mengisahkan tentang seorang gadis yang ada 2 abang. Satu sekolah ketiga-tiganya tapi tiada siapa tahu hubungan mereka. abang-abangnya ni pula hotstuff kat sekolah tu, dan gadis ni pula biasa-biasa je..sebab tu dia nak sangat rahsiakan tentang perkara tersebut.
Walaubagaimanapun, aku pernah bayangkan kalau cerita ni jadi telemovie, aku dah tau siapa pelakon dia. Yang tentu akulah budak perempuan tu (kah berangan), tapi sebab tiga watak lelaki utama tu semua dah kahwin jadi aku lupakan angan-angan tu *gelak*.
Kau nak expect apa dari budak baru lepas SPM buat cerita macam ni? Memang berangan lah...
abang adik abang
Jam
loceng berdering. Tangannya meraba meja di sebelah sebelum berjaya mencapai
target dan menutup jam tersebut. Dia menggeliat malas. Perlahan dia bangun dan
menapak ke bilik air. Setelah siap mandi dan menyalin pakaiannya, dia
menunaikan solat subuh.
7.30 pagi. Setelah selesai menyiapkan sarapan, dia berlalu ke tingkat atas
semula. Masuk ke bilik abangnya. Rutin hariannya seperti seorang ibu atau lebih
tepat orang gaji.
Dia mengetuk pintu bilik abangnya. “Angah….” Tiada jawapan.
Dia memulas tombol pintu billik itu. Tidak berkunci. Dia mengambil baju kotor
yang bersepah di atas lantai bilik abangnya. Dalam masa yang sama dia mendengar
bunyi deruan air di dalam bilik air. Pasti abangnya itu sedang mandi.
“Angah, kalau baju ni kau tak sepah-sepah tak bolehkah??” Senyap. Alina
mengeluh. Cakap degan abangnya macam cakap dengan tiang lampu. Dia menoleh.
Serentak dengan itu, abangnya keluar dari bilik air. Alina terjerit kecil.
“Apa hal kau ini? Macam nampak hantu,”
“Kut ye pun senonoh lah sikit. Yang kau cuma pakai seluar kecil kau itu
kenapa?” Nazmi melihat dirinya. Alamak, terlupa!
“Perut memulas, tak sempat capai tuala…” Selamba membalas untuk menutup malu.
Yang adiknya ini, tengok macam nak terkeluar biji mata.
“Apa hal kau ini? Keluarlah… Ingat free show ke?” Alina tersentak. Dia
mencebik.
“Tak kuasa aku,” Dia terus keluar dari bilik itu menuju ke tingkat bawah.
*
Sarapan tersedia. Nasi goreng kampung dan teh tarik yang dibikin sendiri. Alina
sudah lali dengan kerja rumah itu. Dia hanya tinggal bertiga bersama dua orang
abangnya. Kedua-dua orang tuanya bermastautin di Tokyo dan akan pulang
sekali-sekala untuk bertanya khabar.
Pintu depan terkuak perlahan. Alina menjenguk dari dapur. Abang sulungnya, Faiz
baru pulang. Mungkin berjoging, telahnya.
“Kau masak apa hari ini?” Faiz terus duduk dan mencapai pinggan yang tersedia.
Dia menceduk nasi goreng kampung ke dalam pinggannya dan terus menyuapnya
masuk ke dalam mulut.
“Dah tau tanya lagi,” Alina mengomel. Faiz hanya menjeling tajam. Malas mahu
bergaduh.
“Wei, nanti gosok baju sekolah aku,” Alina mencebik.
“Bilik kau ada iron kan? Ada soket kan? Ada papan iron kan? Buat sendiri,”
Alina dengan selamba membidas.
“Bolehlah… Banyak bunyilah kau ini. Gosokkan je kan? Lagipun, itukan kerja
perempuan… Nanti senanglah kau nak train diri kau jadi isteri mithali,”
“Tapi, aku bukan bini kau,” Masih tiada riak di mukanya. Alina menyuap nasi
goreng kampung ke dalam mulut. Sedapnya… Hilang lapar.
Faiz mencebik. Belum sempat membidas, Nazmi turun. Dia duduk di sebelah Faiz.
Dia menceduk nasi goreng kampung ke dalam pinggan dan menikmatinya.
“Dik, kau tolong iron baju aku,” Ini seorang lagi….
“Buat sendiri. Masing-masing dah besar,” Nazmi mencebik.
“Kau ini mcam mak neneklah, Al. Aku suruh iron baju je… Bukan suruh buat baju
pun,” Rungutnya dengan mulut yang penuh.
“Entahnya, bukan susah. Lepas iron baju kau, kau ironlah baju kita orang…”
Alina memandang kedua-dua abangnya silih berganti. Mulutnya berhenti mengunyah.
“Aku bukan orang gaji kauorang,” Dia menyambung suapannya.
“Memanglah.. tapi, kau adik kitaorang yang kitaorang sayang… Please,” Alina
mengeluh. Dua mamat ini kalau tak susahkan hidup aku tak sah.
