam duk kena marah je," Irfan memulakan bicara pada temannya yang berkumpul sambil melantak Super Ring yang dibeli di kedai runcit sebelah bank didalam universiti itu.
            "Dah namanya orientasi, hadap je lah..." Alfian menempelak dengan mulut penuh.
            "Tapi, kita ni bukan budak-budak lagi der... Cuba cari benda best sikit nak buat,"
            "Spoil lah korang... Time orientasi je depa macam tu, cuba tegur depa kat luar, depa okay je," Ujar Saiful sambil mengelap rambutnya.
            "Itulah korang, dah tahu bosan pergi lagi," Khalif tiba-tiba mencelah, dia bangun dari pembaringannya.
            "Kitorang bukan macam kau, pemalas yang amat," Ujar Imran, perli. Khalif hanya mencebik.
            "Eh, tapikan, korang perasan tak, ada seorang faci tadi, dia pakai niqab? cantik gila wooo..."
            "Niqab?? Niqab tu apa weyh?" Empat pasang mata memandang ke arah Khalif dengan pandangan krik krik.
            "Seriously weyh, niqab tu menatang apa?"
            "Bro, kau ni dulu duduk hulu ke??" Khalif rasa nak menumbuk halkum Alfian.
            "Bro, niqab tu purdahlah, yang perempuan pakai nampak mata je, takkan hang tak pernah nampak?" Saiful memberi pencerahan.
            Khalif menggeleng. "Yang live tak pernah nampaklah... Kat tv or internet maybe la pernah tertengok sekali dua,"
            "Ni mesti kau ni kaki tengok porno ni," Imran serkap jarang. Seisi bilik kecoh sebentar dengan gelak tawa.
            "Kurang ajar,"
            Dan kini matanya meliar di segenap dewan itu mencari gadis yang dimaksudkan. Ikut pada mereka, hanya seorang sahaja facilitator yang berpurdah, mudahlah pencariannya.
            "korang tak tahu ke namanya?"
            "TAkkan tak tahu dah kecoh satu batch kita. Nama dia Wardah Nasuha, dia sama umur dengan kita, tapi dah tahun kedua, kejuruteraan mekanikal," Khalif terdiam. Hebat sungguh, ambil kejuruteraan mekanikal pula.
            "Macam mana pula dia tahun kedua?"
            "Kan dulu, universiti ni ambil budak lepasan SPM time Januari, dulu boleh pakai result trial SPM, sekarangkan kena minta approval kementerian dulu. Dia masuk asasi umur 18, kita kena masuk matrik or others dulu.. Itu yang dia lagi advance dari kita,"
            "Kau kenapa Khalif, pelik pula hang nak tahu," Saiful kebingungan. Dia yang duduk satu matrik dengan Khalif dulu tahu sungguh perangai Khalif macam mana.
            Khalif hanya tersenyum.
            Suara emcee di hadapan hanya sayup-sayup di pendengarannya. Alah, bukan tak boleh ambil tahu nanti, adalah orang yang tolong beritahu kalau dia tanya nanti. Matanya masih meliar ke seluruh dewan itu.
            Bibirnya mengukir senyuman refleks. Berbaju muslimah paras lutut berwarna merah jambu dan bertudung labuh berwarna hitam, beserta niqab warna sama. Duduk di hujung barisan hadapan di sebelah kiri dewan. Dia duduk di barisan atas sekali, jadi dia dapat mengecam dengan mudah.
            "Wei, yang tu ke?" Saiful memandang ke arah telunjuk Khalif. Dia mengangguk.
            "Ye la... Awat? Hang nak try ke?? Tak payahlah, muka jamban, perangai setan  macam hang mana dia pandang," Khalif mencebik.  Aku sikit punya hansem dia kata muka jamban.
            "Lagipun, aku dengar dia tu mana layan lelaki. Kalau nak bercakap pun suruh kawan perempuan dia passkan, kalau buat assignment group pun, bawa sekali kawan perempuan dia,"
            "Mana kau tahu banyak pasal dia?"
            "Kembar aku masuk sini juga, satu batch dengan dia. Aku try usha sket pasal minah tu, aku pun seram nak masuk line," Saiful membalas sambil pemandangan kembali ditala ke hadapan.
            Khalif hanya terdiam. Menarik... Tapi, belum cuba belum tahu bukan? Mungkin dia boleh gunakan Saiful sebagai orang tengah.
            "Aku tahu dalam kepala hotak hang dah ada plan nak gunakan aku, tengok senyum pun dah tau. Hentikanlah, aku tak nak terlibat," Matanya ,masih ke arah slide di pentas yang menunjukkan tentang cara untuk mendaftar tempat tinggal. Bukan dia tidak kenal mamat ni, kalau dah senyum sampai nampak sumbing muka tu adalah idea gila dia tu.
            Khalif hanya menjeling sekilas. Alah, cakap tak nak, aku belanja rokok sekotak nanti cair juga.
            Tapi, yang penting dia perlu mendapatkan sebanyak mana maklumat tentang gadis itu.
***
            Seminggu yang memenatkan!!! Khalif menggeliat malas, Kelas sudah bermula minggu kedua di sini, dengan orientasi yang dalam sejarah hidupnya kali pertama dia rajin pergi. Ada juga sekali dua bila dia pergi, namun hampa apabila Wardah tiada di situ dan dia mengambil keputusan pulang ke hostel, merokok dan terus sambung tidur. Teruk punya perangai.
            Dan berkat dia yang terlalu rajin untuk mengetahui tentang gadis itu, dia berjaya mendapatkan jadual harian kelas Wardah.
            "Woi, kelas sendiri kau tak pergi, kelas orang pula kau rajin pergi?" Alfian menyelar sambil menyikat rambutnya belah tepi dan menggayakan spek besarnya.
            "Alah, ni bukan sekolah lagi beb ada kedatangan semua. Lecturer pun bukan peduli aku datang," Dia juga menyiapkan diri, tetapi bukan untuk ke kelasnya, sebaliknya mahu ke kelas Wardah. Sejak dua hari lepas dia tak pernah miss kelas yang ada gadis itu, dan kalau ada masa renggang, barulah dia ke kelasnya sendiri. Baru tahun pertama dah perangai jadah haram.
            "Ya lah...tapi jangan sampai diri sendiri punya schedule terabai. Kau tu baru first year, uni ni pun kau tak tahu selok belok lagi, tak payah berlagak bijak sangat," Irfan mengingatkan.
            "Membebel sangatlah kau ni, skema," Khalif terus keluar tanpa mempedulikan kedua-dua teman yang berpandangan sambil mengeluh halus.
            "Bangang tak bertempat," Sedas Alfian menghambur.
            "Biarlah dia,"

