Kali ni, cerpen yang aku buat lebih kurang dua tahun lepas juga.. Cerita klise je..cuma aku suka cerita ni sbb dia ketengahkan pasal shuffle. Tapi, aku pun tak pasti ada ke tidak terma jumpstyle tu..*gelak*
p/s: sape cop aku budak raver aku belasah korang
Miss Shuffle vs Mr Jumpstyle
Radio kubuka. Lagu mula kedengaran. Aku mengira dalam hati. 3,2… 1…
kaki mula di ayun mengikut rentak. Kiri dan kanan.. Ooo yeah… Lamanya tak
shuffle.
Bunyi telefonku yang nyaring menerpa gegendang telinga. Aku menutup radio. Aku
menyambut panggilan dari temanku itu.
“Syaz!! Bila kau nak sampai ni?? Kata pukul 3…” Aku mengerling jam tanganku.
Alamak! Pukul 3.05… mati…
“Sori, Naz! Aku gerak sekarang…”
“Hoi lambat… Panas punggung menunggu kau tau… Kata je nak siapkan assignment
cepat…” Nazira merungut sebaik sahaja kelibat aku. Aku hanya tersengih. Alah…
tunggu setengah jam saja pun… Selalu aku tunggu dia make-up nak bersiap nak
dekat berjam tak ada pun aku merungut.
“rileks sis…Setengah jam je pun… Itupun mulut nak bising membebel kat aku…
Jomlah…” Aku menarik lehernya dengan lenganku untuk berjalan seiring. Nazira
muncung. Tahu dah….
Kami masuk ke dalam perpustakaan dan mengambil meja di tingkat paling atas
perpustakaan. Lagi best sebab kat atas ni tak ramai. Tak adalah sesak kepala
nak belajar atau buat kerja.
Aku pergi ke rak yang menempatkan buku rujukan untuk bahagian kejuruteraan
mekanik. Assignment kali ini kena siapkan cepat sebab dateline esok. Aku
terpaksa menyiapkannya saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Setelah mencapai buku yang kurasakan sesuai, aku kembali ke meja. Namun,
langkahku terhenti apabila melihat sesorang yang tidak mahu aku lihat berada
bersama temanku. Darahku mencanak naik. Mamat ini memang tak faham bahasa ke??
“You ni sweetlah.. Duduk seorang je… Tak sunyi ke?” Nazira kekal memandang
skrin komputer ribanya. Aku tersenyum. Way to go, Naz…
“Alah, you ni sombong sangatlah.. I nak berkenalan je dengan gadis cantik macam
you ni..” Nazira memandang lelaki itu dengan pandangan dingin.
“Kau tak ada kerja ke nak mengacau orang. Meja kosong banyak lagi kat sini.
Pergilah duduk mana-mana asalkan jangan kacau aku,”
“Amboi, garangnya cik seorang ni,” Tangannya mula menjalar pada tangan Nazira.
Ini dah melebih…
Aku menyentap tangannya sebelum berjaya memegang Nazira. Aku memusing tangannya
lalu dia menyeringai kesakitan. Baru tahu…
“Fakrul, dah berapa kali aku cakap jangan kacau aku atau kawan-kawan aku lagi…
Kau ni nak suruh aku cakap bahasa apa??”
Fakrul menarik tangannya keras. Kudrat aku pun tak mampu nak melawan. Aku
biarkan sahaja tangannya terlepas. Dia tersengih. Tangannya pantas memegang
pipi aku. Akupun apa lagi, cepatlah menepis.
“Kau ni sama je macam dulu. Defensive… Tapi sekarang berlagak alim… Defend
kawan konon… Aku nak pegang sikit pun tak boleh… Dulu kau elok je…” Aku
menyirap. Budak ni kalau dah buka sejarah haruslah ditutup mulutnya dengan apa
sahaja asalkan dia tidak terus berbicara.
Aku menarik nafas. Nasib baik tak ramai orang kat atas ni…
“Baik kau blah sebelum aku naik angin,” Fakrul hanya tersenyum sumbing. DIa
mendekatkan dirinya padaku. Aku berundur setapak.