“Gantung baju kauorang depan bilik aku. Nanti aku ambil,” Faiz dan Nazmi sudah
tersengih lebar. Tak susah nak pujuk satu-satunya adik perempuan mereka ini.
“Thank you… Kau memang baik… Beruntung kitaorang dapat adik macam kau ini…”
Alina pura-pura tidak mendengar. Dah dapat apa yang dihajatkan, melambung
dipuji.. Pergi jalanlah…
*
Jam yang menyalak nyaring ditutup. Dia melangkah malas untuk melakukan apa yang
patut di pagi hari. Hari Isnin yang membosankan. Permulaan hari
persekolahan yang akan memenuhkan semula waktu lapangnya di hujung minggu. Dia
menuruni tangga dengan hati-hati. Kesuraman waktu pagi itu menyebabkan Alina
berhati-hati. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 5.45.
Dia terus menuju ke dapur. Mencari sesuatu dari dalam peti sejuk. Diambil tiga
biji telur. Hari ini dia hanya ingin membuat telur hancur dan dijadikan
sandwich. Sarapan ringkas memandangkan dia mahu ke sekolah awal.
Dia menunggu sebentar di simpang rumahnya. Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi.
Sekejap lagi bunyilah loceng keramat sekolah itu. Tapi, bayang teman-temannya
belum kunjung tiba. Alina mengeluh. Kalau tak lambat tak sah….
“Hoit!!” Alina tersentak. Dia menoleh. Teman-temannya sudah sampai. Panjang
umur.
“kau memang nak bagi aku mati ya, Nelly?” Nelly tersengih. Kemudiannya mereka
berjalan seiringan. Anis dan Sarah juga mengikut rentak, namun mereka lebih
suka mendiamkan diri.
“Come on, cik Alina… Macam tak biasa,” Nelly menyiku lengannya. Alina hanya
menjeling.
“Guys, we’re already late…” Anis bersuara. Mendengarkan perkataan lambat itu,
semua pakat berlari untuk sampai cepat ke sekolah.
*
Suasana di perpustakaan sekolah agak lengang kerana kebanyakan pelajar sudah
pulang. Alina and the gang bertahan seketika di sekolah hingga petang kerana
tugasan yang diberi dalam kelas tadi sememangnya menunggu mereka.
Sedang Alina khusyuk menyiapkan kerjanya, Sarah menepuk kuat lengannya
menyebabkan tersentak. Dia bengang. A yang ditulis sudah berubah menjadi G…
Nasib…
“apa??!!” Sarah memuncungkan mulutnya ke arah dua jejaka yang baru masuk ke
perpustakaan.
“the hottest guys in the school,” Alina melihat ke arah yang dimaksudkan. Dia
menjegilkan mata.
“Itu kau kata kandsome? Macam orang asli amazon
jer..”’
“teruknya taste kau, sis… Sikit punya handsome macam itu kau kata orang asli
Amazon?” Nelly membidas. Dia juga sudah mula berada di awangan. Anis juga sudah
mengikut sama.
“Kalaulah jadi laki aku nanti…” Alina menggeleng kepalanya dan memandang
sekeliling. Ramai juga yang mencuri pandang dua jejaka yang sedang menegur
pengawas perpustakaan di kaunter itu. Alina menjulingkan matanya ke atas.
Nazmi tersedar yang adik mereka berada di dalam perpustakaan itu, pura-pura
tidak perasan kehadiran mereka. Dia menyiku lengan Faiz. “Along, tengok itu…
Puteri yang sedang struggle study,”
Faiz melihat ke arah yang dimaksudkan. Dia perasan yang teman-teman adiknya
melihat mereka, hanya Alina yang khusyuk menyiapkan kerjanya.
Faiz dan Nazmi memandang sesama sendiri dan tersenyum. Mereka menjungkit kening
masing-masing. Idea nakal mula menapak dalam fikiran mereka berdua.
Mereka menghampiri meja yang menempatkan adiknya. Sengaja mahu menduga reaksi
adiknya. “Hai girls…”
Tiga gadis itu sudah teruja apabila jejaka terhangat di pasaran menegur mereka.
Apa yang mereka tidak tahu, jejaka-jejaka itu hanya ingin mengusik adik mereka
sahaja. Alina menahan nafas. Jangan mereka buat hal kat sini sudah. Masak
diaorang bila balik rumah nanti…
“Rajinnya study…” Nazmi memulakan taktik gula-gulanya. Sangat manis sampai
tiada perempuan yang tidak akan cair. Sumpah sweet…
“Taklah… Alina ini hah…Beria sangat nak siap awal,” Alina memandang Nelly. Tak
pasal-pasal nama dia naik. Bertuah punya kawan.