Saturday, 20 January 2018

Cain and Abel (2016) review

mooo... dah nak masuk februari ke?

Subjek: Cain and Abel (2016) // Kain to Aberu

Peringatan awal, drama ni drama kekeluargaan yang sangat sarat dengan emosi.

Sebelum itu, sejujurnya kenapa aku pilih untuk tengok cerita ni adalah sebab Yamada Ryosuke je..Tapi, lepas tengok cerita ni. Yes, aku sangat recommend untuk sesiapa yang sedang mencari drama yang bagus.

Sedikit sinopsis tentang cerita ini (nota kaki; sinopsis ni berdasarkan apa yang aku tengok jadi aku cerita apa yang aku ingat je la okay?)

Mengisahkan tentang dua beradik; Si abang Takada Ryuichi dan adik, Takada Yu (si kacak Yama chan huhuhu). Ryuichi ialah seorang Vice president di syarikat milik keluarga Takada; Takada General Real Estate, seorang yang sangat berkaliber, berstrukturdan mampu menyelesaikan semua masalah dengan sendiri. Cara dia dibesarkan membuatkan dia menanggung semua masalahnya sendiri.

Yu pula, seorang yang bebas, dan suka lakukan sesuatu mengikut apa yang dia rasakan betul. Yu sangat mengagumi abangnya dan teringin untuk mengikut jejak langkah abangnya.

Pada awalnya, Yu dimasukkan ke dalam Team projek untuk perancangan pembinaan Outlet Mall pertama syarikat tersebut, dan dari situ Yu banyak belajar tentang selok belok bisnes. Dia bekerja bersama seniornya; Yahagi Azusa yang kemudiannya diperkenal sebagai kekasih abangnya sendiri.

Cukup la kot nanti spoiler pula. Tapi tak rasa ada orang yang dah baca setakat ini.