“Kau masih nampak cantik bila marah,” Kemudian dia terus berlalu.
“Kau okay??” Aku menarik nafas panjang sebelum tersenyum pada temanku itu.
Kasihan pula Nazira… Tak pasal-pasal terseret dalam hidup aku. Masa lalu aku…
“Sorry Naz…”
“Bukan salah kau… Dahlah.. Baik cepat sebelum kita kena goreng esok dengan
lecturer sebab tak siap assignment,” Aku hanya tersenyum.
Aku berjalan menelusuri laluan antara tempat kediaman pelajar lelaki. Jalan
terpendek dari kelas ke tempat kediaman aku. Lagipun aku terfikir nak tidur
kejap sebelum ke gelanggang tenis petang ini. Penat rasanya bila kelas 5 jam
tanpa henti…
Tiba-tiba aku rasa bahuku dipegang. Aku menoleh pantas. “Rileks, sayang… Takkan
dengan aku pun terkejut,” Celaka… Mamat ni lagi…
“Fakrul, aku dah cakap jangan ganggu aku lagi,”
“Cepat betul kau berubah, kan?? Takkan kau dah lupa dengan cinta kita dulu??”
Aku menjeling tajam. Ya Allah… Dia ni tak faham-faham lagi ke??
“Aku dah cakap kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi… Aku nak berubah!!!” Aku
membentak.
Dia mencekik leherku. Udara…. Aku perlukan udara… “Aku tak akan pernah lepaskan
kau sebab kau milik aku,” Dia tersengih.
“Kau ingat senang-senang je aku nak lupakan kau?? Kau dah lupa ke apa yang kita
pernah buat?? Dulu kita selalu…” Aku menendang kakinya sekuat hati sehingga aku
terlepas. Peluang kugunakan untuk melarikan diri.
Aku melihat ke belakang. Dia mengejar. Tak guna!! Kenapa malaun ni suka nak
kucar kacirkan hidup aku??
Aku berlari masuk ke sebuah bangunan dan memilih pintu pertama dari kanan.
Cepat-cepat ku kunci dan terus terduduk. Oksigen… Aku perlukan oksigen…
Aku melihat sekeliling. Aku tak tahu pula ada studio tarian dalam university
ini… Aku bangun dan mula berjalan. Tempat ini ada segala-galanya.
Aku mengeluarkan telefon pintarku. Track nombor dua kupilih. Apa salahnya
melepaskan stress sebentar.
Muzik bergema. Kakiku mula mengikut rentak. Kiri dan kanan. Aku mula shuffle
mengikut bit lagu.
Everyday I’m shuffling….
Dulu aku bebas bershuffle… Kini, aku tidak boleh… Aku hanya akan lakukan di
tempat yang tiada orang akan nampak. Lagipun, tak manislah sebab aku kan sudah
mula bertudung…
Kadang-kadang, shuffle ni membuatkan aku mengimbas kembali kenangan aku denga
Fakrul. We’re doing many things together. Including the forbidden one. Kakiku
terhenti. Spontan aku terduduk. Aku merenung ke cermin dihadapanku.
Why I was so stupid back then??
Sampai sekarang aku masih dihantui dosa silam. Air mataku mengalir. Layakkah
aku untuk jadi sebagaimana yang kulihat dalam pantulan cermin sekarang??
Aku singgah sekejap ke kafe. Dah petang pun tak makan-makan lagi. Patut pun mak
aku membebel setiap kali telefon. Sebab aku memang tak jaga pemakanan
kadang-kadang… Hmm… Nasiblah…
Telefonku berbunyi. Panjang umur… Mak aku.. Mesti dia risau sebab dah sebulan
tak dengar cerita aku. Dalam family memang akulah paling liat nak menelefon.
Biasalah… Sibuk…
Tak sempat nak jawab aku terlanggar orang. Telefonku tercampak ke lantai. Belum
sempat aku nak ambil, orang depan aku dah ambilkan. Aku mengangkat muka. Cut
the crap!! Memang university ni kecil sangat ke sampai setiap hari aku kena
mengadap mamat tak guna ni??!