“Oh…Jadi si cantik manis ini namanya Alina… What a nice name,” Faiz pula
berpura-pura ramah. Alina hanya tersenyum plastic memandang lelaki itu. Kejap
lagi kau kena gulai dengan aku Along… Dengan angah sekali kena balik nanti…
“So…study hard, huh? Datang sini petang macam ini… Sepatutnya dah boleh lepak
kat rumah dah…”
“Just hangout… Bosan kat rumah, tak ada sesiapa,” Alina menahan sabar. Keluar
ayat tunggu adik atau yang sewaktu dengannya memang dia mogok tak layan budak
berdua ini.
“Girls.. dah siap ke? Kalau dah kita boleh lepak makan then terus balik.
Amacam?” Alina perlu menghentikan perbualan ini sebelum melarat.
“Dah nak balik ke? Aku pun dah siap dah kerja aku…” Sarah membalas. Anis juga
mengangguk tanda mengiayakan.
“Alah.. Aku tak siap lagi… Macam mana nih..?” Nelly membuat muka kasihan.
“Itulah.. Sibuk sangat borak.. Dahlah.. cepat sikit siapkan kerja kau…” Alina
mengomel. Dia mengisayratkan agar kedua-dua abangnya beredar dari situ. Faiz
dan Nazmi tersengih. Tahu adiknya itu sudah tidak mahu mereka berlama-lamaan di
situ.
“Oklah girls… Got to go… Adik dah panggil balik ajak dinner. Kenalah bersiap
awal, kan? Bye…” Nazmi sengaja mengacah adiknya buat kali terakhir. Alina
menahan amarah yang berbekas di hati. That’s it… No dinner will be cooked, no
shirt will be ironed and no work will be done for them if they favored. Serve
you right.
“Lin, ok tak?” Sarah menepuk bahu Alina perlahan. Dia tersentak.
“Aku okay… Nel, siap dah?”
“Almost…” Nelly cuba menyiapkan saki baki kerjanya.
“Done!” Sahut Nelly dengan cerianya. Lega kerjanya sudah siap.
“Jom…” alina mengemas barangnya. Memang kejap lagi, dia ingin mencetus perang
kutub dengan dua mamat itu.
*
Mereka berjalan beriringan keluar dari sekolah. Pelbagai cerita yang dikongsi
walaupun sedari pagi lagi berjumpa. Biasalah perempuan… Tak sah kalau tak
bergosip.
Tiba-tiba, sebuah BMW berhenti tepat di sebelah mereka. Nelly, Sarah dan Anis
terpinga. Siapa pula yang berhenti tak pasal-pasal ini?
Bagi Alina, dia tidak perlu meneka. Dia tahu siapa…
“Nak balik ke? Jom kami hantar,” Nazmi ramah mengajak. Nelly, Anis dan Sarah
sudah teruja. Siapa tak teruja kalau hero Malaya dah ajak tumpang…
“Thanks a lot… But no thanks…” Alina memotong lamunan teman-temannya.
“ala.. Lin…” Nelly merengek perlahan pada Alina.
“Amboi, jual mahallah cik Lin ini,” Faiz bersuara.
“kalau kauorang nak naik, kauorang naiklah… Aku jalan seorang balik…” Alina
terus berlalu. Teman-temannya terpinga. Angin apa datang ganggu Alina hari ini?
Alina panas. Dua ekor mamat itu memang nak kena dengan aku… Sengaja nak cabar
kemarahan Alina.
Dia sudah sampai di hadapan rumah. Pintu pagar dibuka dan dia masuk ke dalam.
Dia terus menghala ke biliknya tanpa masuk ke dapur dahulu seperti kebiasaan.
Biar hari ini abang-abangnya makan di luar. Biar padan dengan muka
mereka. Buat onar lagi.
Faiz dan Nazmi masuk ke dalam rumah. Beg dicampak ke atas sofa. “Adik, kau
masak apa hari ini?”
Senyap.
Faiz pelik. Dapur senyap. Dia menghidu sesuatu. Lagi pelik, dia tak bau
apa-apa… Maknanya….
“Angah, adik mogok ke?”
“Mogok kenapa pula? Aku tengok elok je dia kat sekolah tadi,”
“Dapur tak berasap pun,”
Baru dia perasan. Rumah itu terlalu sunyi. Tiada tanda-tanda adiknya. Tapi,
kasut sekolahnya ada di hadapan rumah. Maknanya, dia sudah pulang.
Nazmi dan Faiz berlari naik ke bilik Alina. Faiz mengetuk pintu bilik adiknya.
“Adik… Kau tak masak ke petang ini?”
Alina yang baru selesai solat Asar hanya senyap. Dia pura-pura tidak mendengar
laungan abangnya.
“Adik…kau jangan takutkan kitaorang, kau tak masak untuk makan malam ke?” Masih
lagi senyap.
Kedua-duanya hampir hilang sabar. Memang budak ini nak kena. Faiz
mengisyaratkan Nazmi untuk mengambil kunci pendua. Nazmi mengangguk. Dia ke
bilik sebelah yang menempatkan kunci itu.
Kunci dimasukkan dan pintu dibuka. Alina terkejut. “WOI!”