Kenapa aku pilih untuk bercerita panjang lebar tentang cerita ini? 1. Jalan cerita yang padat dan bagi aku, tiada loophole. Aku ni takdelah pandai sangat nak analyse loop hole ada ke tak, tapi bg aku flow cerita ni sangat bagus. Pace cerita dia tak laju, tapi tak perlahan. Dan plot cerita dia sangat kuat, dan terserlah kaitan antara satu sama lain.

Aku suka sebab dalam drama ni, bukan cerita cinta memanjang. Malah, persoalan cinta tu pun cuma sipi je dalam drama, sekadar pelengkap cerita (walaupun ada peranan dia dalam perkembangan karakter masing2)

Latar belakang dunia korporat sangat ditunjukkan dalam drama ni, tentang bisnes, tentang perancangan projek, leading a projectm negotiating with customers. Part ni memang aku beri kredit lebih.

Yang paling aku suka tentang drama ni ialah perkembangan karakter Ryuichi, Yu, Azusa, dan lain2 watak, contohnya Takada Takayuki (ayah). Yu dari seorang yang naif tentang kerjanya, carefree, menjadi terlalu obses dengan pemikiran untuk mempertahankan syarikat sehingga menyebabkan abangnya dilepaskan dari menjadi Vice president dan melakukan kesilapan dengan memberi rasuah pada seorang ahli politik untuk kelangsungan satu projek yang ayah dan abangnya tidak teruskan. Ryuichi dari seorang yang berstruktur dan mengelak risiko, yang menanggung semua masalah sendirian, kepada seorang yang lebih memikirkan orang di sekelilingnya dan lebih memikirkan perasaan tunangnya Azusa.

Tapi, di akhirnya, mesej kekeluargaan dalam drama ni sampai. Di mana si abang sangat ingin menjadi seperti adiknya yang bebas, manakala si adik sangat mengagumi abangnya dan ingin mengikut jejak langkah si abang.

Dari si ayah yang sangat berat sebelah dengan hanya bergantung harap pada si abang, kepada bergantung pada si adik setelah melihat potensinya, kepada seorang yang lebih menghargai keluarganya.

Emosi dalam cerita ni agak berat sebab berkisar tentang kelurga. dan aku sangat teruja dengan facial expression setiap pelakon, especially Yamada Ryousuke (Takada Yu). kadang sampai tak dapat bace, dia ni benci abang dia ke?

Kesimpulannya, drama ni sangat best. Aku nak buat perbandingan dengan drama melayu tapi dah terlalu panjanglah pula. Jadi, aku berhenti sampai sini je.

Dan ni dah kali ke 5 kot aku ulang dengan ost cerita ni sambil menaip.

Wednesday, 8 November 2017

Sincerely, yours.

I had a dream. Big and ideal.

Yup. More close bitch.

I have a family. Happy family. Have a good job and nice salary.

Okay bitch. just a little bit closer.

I work hard since then. To be to that stage.

There you go. Put some force to it.

Good friends. They are always be by my side.

Stupid. Who loves you? No one loves you.

I have to move a few steps away before the dream comes true.

Enough chatting bitch. Now wave it to another side.

But now what I see is darkness.

Yes. It finally flows! Hahaha

No one loves me.
Yup bitch. No one does.

Everyone was pulling their back behind me.

Definitely.

What should I do?

You should die now.

I'm scared. Somebody help me.

Nobody aint gonna help you. Now shut up and keep scratching.

Help.

I am helping you babe. Now keep doing it.


There you go…

Goodbye world.

Sleep well baby. I will be by your side, forever.
Sincerely,
the bitch


Sunday, 8 October 2017

Ehem. Since dah lama tak post kat sini, so aku randomly pilih cerpen2 lama yang sempat habis untuk di post. Cerita ni dibuat tahun 2013 rasanya. Waktu aku masih tak move on dengan zaman sekolah hahaha. 
Disclaimer: Tiada apa yang diubah dari cerita ni, baik plot mahupun gaya bahasa. Apa yang anda baca di bawah ni adalah interpretasi seorang gadis berumur 18 tahun. Jadi, kalau cheesy sangat tu, marahkan 18 years old Violet k.