“What a surprise, my dear to see you here…” Senyumannya yang terlalu lebar
mengecutkan hatiku.
“Kau ni mengendap aku ke sampai terpaksa jumpa kau setiap hari?” Dia tergelak.
Mukanya didekatkan ke muka aku. Aku berundur setapak.
“Sejak bila kau jadi anti dengan aku ni… Dulu kau okay je… Lagi dekat, lagi kau
suka… Ingat bila bibir kau dan bibir aku…” Pang!! Aku hilang sabar..
“I’m not the old Syaza!!!” Fakrul memandang aku. Getaran maut dapat kurasakan
dari renungan matanya. Alamak… Apa yang aku baru buat tadi?
Fakrul mara ke hadapan menerjahkan aku, namun belum sempat dia menyentuh aku,
sebuah tumbukan tepat mengenai tulang pipinya. Fakrul terjelepok jatuh.
Aku menoleh ke kiriku. Siapa dia ni?
“Bro.. Tu bukan cara nak layan perempuan,” Fakrul mengesat bibirnya yang
sedikit berdarah. Dia nampak marah sungguh.
“Kau siapa yang nak masuk campur hal aku??!!”
“Aku bakal suami dia!!” Kepalaku spontan terteleng padanya. Wait, what did he
just said???!!
“Penipu??!! Dia milik aku!! No one’s gonna get her!! She’s mine!!” Sedas
penumbuk sekali lagi mengenai tempat yang sama.
“Well, I’m afraid not now… Baik kau pergi sebelum muka kau kemek kena belasah
dengan aku,” Fakrul bangun dalam kesakitan. Dia tersenyum sinis. Dia berjalan
mendekati lelaki itu dan berbisik sesuatu.
“Well then, enjoy the secondhand stuff,” Penumbuk kugenggam. I will certainly
send you to hell, Fakrul.
“Cik… Awak tak apa-apa?” Aku tersentak. Air mata yang ku kesan hampir mengalir,
ku sapu. Aku tersenyum padanya.
“I’m fine… Tapi, tak payahlah sampai mengaku awak bakal suami saya… Kita tak
pernah kenal pun,” Dia tersenyum.
“Nama saya Adam. Adam Haikal. I know you, miss Syazatul Shuhada… Hope to see
you in future..” Dia terus berlalu meninggalkan aku yang terkulat-kulat
menghadam apa yang telah berlaku.
Dia tahu nama aku??
Siapa dia??
Macam mana dia kenal aku??
Aku hanya tercegat melihat bayangnya hilang dari pandangan.
“Adam Haikal?? Course apa??” Aku mengangkat bahu. Nazira memandang pelik pada
aku.
“Macam mana kau boleh kenal dia, tapi kau tak tahu dia course apa?? I mean,
hello… university kita ni bukan besar mana pun, bukan macam UiTM kat depan sana
yang ada banyak course pun… Bukannya…”
“Ya… I get it…” Nazira kalau dah membebel, kelajuannya kalah Formula One. “Aku
tak kenal dia pun, tapi dia kenal aku. Siap tahu nama penuh aku lagi. Padahal
aku tak pernah jumpa dia pun,”
Nazira meletakkan jarinya di dagu. Cara dia berfikir… Dah tabiat. “Kau sure
yang kau tak pernah jumpa dia?” Aku mengangguk.
“Positive,”
“Then, find him… Cari dia dan tanya apa yang terbuku dalam hati kau tu… I bet
he will have a time to explain it… Lagipun, there’s too many guy with the name
of Adam Haikal here,”
“Amboi… Macam kau kenal semua orang kat sini je…” Nazira tergelak. Tapi betul
juga kata dia… Kalau aku pening kepala fikir pasal dia pun bukannya ada hasil.
Aku akan berusaha cari dia…
Aku melalui bangunan yang kukenali sebagai blok B di sini. Bangunan ini
menempatkan gymnasium dan beberapa kelas untuk kegiatan kokurikulum. Aku ada
hal nak settle kat sini, itu sebab aku datang. Kalau tidak minta maaflah nak
menapak jauh-jauh ke sini.