Faiz dan Nazmi meluru masuk ke dalam biliknya dan Nazmi memegang tangan dan
kaki kiri Alina manakala Faiz memegang tangan dan kaki kanannya.
“Woi, apa ini kauorang nak rogol aku ke apa?!!”
“Bongok! Nak rogol kau buat apa? Kenapa kau tak masak??” Keras Nazmi bertanya.
Sengaja mahu menguji adiknya itu.
“Suka hati akulah…!!” Alina masih meronta.
“Suka hati.. Habis, kami?? Nak makan apa??”
“Pandai kauoranglah… Lepaslah! Sakit tau tak!!” Alina makin kuat meronta.
“Janji nak masak untuk kitaorang,”
“Tak nak!”
“Apsal pula??!” Faiz masih lagi mahu menguji Alina.
“Apsal pula??!” Faiz masih lagi mahu menguji Alina.
“Sebab kauoranglah!!” Nazmi dan Faiz berpandangan.
Alina berhenti meronta. Dia sudah penat. “Along, angah, lepaslah… Adik
sakit ini…” Air matanya mula mengalir.
Faiz dan Nazmi mula melepaskan pegangan mereka. Seketika kemudian mereka
ketawa. Alina menjeling tajam. Aku dah tumpah kauorang boleh gelak je??
“Kau marah sebab kitaorang tegur kau tadi ke?” Faiz menduga. Alina memandang
Faiz tajam.
“Yalah… Kan kita dah janji akan rahsiakan hal kita,”
Nazmi makin galak ketawa. “Adik, aku tak nampak apa masalahnya kalau orang tau
kau itu adik kami,”
“Memanglah, budak hot macam kauorang mana ada masalah.. Yang masalahnya aku…”
Alina mengesat tangisnya.
Tawa dua jejaka itu kian reda. “Apa masalahnya? Cuba cerita pada kami,” Faiz
sudah berubah mood kepada abang yang prihatin.
Alina mengeluh. “Bro… Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Dulu kat sekolah lama
pun pernah jadi. Aku dibandingkan dengan kauorang berdua. Itu satu hal…
Macam-macam budak perempuan caci aku. Kata aku ini anak angkat, dahlah hodoh
tak padan dengan kauorang…”
Alina menghela nafas seketika. “Satu lagi hal, diorang jadikan aku ini posmen
hantar surat cinta pada kauoranglah, hantar coklatlah… Aku rimas… Sebab itu aku
tak nak orang tahu kauorang abang aku time kauorang daftar masuk sekolah itu…”
“The point is kau sebenarnya tak yakin dengan diri sendiri, kan Al?” Nazmi
bersuara.
“aku ini jauh kalau nak banding dengan kauorang,” Perlahan Alina bersuara.
Nazmi menumbuk bahu Alina. “Come on, Al. Jauh? Darah kita samalah… Ibu sama,
ayah sama… Apa yang jauhnya? Kau cantiklah dik… Kau aja yang tak tahu…”
Alina tersenyum nipis. Faiz mengusap kepala adiknya. “Dahlah…Buruk muka kau
macam itu… Malam ini, kita pergi makan kat luar,”
“Wow… Encik Ahmad Faiz nak belanja… Jom pergi restoran Kak Milah kat depan
simpang itu? Aku dah lama nak makan Tomyam dia…”
“Aku pun… Terliur nak rasa Tomyam seafood dia…” Alina kembali bersemangat.
“Amboi, kauorang…. CAkap pasal makan terus semangat… Malam nanti pukul 8…” Faiz
mula meninggalkan bilik adiknya.
“Ok.. Buat baik sebelum aku ubah fikiran…” Alina mencebik. Buat baik itu
maksudnya tolong buat kerja dialah itu… Makan punya pasal, okay sahaja…
Nazmi sengih sahaja. “Aku punya baju macam biasa ek… Kau punya gosok terbaik
oh… Tajam gila… Tata…” Dia terus berlalu. Alina tersenyum sendiri. Tak jadi nak
mogok dengan abang sendiri. Walaupun sengal tapi boleh tahan kalau bab memujuk.
Tapi, betulkah keputusannya untuk menyembunyikan perkara sebenar antara mereka?
*
Perpustakaan lengang petang ini. Macam biasalah, peperiksaan baru sahaja lepas.
Memang lenganglah. Cuba kalau seminggu sebelum peperiksaan, confirm tak cukup
kerusi meja nak letak pelajar yang masuk.
Alina bersendirian. Teman-temannya masing-masing ada hal keluarga. Tak dapat
nak menemaninya. Alina pasrah. Nak buat macam mana kalau dah sibuk. Takkan nak
paksa juga…
Dia bangun menuju ke bahagian rujukan. Buku rujukan Prinsip akaun dicapai. Baru
sahaja dia menoleh, badannya dirempuh seseorang. Dia terjelepok jatuh.
“Maaf, saya tak nampak awak tadi. Menggelabah lelaki di hadapannya. Buku
rujukan yang terjatuh tadi diambilnya dan dihulur pada gadis di hadapannya yang
sudah berdiri semula itu. Mukanya serba salah.