Watak adalah khayalan semata. Segala persamaan hanyalah kebetulan. (Atau juga imaginasi penulis ahaks)


Tajuk: Suatu cerita dahulu
10 Okt, 0802 hours
            Dia memegang kepalanya. Berat sungguh. Macam baru kena hentak dengan besi. “Kat mana ni?”
            Dia membuka matanya dengan lebih luas. Dia tidak pernah pula ingat tempat ini. Memang bukan dalam senarai ingatannya. Dia cuba untuk mengingati apa yang terjadi padanya sebelum pengsan. Ternyata tiada apa yang boleh diingatnya.
            Dia memandang ke kiri. Jantungnya bagai berhenti berdetak. Afiq!!! Gadis itu tersentak. Lelaki itu sepatutnya berada di Miri sekarang atas urusan kerja. Kenapa dia berada di sini? Dan dia kelihatan sungguh lemah dengan tangan dan kaki diikat.
            “Afiq….Afiq.. Awak, bangunlah…” Tiada jawapan. Ati resah. Dia menampar-nampar muka lelaki itu. Masih tiada jawapan.
            Ati memeriksa nadi lelaki itu. Lemah. Otaknya ligat mencari jalan penyelesaian. Dia sendiri bingung tentang apa yang terjadi padanya. Yang lebih penting, apa yang terjadi pada Afiq? Berapa lama dia berada di sini? Kenapa pula mereka di sini? Argh!!! Siapa punya kerja ini???
            Kenapa pula dia tidak diikat tetapi, Afiq diikat dan diseksa dengan teruk? Penuh lebam satu muka! Siapa malaun durjana yang buat benda ini? Kenapa Afiq jadi mangsa?! Kenapa??!
            “Awak…” Ati tersentak. Lamunannya bersepai. Ati menoleh. Terlihat di sebalik bingkai cermin mata yang dipakai lelaki itu sepasang mata yang layu dan kuyu tidak bermaya. Ati tersenyum sedikit. Lega kerana Lelaki itu masih bertahan.
            “Awak… Macam mana awak ada kat sini? Bukan awak pergi offshore ke?”
       “Sepatutnya… Tapi ada orang serang hendap saya masa saya ada dalam toilet sebelum berlepas….”Ati menekup mulutnya.
            “That’s mean… You’re here for about three days??!” Afiq hanya tersenyum sedikit. Tidak mampu memandangkan bibirnya masih berdarah.
            Ati menarik nafas dalam. Dalam keadaan sebegini, dia harus tenang dan tidak boleh panic. Dia perlu lakukan sesuatu.
            “Awak makan tak selama tiga hari ini?” Afiq hanya menggeleng lemah. Bilik serba putih itu kelihatan semakin sempit seiring dengan waktu berjalan. Ati hanya mengeluh halus. Dia sangat bersyukur lelaki itu mampu bertahan sehingga hari ini walaupun tidak menjamah apa-apa pun sepanjang dia dikurung.
            Ati mencari-cari di dalam poket seluarnya jika ada coklat atau gula-gula yang disimpan. Tugasnya seharian membuatnya terlupa untuk ke kedai ataupun dapur di rumahnya untuk mencari makanan, jadi dia hanya membawa makanan ringan untuk mendapatkan sedikit tenaga.
            Dia tersenyum. Choclairs masih ada… Namun, sebelum itu, dia harus membuka ikatan tangan dan kaki Afiq. Melihatkan keadaan lelaki itu masih lemah membuatkan Ati sedikit sebak. Apa yang dilakukan oleh lelaki itu sampai ada yang tergamak membuatnya sebegitu.
            “Awak… Saya minta maaf. Saya cuma ada coklat jer… Tapi cukuplah untuk awak dapatkan tenaga sedikit,” Ati menghulur coklatnya yang sudah dibuka. Coklatnya itu sudah dimakannya separuh. Mungkin ketika makan tengah hari apabila dia memang tidak dapat keluar makan bersama teman sekerja.
            Afiq mengambil huluran Ati. “Terima kasih,” Hanya itu ungkapan yang mampu dia ucapkan. Dia benar-benar sudah kehabisan kudrat sekarang.
            Ati bangun dan meraba-raba dinding putih sekelilingnya. Bijak penjenayah ini. Dinding ini dilapis dengan baik sekali agar kedap bunyi. Jadi, sukar untuk dia mengenalpasti kedudukannya sekarang. Ati mengeluarkan telefon pintarnya. Dia mengeluh. Sudah dijangka tiada signal. Memang tiada apa yang boleh dia buat selain menunggu penjenayah itu memunculkan diri.