Aku melihat ke satu kelas yang ku pasti adalah kelas tarian. Kelas yang aku
pernah gunakan untuk bersembunyi dari Fakrul tempoh hari. Ku kuak pintu
sedikit. Aku terdengar muzik berkumandang dari bilik itu.
Beberapa orang sedang berlatih tarian. Mungkin untuk penilaian kelas
kokurikulum mereka agaknya. Tapi… Sekejap…
Itu Jumpstyle…!!
Aku jadi teruja. Aku dah lama tak tengok tarian itu. Kali terakhir semasa aku
menyertai Freestyle showdown dua tahun lepas di Kuala Lumpur…
“Dah lama tak menari ke?” Aku tersentak dan berpaling. Adam!!
“Saya tak menari…” Dia tersenyum. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya.
“I bet you miss to dance. Especially shuffle,” Dia menunjukkan video yang
membuatkan aku menelan liur aku. Rasa payau tekakku. Itu video aku shuffle masa
aku bersembunyi dari Fakrul di bilik ini!! Macam mana…..??!!
Aku memandang dia dengan perasaan yang berbaur. “How dare you!!”
“I know you’re not shuffling anymore… Professionally… Dan saya faham kenapa…
Saya cuma nak tolong awak..”
“tolong apa??!! Tolong musnahkan hidup saya??! Well you did it!! Well done!”
Aku berlalu dari situ.
“Saya boleh padamkan video ni,” Langkahku terhenti. “But in one condition,”
Aku berpaling menghadap mukanya. Tentulah aku nak video tu dipadamkan… “What?”
“Be my girlfriend,” Be what???
“Forget it!” Aku meneruskan perjalanan aku.
“Okay then, saya upload video ni di youtube je la… Lagipun, awak nampak ada
skill dalam shuffle. I bet many people wants to take you as a team member to join
any showdown…” Langkahku terhenti. Sekali lagi.. Mamat inilah…
“Apa rancangan kau sebenarnya hah?” Aku menyilangkan tanganku di dada.
“Mula-mula kau tolong aku, and suprisely you know my name… kemudian ambil video
aku tanpa kebenaran, then ugut aku untuk jadi girlfriend kau, For what?? Nak
tarik aku jadi team member kau for a showdown??! Well, forget it!!”
“I just want to save you!!”
“From what??!!!”
“Daripada kisah silam kau!!” Aku terdiam. Ku lihat mukanya. Riak serius. 100%
serius.
“Who the hell are you??”
Dia melepaskan keluhan. “Aku tahu siapa kau dulu… Tapi aku nak kenal kau
sekarang. Aku tahu kau nak berubah. Aku tahu kau nak keluar dari hidup kau yang
dulu. Aku tahu segalanya…”
“Jangan berlagak macam kau tahu semuanya!!”
“Beb, apa hal ini?” Beberapa lelaki keluar dari bilik itu yang aku dapat teka,
itu kawannya. Adam hanya tersenyum pada teman-temannya.
“Tak… Tak ada apa… Aku tengah bincang sesuatu dengan girlfriend aku,” Aku
menjeling tajam pada Adam. Bila masa aku setuju nak jadi girlfriend dia??
“Oh.. Dia ke?? Cun juga… Hai.. Aku Baim. Selamat berkenalan. Adam selalu cakap
pasal kau,” Dia tersenyum. Aku pun ikut tersenyum. Agaknya auta apa yang mamat
ni kelentong kawan-kawan dia ya??
“Ini Sam, Fizul dan Ijan… Diorang ni pakar jumpstyle tau,” Aku tersenyum
mendengar kata-kata Adam. Patut pun gaya diorang lincah je dalam bilik tu.
“Alang-alang semua dah ada kat sini, senanglah… Adam ada bagitahu awak tak?”
Aku mengerut dahi.
“Bagitahu apa, Baim?”
“Bro??” Dia menumbuk halus bahu Adam yang pada pengamatan aku agak sasa. Adam
hanya tersengih.
“Kami nak Syaz jadi manager kami… Sebab hujung bulan ni kami akan sertai
showdown di Sungai Petani,” Aku tersentak. Manager???