“Sorry, I’m really sorry. Betul-betul tak sempat nak brek tadi. Terlanggar
awak…” Alina hanya mencebik. Kau ingat ini tempat racing ke? Tak sempat nak
brek. Alina merampas buku yang dihulur lelaki itu lalu terus ke tempat
duduknya. Malas nak layan budak tak betul macam itu.
Lelaki itu mengekorinya ke tempat duduk. “Awak… Sorry, saya betul-betul tak
sengaja tadi… Saya nak ambil buku rujukan Pendidikan Seni kat sebelah awak
tadi, tak sempat nak elak awak yang dah ambil buku tadi…” Dia duduk
bertentangan dengan Alina.
“Okay… Saya maafkan. So, awak boleh pergi dari sini, saya nak siapkan kerja
saya…” Alina membalas tanpa memandang lelaki itu.
“Saya Azreen,” Lelaki itu menghulur salam. Alina membalas dengan pandangan
kosong. Mamat ini tak faham lagikah? Aku malas nak layan itu, faham-faham
sendirilah…
Alina mengemas barangnya lalu berlalu dari situ, tanpa mempedulikan lelaki itu
yang terkulat-kulat kerana salamnya tak dibalas.
“Gila kau! Kau tinggalkan mamat itu macam itu je?” Nelly membulatkan matanya
yang sudah sedia bulat dan bundar itu. Alina menanggalkan sebelah earphonenya
untuk terus bercerita dengan teman-temannya. Suasana dalam restoran Pizza Hut
hingar-bingar memandangkan hari itu ialah hujung minggu.
“Habis itu, nak dilayan lagi? Sah-sah itu taktik lapuk nak mengorat awek. Eh
aku tak hadaplah cara gitu… Gentlemanlah sikit,”
“Cik Alina…” Sarah menggenggam bahunya. “Kau ingat kau itu diva sangat ke?
Hotstuff sangat ke yang ramai sangat lelaki nak hadap pergi mengorat kau? Aku
bukan nak kutuk kau, tapi, selama setahun lebih kau kat sini, sampai sekarang
kita dah nak SPM, ada ke lelaki yang try nak tackle kau? Tak ada kan? So stop
talking like you’re the princess that everyone adore,’
Alina terdiam. Sarah walaupun agak pendiam, tapi sekali dia dah bercakap,
harimau pun boleh sentap. Berbisa sungguh ayatnya.
Alina mengeluh. “Then, what should I do?” Alina meraup mukanya. Rambut yang
selalu menutupi mata kirinya di bawa sedikit ke belakang. Getah rambut yang
dibawa tadi digunakan untuk mengikat rambutnya yang panjang melepasi bahu.
“Buat bodoh sajalah… Kau bukan kenal lelaki itu,” Anis menjawab sambil
menghirup airnya.
Alina hanya duduk melangut memikirkan tentang anggapan salahnya terhadap lelaki
itu.
*
Mereka keluar dari restoran itu dengan tawa yang masih bersisa. Banyak lagi cerita
meskipun mereka sudah bertapa di dalam restoran itu hampir tiga jam. Tak sah
kalau berjumpa mesti ada cerita. Tak tahulah macam mana boleh ada modal cerita
sedangkan hampir setiap hari berjumpa di sekolah.
Di tepi jalan menuju ke kereta milik Anis yang dipandu tanpa lesen, mereka
masih bergelak ketawa. Ketika mereka mahu melintas jalan, sebuah kereta
meluncur laju dan hampir mengenai Alina. Namun, dia sempat diselamatkan oleh
seseorang yang pantas menolaknya ke bahu jalan. Alina jatuh terjelepok dihempap
orang yang menyelamatkannya.
Dia membuka mata. Dalam keadaan menggigil, dia melihat orang yang
menghempapnya. “Awak??!!”
“Lin! Kau okay tak??!” Nelly menyoal dengan cemas. Mereka bertiga bernasib baik
kerana mereka berada jauh sedikit di belakang Alina. Alina hanya mengangguk.
“Thanks, sebab selamatkan saya,” Ujar Alina setelah mereka menstabilkan diri
masing-masing. Dia melihat lelaki itu. Boleh tahan kacak juga mamat ini… Kenapa
aku tak perasan masa bertembung dengan dia di perpustakaan hari itu?”
“Sama-sama…” Dia berura-ura untuk menyebut nama gadis itu namun dia tidak tahu.
Alina yang menyedarinya tersenyum.
“Alina..”
“Oh… Alina… Sedap nama,” Azreen menghulur senyuman mautnya. Alina menahan
malunya. Wajahnya memerah.
“Awak okay tak ini? Macam pucat sahaja…” Alina tersentak dari lamunan.
“Ah.. Okay.. Okay… Tak apalah.. Kami balik dulu… Nanti jam pula jalan, biasalah
sekarang hujung minggu ramai yang keluar…” Azreen hanya mengangguk. Gadis di
hadapannya ini ada juga comelnya. Terutama apabila wajahnya blushing.