09 OKT, 2018 HOURS
            Ati mengambil beberapa gambar mangsa dan juga bukti-bukti di tempat kejadian. Penting untuknya mendapatkan gambar yang cantik dan jelas agar dapat diproses apabila pulang ke makmal nanti.
            “Nama mangsa Rohaiza Abdul. 32 tahun. Bekerja di firma guaman berdekatan sebagai peguam,” Teman sekerjanya Aidil memberi keterangan awal kepada ketua mereka, Encik Safwan.
            “Cause of death?”
            “Tikaman di bawah abdomen mangsa. Sekurang-kurangnya itu yang kita dapat buat masa sekarang… Selanjutnya kita kena bawa mangsa ke makmal untuk dibedah siasat,” Neela menyambung. Encik Safwan mengangguk. Para petugas forensic sedang bertungkus lumus untuk mengumpul bukti tentang kes itu.
            “Haih… Malam minggu pun kena kerja ke?” Ati merungut. Temannya Joshua hanya tersengih menampakkan baris gigi putihnya.
            “Hello, kakak… Sudah jadi pegawai polis kenalah berkorban sikit,”
            “Forensik ok… Pembetulan,” Joshua hanya menggeleng kepala.
            “Ke you ini ada date? Itu yang banyak merungut hari ini? Selalunya you suka je nak buat kerja outdoor ini,”
            “Date apekebendanya, Jo… I’ve no time to deal with such thing,” Ati mengambil lagi beberapa gambar tapak kasut yang dijumpai di sekitar mayat.
            “Yalah… Orang dah ada buah hati…” Ati tergelak.
            “Joshua… Kitorang tak kahwin lagi, so we have no point to meet. Besides, kitorang dah kenal sejak dari sekolah lagi. What do you expect? Nak spend time selalu dengan dia? Lepas kahwinlah…”
            “You’re really weird, Ati. Kalau I, I nak habiskan masa dengan girlfriend I supaya I boleh tengok muka dia lama-lama. Even kalau we dah kenal dari sekolah lagi tau… Itu tandanya I sayangkan dia… You tak sayang tunang you ke?”
            “Apa kau melalut ini? Mestilah aku sayang dia. Tapi, kami belum kahwin lagi… Lagipun dia baru je pergi offshore tiga hari lepas. Mana ada masa nak jumpa…”
            “Alah… Mesti sudah janji nak jumpa kan… Lepas…” Ati mengisyaratkan Joshua agar berhenti bercakap. Joshua menurut.
            “Kau dah boleh proses benda alah itu… I’m done. I think I found something behind the shop. I’ll go there first. Nanti aku call kau,” Joshua hanya menurut. Ati kalau sudah berhadapan dengan nalurinya, pasti akan ada bukti baru yang akan dicapainya. Sesungguhnya dia memang pegawai yang cekap.
            Ati menelusuri jalan sempit itu. Rasanya dia terhidu sesuatu di sini tadi. Sesuatu yang mungkin berkaitan dengan kes barunya. Dia menghalakan lampu picitnya ke seluruh tempat.
            Tiba-tiba, dia dipukul dengan sesuatu yang berat dari belakang. Ati memegang kepalanya. Namun, dia tidak mampu bergerak lagi. Akhirnya pandangannya menjadi gelap.
            Orang itu tersenyum. Sasaran sudah berada dalam genggamannya. Dia mengangkat tubuh gadis itu dan memikulnya pergi. Hanya tinggal kamera milik gadis itu tersadai di atas jalan.
10 OKT, 1030 HOURS
            Ati resah. Dia masih lagi memikirkan cara untuk keluar dari situ. Segenap inci tempat itu sudah diselidik, namun memang tiada apa yang dapat dijumpainya. Ati terduduk. Dia menghela nafas penat. Afiq masih lagi bersandar lemah di dinding.
            Pintu terbuka. Ati mendongak. Kelihatan seorang lelaki masuk dengan senyuman manis yang menjengkelkan Ati.
            Gadis itu bangun. Dia memandang lelaki itu dengan penuh rasa jengkel. Dia pasti lelaki itulah suspek utama yang menyebabkan dia terlantar di sini.