“So, Syaz.. Please… Adam kata awak ada pengalaman dalam kendalikan dance krew
macam kami ni… Mesti mudah bila awak ada,” Melihat mata Ijan yang mengharap tu
buat aku dilemma. Tapi macam mana Adam tahu aku pernah terlibat dengan
pertandingan macam itu? Dia stalk aku apa??
Aku mengeluh. “Fine… Mungkin saya boleh tolong korang untuk settle everything
yang diperlukan untuk competition itu,”
Muka masing-masing jangan cakaplah, gembira bukan main. Mungkin ini sahaja
caranya untuk aku mengetahui muslihat Adam. Dan menuntut janji dia untuk
lindungi aku.
“Aku setuju jadi manager korang bukan sebab kau. Itu perkara pertama,”Aku
memandang tepat ke anak matanya. Dia mengangguk.
“Kedua, aku setuju jadi girlfriend kau dengan satu syarat,” Dia menyandar pada
kerusi sambil merenungku.
“Kotakan apa yang kau dah janji. Aku tak tahu macam mana kau boleh banyak tahu
tentang hidup aku tapi aku harap kau boleh buat Fakrul berhenti ganggu aku,”
“Itu dah tanggungjawab aku, sayang… Thanks for accepting me,” Dia tersenyum.
Aku meneguk liur. Indahnya ciptaan Allah kat depan aku ni… Nak terkeluar
jantung aku.
Aku harap ni keputusan terbaik dalam hidup aku. At least for now….
“Kau dah apa??!” Muka Nazira jangan cakaplah… Macam kucing tertelan kapur barus
dengan kemenyan.
“Ya, Cik Naz.. Aku couple dengan Adam Haikal yang aku duk cari-cari tu…” Aku
selamba menghirup jus tembikai dengan penuh nikmat.
“Beb… kau kenal dengan dia pun tak.. Macam mana pula kau boleh setuju jadi
girlfriend dia…??”
“Magic…” Aku menggawangkan tanganku di udara. Nazira mengangkat kening kirinya.
Sebiji macam Ziana Zain…
“Serius beb… Kau nak tunggu aku ikat kau kat tiang depan library tu ke baru kau
nak cerita?” Amboi cik kak… Larat ke nak tarik aku naik tiang tu??
“Rileks sis… Aku takkan hampakan permintaan kau… Tapi malam ni, kasi bedtime
story sikit… Baru adventurous sikit…” Aku tergelak. Mulutnya sudah muuncung
sedepa…. Suka aku nak menyakat kawan aku seorang ni… Dia je lah yang faham
keadaan aku… Dulu, sampai sekarang dan insyaallah berkekalan sampai mati.
Day 1
Aku keluar dari kereta Adam dan masuk ke restoran. Adam hanya mengikuti langkah
ku dari belakang. Katanya nak bincang tentang tema dan flow sepanjang
persembahan. Aku hanya mengikut. Mana tahu kalau aku boleh membantu..
“Seriuosly, guys.. The show is 2 weeks from now and you’re not having any steps
yet??” Terkejut badak aku bila dengan selambanya Adam kata diorang tak prepare
apa-apa lagi.
Baim hanya mengangkat bahu. “Kami tak jumpa chemistry lagi and selalu bertekak
tentang step masing-masing,” Aku menepuk dahi. Bergurau apa???
“Korang boleh duduk bincang and try to combine your ideas…”
“Not working,” Macam nak terkeluar anak mata aku melihat betapa rileksnya wajah
masing-masing.
“Seriously, korang ni dah kawan berapa lama?”
Ijan mengangkat muka dari skrin telefon pintarnya. “More than 10 years, seingat
aku..” Yang lain hanya mengangguk.
“And yet korang boleh kata tak jumpa chemistry lagi??” Memang aku nak cari
apa-apa benda yang boleh hantuk kepala budak 4 ekor ni… Kecil besar je aku
nengok…
Aku berdiri memandang muka satu-persatu. “Then, we do it my way,” Aku tersenyum
mengangkat kening memandang mereka. Adam hanya tersenyum. Yang lain hanya
memandang antara mereka.