Dia hanya memerhatikan kelibat empat orang gadis itu yang semakin menghilang
dari pandangan.
*
“Oh my God!!! You got to be kidding me, Lin… He’s so so so hot…!” Nelly sudah
mengeluarkan aura gedik 100 megawattnya.
“He’s damn hot! Kenapalah aku tak ada masa kau orang bertembung kat library
hari itu??” Anis pula mencelah sambil menumpukan pemanduannya.
“Dah, dah.. Kau orang ini lebih-lebih pula… Aku baru je kenal that guy.. Tak
payahlah bising sangat…”
“Tapi, kan Lin… Aku rasa mamat itu ada hati dengan kaulah… Aku tengok dia pandang
kau pun lain macam tau…” Sarah memandang Alina.
“Kau pun suka dia jugakan…” Sarah menuding Alina. Gadis itu membulatkan mata.
“Merepeklah kau ini… Suka hati je… Aku baru kot kenal dia…Entah macam mana
perangai pun aku tak tahu…”
Sarah hanya tersenyum geli hati.. Ada orang sudah jatuh cinta…
“Anis, pasang lagu.. Liyana Jasmay, Aku jatuh cinta…” Alina memandang Sarah.
Sengaja ini…
“Yes, boss…” Tangannya cekap memasukkan thumbdrive pada stereonya dan mencari
lagu yang dimaksudkan.
Sudah lama mencari
Tapi tak ku temui
Rasa yang selalu
Ada di hati ada di hati
Yeah…
Nelly, Anis dan Sarah menyanyi bersama mengikut rentak lagu. Alina hanya
ketawa. Suka benar nak mengenakannya. Dia menggeleng kepala.
“Dah sampai rumah tuan puteri Alina, Nak hantar sampai dalam ke?” Anis membuat
muka double jerk.
“Eh.. Tak payah, depan ini cukup..”
“Tak nak jemput masuk ke?”
“err… Sorrylah.. Rumah aku bersepah…” Alina mencari alasan. Sebenarnya untuk
mengelakkan rahsia terbongkar.
“Kau dari dulu sampai sekarang sama je alasannya. Memang rumah dah setahun
lebih tak berkemas ke? Rumah besar gedabak macam ini, takkan macam tongkang
pecah..” Anis bersungut.
Alina hanya tersenyum. “Sorry, girls.. Lain kali ya… Bye…” Alina terus keluar
dari perut kereta dan masuk ke dalam rumah.
*
“Kau perasan tak si Al tu macam dah tak lekat kat rumah,” Nazmi bersuara sambil
menghabiskan benjonya.
“Yalah… Memanglah kerja rumah dia selalu buat. Tapi tak bestlah dia selalu tak
ada kat rumah. Tak boleh nak buli dia…” Faiz juga menyatakan pendapatnya.
“Kau rasa dia ada boyfriend ke?” Faiz memandang Nazmi.
“Kau rasa?” Nazmi mendengus. Orang tanya dia, dia tanya kita balik...
“Wei.. tengok tu…” Nazmi menggamit Faiz melihat sesuatu di hadapannya.
Membuntang mata Faiz dibuatnya. Alina…. Dating?
“aku tak salah tengok, kan? Si Al tuh ada boyfriend?” Nazmi hanya mengangguk.
Sebab si Alina itu tak masak untuk makan petang hujung minggu ini, mereka merempat
mencari makanan di hujung simpang rumah mereka. Dan mereka dipertemukan dengan
situasi yang sungguh mereka tidak sangka sepanjang hidup mereka.
Alina membuka kasutnya dan diletakkan cantik di atas rak. Dia masuk ke dalam
rumah dan terus ke bilik tidurnya. Dia tersenyum ceria. Sejak berkenalan dengan
Azreen, hidupnya lebih ceria. Dan dia pun dapat mengelakkan diri daripada
abang-abangnya buat seketika.
“Baru balik?” Alina mengurut dadanya.
“Nak aku mati cepat ke?” Nazmi dan Faiz memasuki bilik gadis itu walaupun
Alina tidak memberi kebenaran.
“wei.. Apa ini masuk bilik anak dara ini?”
“Ala…Anak dara pun adik kami juga…” Alina mencebik.
Faiz dan Nazmi duduk di atas katil sambil melihat gerak geri adiknya. Alina
rimas. Sudah… kenapa pula mereka berdua ini? Macam kena rasuk dek jembalang je…
Pandang pun dah semacam.
“Along, angah… Aku nak mandi ni… Keluarlah… Kauorang kan banyak kerja nak
buat…”
“Kau ini dah berpunya pun tak beritahu… Apa ini… Kami pun nak juga kenal bakal
adik ipar kami,” Faiz menyekeh kepala Alina yang sudah berada dalam pelukannya.
Alina menyeringai sakit.
“Woi… Woi… Eloklah sikit main kepala… LEpaslah… Rambut aku…!!”