            “Ati sayang… Janganlah pandang I macam itu… Senyumlah sikit…”
            “Kau ini siapa, hah? Apa yang kau nak?” Lelaki itu ketawa.
            “Lemahnya ingatan you, Ati… You tak ingat? I yang sepatutnya jadi tunang you sekarang, bukan dia!!!” Lelaki itu melampiaskan amarahnya. Matanya merah. Ati tersentak. Siapa lelaki ini? Seingatnya dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki ini.
            “You masih tak ingat? You tolak cinta I, konon tak sedia… Lepas itu… tiba-tiba saja you dah bercinta dengan orang lain!!” Ati terkesima. Sedikit demi sedikit, ingatannya pulih. Memorinya tersingkap pada peristiwa 15 tahun lepas.
23 FEB, 1000 HOURS, 15 years ago…
            “Ati… Sudi tak awak jadi girlfriend saya?” Ati tersentak dengan lamaran seniornya itu.
            “Err… Zalif… Aku minta maaf… Tapi aku belum sedia… Lagipun kita masih sekolah… Lebih baik tumpu pada pelajaran dahulu,” Ati cuba menolak dengan baik. Bukan sesuatu yang biasa apabila ada lelaki yang cuba menjadi kekasihnya. Dia bukan popular pun.
            Zalif hanya tersenyum kelat. Mungkin bukan rezekinya kali ini. Gadis di hadapannya ini tidaklah cantik, tapi manis. Itulah yang membuatnya nekad untuk meluahkan perasaan.
            “Kalau macam itu, kita masih boleh berkawan kan?” Ati tersenyum
            “Mestilah boleh,”
25 FEB, 1430 HOURS
            “Apa? Dia couple?” Zalif tersentak. Tidak menyangka gadis itu boleh berubah pendirian sekelip mata.
            “Dengan siapa?” Temannya mengangkat bahu.
            “Aku dengar dengan budak tingkatan 5. Tapi aku tak tahu siapa…” Zalif bengang. Mentang-mentang dia hanya setahun lebih tua darinya, dia boleh tolak begitu sahaja. Tidak mengapa… Gadis itu tidak kenal lagi siapa dia…
10 OKT, 1156 HOURS
            Ati tersentak. Zalif…! “Tapi, kenapa?”
            Zalif tersenyum sinis. “You baru ingat? You yang buat I macam ini!!”
            Buk!! Sedas penumbuk melayang tepat ke muka Zalif. Zalif tersentak dengan tindakan drastic gadis itu. Afiq juga. Pertama kali dia melihat Ati begitu bengang.
            “What do you expect??!!! I’m 13 at that time!!!” Zalif terdiam. Ati mencekak kolar Zalif.
            “Yes… Aku couple… But not with him! Not with my fiancĂ©e!! And you know it too, isn’t it? Dia tak wujud lagi dalam hidup aku masa itu. Jadi, apa yang membuatkan kau rasa kau patut seksa dia sampai macam itu sekali??!! Are you crazy ??!” Ati menyinga. Dia memang sudah tidak boleh tahan dengan lelaki di hadapannya ini.
            Zalif mengacukan sepucuk pistol ke arah Ati. Ati terkedu. Situasi ini nampaknya semakin sukar. Dalam keadaan sebegini, dia tidak boleh sesuka hati bertindak. Dia perlu melindungi nyawanya. Yang paling penting dia tak boleh biarkan Afiq cedera.
            “Aku bagi kau tempoh untuk kau fikirkan. Kali ini aku nak kau terus jadi bini aku… Kalau tak, tunang kau akan mampus!!” Zalif menghala pistolnya ke arah Afiq yang tidak bermaya.
            “Jangan!! Jangan! Okey… Please, let me think first. But don’t hurt him.,” ati merayu. Dalam keadaan sebegini, dia perlu tenang dan tidak menimbulkan amarah lelaki itu.
            Zalif menoleh kepada gadis itu sambil tersenyum sinis. Dia menyimpan pistolnya semula. “Petang ini I datang balik. Anyway… Take your time… I’ll be watching you… Every second…” Dia keluar sambil tawanya bergema seluruh bilik sampai ke luar.
            Ati terduduk. Dia perlu lakukan sesuatu agar mamat gila itu tidak akan mengapa-apakan mereka berdua.
            “Awak…” Ati menoleh. “Saya minta maaf sebab tak dapat lindungi awak,”
            “It’s not your fault. Saya akan keluarkan kita dari sini. Saya janji,” Ati menghulurkan senyuman manis pada lelaki yang paling disayanginya.
10 OKT,1015 HOURS
            “Macam mana perkembangan setakat ini?” Encik Safwan bertanyakan Natalia, pakar IT di jabatan polis itu.
            “Ati kali terakhir dilihat di belakang kedai berdekatan dengan tempat kejadian malam tadi. Saya sedang cuba menjejaki dia melalui kamera keselamatan berhampiran,”
            “Ada suspek?” Dia risau. Ati tiba-tiba menghilang malam tadi. Mustahil dia mengelat dari kerjanya.
            “Kamera keselamatan belakang kedai itu tak berapa cantik angle dia… Jadi tak berapa nak nampak sangat. Tapi, ada seorang lelaki yang parking kereta berdekatan kedai itu. And he’s so suspicious…” Natalia bercerita lanjut.
            “Proses rakaman itu. And update me if there’a new thing,” Natalia akur. Dia pasti akan buat yang terbaik. Ati adalah teman terbaiknya di makmal.
10 OKT, 1425 HOURS
            Ati memeriksa keadaan tunangnya itu. Walaupun dia bukan ahli  medic, dia banyak belajar dari Fairus, lelaki yang bekerja di bahagian autopsy di tempat kerjanya.
            Ati menghulurkan baki coklatnya agar Afiq dapat bertahan. Dia masih lagi memikirkan bagaimana untuk mencari jalan keluar. Dia harus lakukan sesuatu. Afiq perlu rawatan segera.
            Dia bangun dan berjalan-jalan sekitar tempat itu. Dia tahu pasti ada sesuatu yang boleh membantunya.
            Dia menghentak keras dinding. Langsung buntu. Tiada jalan keluar. Agak-agak teman-temannya dia jabatan polis tahu tentang kehilangannya atau tidak? Harap-harap mereka dapat tahu dan cuba mencarinya.
            “Awak… Sabar ek? Kita pasti akan keluar?” Ati hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.
10 OKT, 1629 HOURS
            “Tuan, tuan cuba lihat ini,” Encik Safwan melihat kepada apa yang Natalia cuba tunjukkan.
            “Ini dari kamera keselamatan susur keluar dari kedai. Kereta ini dilaporkan hilang pada minggu lepas. Jadi susah sedikit kita nak trace suspek,”
            “Dapat gambar suspek,”
“Susah sikit…”
“Keep on tracking,” Encik Safwan berlalu.
“Nat, apa sebenarnya yang berlaku pada Ati ya?” Natalia mengangkat bahu. Dia risau jika berlalu sesuatu pada temannya itu. Joshua hanya terdiam.
“Mungkin salah I kot, dia hilang…”
“Don’t be ridiculous!! It’s not your fault… Jangan risau, whole department is looking for her,” Natalia menepuk lembut bahu Joshua untuk menenangkan lelaki tionghua itu.
10 OKT, 1645 HOURS
            “Awak okay?” Afiq mengangguk lemah. Dia cuba untuk jadi kuat buat gadis itu. Dia mahu gadis itu juga kuat.
            Ati tersenyum nipis. Dia melihat telefon pintarnya. Masa semakin suntuk. Lambat laun, lelaki itu akan muncul semula. Think, Ati, think!!
            Wait a sec…..
            That’s it!! Ati tersenyum.
            “I’ll be watching… every second…”
            “Ha?” Afiq yang berada di hadapan gadis itu terpinga. Ati mengangkat keningnya.
            “Just watch… And don’t ask anything okay? Trust me…”
            Pintu dikuak. Ati tersenyum lebar. It’s payback time…
            “Jadi… Ati sayang. I’m coming back. What’s your decision?” Ati bangun. Dia bersedia untuk berhadapan dengan lelaki ini.
            “Aku tak tahulah…” Ati buat muka keliru. Zalif bengang. Dia mengeluarkan pistolnya dan menghalakannya ke arah Afiq.
            “Kau nak lelaki itu mati ke?”
            “Tak… Maksud aku…” Ati melangkah ke arah lelaki itu.
“Aku tak tahulah macam mana nak cakap dengan kau…” Lembut nada suaranya.
“Aku memang suka kau dulu… Aku menyesal gila sebab tolak lamaran kau dulu… Kalaulah aku dapat tebus balik,”