“Eleh.. ingat rambut kau je… Sekeh lagi budak itu along…” Nazmi menghangatkan
suasana dengan menjadi batu api.
Alina duduk di birai katil diapit oleh abang-abangnya. Dia menghabiskan sisa
tawanya semasa berada dalam pelukan Faiz tadi.
“Ok…Ok… Sorry tak bagitau… Aku takut kauorang marah…” Alina membetulkan
rambutnya yang dah serabai di belasah oleh Faiz.
“Buat apa nak marah, kau kan adik kami?”
“Yalah… Nanti kauorang beritahu ibu dengan ayah, aku juga yang kena,” Faiz dan
Nazmi terdiam. Kadangkala mereka terpaksa beritahu. Bukan sengaja.
“Janji jangan beritahu ibu dengan ayah,” Alina mengharap.
“Ok…Janji kau tahu nak jaga batas pergaulan…” Alina tersenyum. Dia memeluk
Faiz.
“Sayang along!!!!”
“Woi…. Sesak nafas!!”
“Along je??” Nazmi menjauh.
Alina tersengih. “mengadalah kau ini, ngah… Meh aku peluk…” Nazmi menolak.
“Dah.. Dah.. Bau perfume kau nanti melekat kat aku… Pergi mandilah…”
Alina mencebik. Tadi nak sangat… Alina bangun. “dah… Keluar dari bilik aku. Aku
nak mandi,”
“Ala… Ceritalah pasal boyfriend kau itu…”
“Malam nantilah… Aku penatlah…”
“Penat dating…” Faiz menjawab sinis. Alina menarik tangan abangnya dan menolak
kedua-duanya ke arah pintu. “Nantilah aku cerita…”
*
Mereka duduk di hujung restoran makanan segera itu setelah mendapat makanan
yang dipesan. Azreen sengaja mengambil tempat yang tersorok sedikit untuk
mendapatkan suasana romantic. Alina pula hanya mengikut sahaja.
Alina duduk bersebelahan dengan Azreen dan mula menikmati makanannya. Dia hanya
focus pada makanannya sehinggakan dia tidak menyedari yang Azreen buah hatinya
itu asyik melihatnya dari tadi.
Azreen tergelak kecil. Alina memandang wajah tampan itu. “Kenapa?”
Azreen menggeleng. “Ada sos kt tepi bibir itu,” Alina tergopoh-gapah mengelap
bibirnya namun tangannya dihalang Azreen. Allina tergamam. Dia merenungke dalam
mata Azreen.
Azreen mendekatkan mukanya perlahan-lahan. Bibirnya hampir bersentuhan apabila
Alina menyedari perbuatan teman lelakinya. Dia menolak badan Azreen. Jantungnya
berdegup 1000 kali lebih pantas.
“Saya nak balik,”
“Tapi,”
“Saya nak balik,” Alina bertegas. Azreen mengeluh. Dia meraup mukanya.
“Saya minta maaf,” Alina bangun dan mengambil begnya.
“Kalau awak tak nak hantar saya balik, saya balik sendiri,” Azreen hanya
menurut. Cadangnya mahu membawa Alina menonton wayang hancur apabila mood Alina
sudah terbang sebentar tadi.
“awak, saya minta maaf,” Alina hanya senyap. Dia keluar dari kereta milik
Azreen.
“Terima kasih hantar saya,” Azreen meraup mukanya. Alina..Alina…
*
Alina berfikir semula untuk menuju ke kelas 5 Satria yang merupakan kelas Azreen.
Dia ingin meminta maaf atas apa yang berlaku semalam, walaupun jelas sekali itu
bukan salahnya. Tetapi dia tidak mahu hubungan mereka keruh terlalu lama. Dia
merindui senyuman lelaki tiu dan dia mahu selalu berjumpa dengan lelaki itu.
Dia sudah sampai di hadapan pintu belakang kelas lelaki itu. Baru berura-ura
untuk menegur lelaki itu yang berada bersama teman-temannya di belakang kelas.
“Dah sebulan, bro.. Apa cer?” Temannya memulakan perbualan.
“ini Azreen lah… Petik sekali, 10 berderet datang menyembah diri,” Azreen
membangga diri.
“So..?”
“Tengok oranglah…”
“Jadi, budak itu dah couple dengan kaulah?” Azreen hanya tersengih bangga
menampakkan barisan giginya yang putih.
“Hebat abang romeo kita ni…” Kata temannya itu disambut dengan tawa teman yang
lain.
“So… Aku dah menang bet… Mana fulus aku?” Azreen memandang teman-temannya. Yang
lain hanya menurut mengeluarkan dompet masing-masing memandangkan mereka seduah
kalah.
Alina mengepal penumbuknya. Oh… Selama ini aku jadi girlfriend kau hanya untuk
bagi kau menang dengan kawan-kawan malaun kau itu….
Air mata… Tolong jangan mengalir sekarang…
“Nak kitaorang tolong belasah setan itu?” Alina memandang belakang. Faiz dan
Nazmi. Mereka juga mendengar apa yang dibicarakan oleh budak-budak yang masih
belum lepas SPM mereka itu.