“Betul ini?”
“Ya… Tapi, kau buanglah dulu pistol itu… Aku jadi takut tengok kau…”
“Kau cuba nak buat apa ini?” Dia masih lagi mengacukan pistolnya.
“No… Aku cuma nak buktikan cinta aku pada kau saja… Kalau kau masih acukan pistol, aku pun tak berani nak dekat dengan kau,” Ati cuba berdiplomasi. Zalif tersengih. Bulan jatuh ke riba.
“macam mana dengan jantan itu?” Ati menoleh.
“Dia..? Aku bukannya cintakan dia pun…Aku cuma cintakan kau seorang je dari dulu…”    Afiq tersentak. Apa yang Ati katakan itu?
“Trust me…” Kata-kata itu masih terngiang di telinganya.
Zalif meletakkan pistolnya di atas lantai. “So…” Zalif melapangkan tangannya menanti respon dari gadis itu. Ati tersengih. Sepantas kilat dia menyambar pistol di atas lantai itu dan mengacu pada lelaki itu.
“Jangan bodohkan ahli forensic macam aku….” Ati tersenyum. Dia sudah biasa memegang pistol jadi dia tahu yang perlu dilakukan. Zalif tersentak. Sedar baru ditipu.
“Kau…” Dia meluru ke arah Afiq dan mencengkam badannya. Ati tersentak. This is not a part of a plan. Dia memang tak boleh bertindak jika Afiq ditawan Zalif.
“Drop the gun…” Ati geram. Nampaknya advantage berpihak pada lelaki itu. Satu cara sahaja yang boleh dilakukannya.
Bang!! Tembakan dilepaskan. Afiq dan Zalif terpempan. Afiq terduduk. “Woi… Apa kau buat ni…?” Zalif melepaskan Afiq sehingga dia terduduk di atas lantai. Ati terus meluru ke arah Zalif dan Menendang muka lelaki itu. Menendang perutnya dan menumbuk mukanya sehingga dia terduduk.
“Tak guna….!!!”
Pintu dibuka keras. Beberapa pegawai polis masuk dan mengacukan pistol ke arah suspek. “Cik Ati, tak apa-apa?”
Ati mengangguk. “Tahan dia… And call paramedic,” Pegawai itu mengangguk. Dia keluar untuk memangggil paramedic.
“Awak… Saya minta maaf sebab tembak awak… Sipi je kan…” Ati memeriksa keadaan paha Afiq yang cedera. Afiq tersenyum.
“Saya percayakan awak…” Ati terharu. Air mata yang selalu ditahan akhirnya jatuh juga.
“Thanks awak…”
15 OKT, 1015 HOURS
            Ati baru keluar dari bilik mesyuarat. Dia tersenyum lebar. Joshua dan Natalia yang menunggunya di luar pelik dengan reaksi gadis itu.
            “Macam mana? Ok tak?” Natalia bertanya.
            “Tak ada tindakan diambil. Tuan Hairudin defence aku… Dia kata dia faham tindakan aku itu…”
            “Kau tembak tunang kau kenapa?” Joshua bertanya.
            “Penculik takkan nak tampung beban tebusan yang cedera. Jadi, dia pasti akan lepaskan tebusan ke lantai. Dari situ kita dapat bertindak ,” Ati menerangkan. Ingat dia pun suka cederakan orang yang dia sayang?
            “Anyway, you’re the best, sis!!!” Ati hanya tersengih.
17 OKT, 1525 HOURS
            “Awak dah ok?” Afiq hanya tersenyum. Dia kelihatan lebih bertenaga berbanding hari itu.
            “Awak ok?” Ati hanya tersengih. Kita tanya dia, dia tanya kita balik.
            “Awak cepat sembuh ok… Nanti boleh saya kacau awak balik,” Ati tersengih nakal.
            “Awak hari-hari kacau saya,” Ati menjegil pada Afiq. “Amboi…”
            Afiq tersengih. “Comellah awak ini…” Ati hanya tersengih malu.
            “Awak… Saya ada hadiah untuk awak. Happy birthday. Sorry sebab lambat bagi present awak,” Afiq menghulur kotak merah kepada Ati. Ati menyambut dan membukanya. Seutas rantai berloket bintang kecil. Comel. Memang dah lama dia idamkan.
            Ati tersengih. Lupa pula dia hari penculikan itu jatuh pada tarikh lahirnya. 10 Oktober. Afiq yang tengah sakit itupun boleh ingat.
            “Awak… So cute! Thank you….!” Afiq tersenyum.
            “Awak dah lama nak. Jadi, saya belikanlah…”
            Thank you…Saya sayang awak… Selamanya.