Alina menggeleng. “BIarlah dia enjoy dulu… Nanti tahulah aku nak buat apa…”
“Okay… Tapi sekarang jom pergi makan dulu..” Faiz mengajak Alina.
“You’re kidding me? It’s school,”
“Nope… Aku nak bagitau satu sekolah yang aku ada adik kat sekolah ini…” Nazmi
menarik kepala Alina lalu berjalan ke kantin.
“Namanya Alina Farhana bt Zakaria, 4 Suasa…” Alina hanya tersengih sambil cuba
melepaskan kepalanya dari pegangan abangnya. Dia dah taidak kisah apa orang nak
cakap. Yang dia tahu, abangnya sedia menjadi bodyguard apabila dia memerlukan.
*
“Beb…kenapa kau tak cakap those two hot guys are your brothers??!!” Nelly
bertanya dengan nada terkejut. Yalah…tiba-tiba Alina boleh duduk rapat sambil
bergelak ketawa dengan jejaka idaman Malaya itu. Semua perempuan yang nampak
pun terkejut beruk tengok kemesraan mereka.
“Sorry guys… Aku takut kalau orang tahu nanti ada yang ambil kesempatan untuk
kenal abang aku melalui aku. Dan aku akan ada ramai fake friends,”
Nelly, Anis dan Sarah hanya terdiam. Mereka tahu kebenaran kata Alina tadi.
Tidak mustahil mereka juga akan menjadi sebegitu jika mereka mengetahui perkara
itu dari awal.
“But, aku tahu kauorang memang sahabat sejati aku. Sebab walaupun kauorang tak
tahu, kauorang masih lagi bff aku sampai sekarang,” Alina tersenyum ikhlas pada
teman-temannya.
“You’re the best Lin…” Mereka tergelak bersama. Sungguh, Alina sangat
menyayangi teman-temannya itu.
*
Alina masuk ke dalam dewan sekolahnya. Azreen sudah siap menunggunya di hadapan
pentas. Alina tersenyum mesra.
“Sorry lama tunggu,” Azreen tersenyum.
“untuk awak tunggu lama pun tak apa,” Senyuman Alina semakin melebar.
“Ada apa awak nak jumpa saya?”
“Salahkah nak jumpa boyfriend sendiri?” Azreen hanya tersengih mendengar
balasan Alina.
“Saya nak minta maaf, pasal hari itu,”
“Tak apalah… Salah saya juga…” Azreen menutur rendah.
“Tapi, saya nak minta maaf juga pada awak, saya tahu awak tak sedia lagi…” Tak
sedia lagi?? Maknanya kau itu dah sedia sangatlah? Cium anak dara orang macam
dia bini orang? Berapa ramai kau dah cium sebelum ini? Alina mengomel panas dalam
hati.
“Tapi kan awak…” Alina terhenti di situ. Kemudian, Azreen tersedar yang bahunya
dipegang dari kiri dan kanan. Dia menoleh. Nazmi dan Faiz tersengih.
“Apa khabar, bro… Sedapnya kau nak sentuh adik kami… Mula-mula cium, lepas itu
apa? Kau nak bawa balik atas katil pula?” Faiz m,enyoal sarkastik.
“Adik?” Azreen menoleh ke arah Alina yang sudah berpeluk tubuh.
“Sorry ya awak, saya tak boleh layan orang yang tak ada perasaan macam awak
ini,”
“Tapi, saya memang betul sayang awak,” Azreen ingin menyentuh tangan Alina tapi
ditahan Nazmi dan Faiz.
“Simpanlah ayat awak untuk duit betting awak itu,” Alina serius bertutur. Dia
menahan nada sendu dalam tuturnya.
“Kita dah tak ada apa-apa hubungan dah. Setakat ini sahaja… Thanks untuk segala
masa yang awak dah berikan,” ALina berpaling dan terus berlalu.
“Alina!!” Alina terus berjalan dan menyerahkan pada abangnya untuk mengerjakan
budak tak guna itu.
*
“Wei…kau okay tak?” Alina mengesat air matanya. Dia mengisyaratkan okay pada
abangnya.
“Tak payah tipulah…kau ini mana pandai menipu,” Nazmi menyekeh kepala adiknya.
“Angah, boleh tak kau jangan main kepala… Anyway, macam mana?”
“Dah lunyai kitaorang balun dia… Biarlah dia.. Lepas ini mesti dia tak berani
punya…” Faiz membalas. Alina tersenyum.
“jomlah aku masak special malam ini,”
Faiz dan Nazmi tersenyum. Ini yang buat mereka sayang dengan adik mereka ini…
“Jom…” Nazmi dan Faiz menarik tangan adik mereka serentak. Alina ketawa. Dia
tahu apabila dia memerlukan, mereka pasti akan datang.
p/s: sebenarnya aku plan benda ni jd skrip drama or
telemovie..haha...