Aku duduk semula. “Well, according to the rules, your performance should be
more than 5 minutes, so…” Aku mengira sesuatu dengan jariku.
“Kalau kau tak buat homework ni sebelum esok, jangan terkejut kalau aku tetak
kepala seorang-seorang,” Masing-masing meneguk liur. Tahu takut… Aku gertak
baru… Aku gelak jahat dalam hati.
“You guys dah pilih lagu kan?” Semua mengangguk.
“Each of you should find 1.5 minutes steps according to the song you chose,”
Aku pandang muka masing-masing. Aku cakap bahasa Uganda ke yang muka
seorang-seorang macam kena belacan??
“Boleh ke??” Lamunan berkecai. Choi… Masing-masing boleh berangan masa aku
bercakap?
“Boleh, boleh, boleh…” Aku mengeluh. Rasa nak hantuk kepala kat dinding
sekarang ni.
“And I’ll try to find some steps too to add in your performance,” Entah kenapa
bila aku dapat peluang untuk buat apa yang aku minat, sekurang-kurangnya
semangat aku berkobar-kobar.
And I hope I can do something to make our dreams come true.
“Wei… Adam tu course apa?” Aku mengunyah cip kentang aku sambil focus pada
filem Lagenda budak hostel yang ku buka di laptop. Hari Sabtu yang bosan, so
aku ajaklah Nazira tengok filem yang aku copy dari Adam tu…
“BIS(business information System),” Nazira memandangku.
“La.. Kalau si Adam Haikal tu la… Aku tau… Kuat mengacau budak perempuan course
dia tu,”
“Mana kau tau?” Aku terus mengunyah tanpa melihat muka Nazira. Dahlah dia pakai
bedak sejuk malam ni. Kut kalau aku tengah tengok The Conjuring, ada yang
pengsan sampai esok kalau tengok muka dia.
“Kak Alia, sepupu aku satu course dengan dia… Aku tak silap kan? Adam haikal 2nd year 2nd sem??”
Aku hanya mengangguk.
“So, betullah… Hm… Harap je muka hendsome tapi perangai..” Dia menggeleng
kepala. Aku hanya biarkan dia berbicara. Well… Mungkin aku tak kenal sangat
dengan boyfriend aku tu tapi, aku dah tahu juga perangai dia yang kadang-kadang
luar alam itu.
Telefonku berbunyi. “Hello..”
“Assalamualaikum, Syaz kita kena jumpa. Ada hal penting,” Telefon diletak. Aku
memandang skrin telefon ku. Apa kena dia ni?
“Beb… Aku keluar kejap. Ada hal…”
Day 7
Aku duduk di bahagian belakang kelas yang mereka gunakan untuk latihan dan
memandang Adam dengan perasaan yang bercampur. Dah tentu sakit hati malam tadi
tak hilang lagi…
Ada pula dia kata dia tak boleh tidur tu hal penting? Tak tahu ke yang dia dah
bantutkan mood aku nak tengok movie semalam?
“Apa hal muka muncung ni?” Adam duduk di hadapan ku.
Aku hanya memandangnya tanpa reaksi. Dia menggawangkan tangannya di hadapanku.
“Seriously, you have a dance step to memorize. So get the hell out of my sight
and start practicing,”
“Hei… It’s not nice for a girl to say such a thing like that,”
“Go away,” Aku bangun dan menuju ke pintu. Dia menghalang laluanku.
“Okay… Sorry about last night. Tapi, awak dah tolong saya fikirkan gerak tari.
Itukan dah cukup membantu,”
“yeah… But can you just say that you can’t sleep and want me to help you to
think about the dance step?”
“Please, honey… I’m sorry… saya rindukan awak. Saya takut kalau-kalau Fakrul
kacau awak lagi,”
Aku memandangnya. “Fakrul kacau awak ke?” Aku dah risau. Janganlah mamat psiko
tu buat hal dengan Adam pula.
“No… But I’m afraid if he did something to you,” Aku terdiam. Kemudian, aku
mengeluh halus.
“I’m sorry,” Aku bersandar di dinding.
“Look, I’m sorry but I just want to protect you. Jadi, tolong buka sedikit
ruang dalam hati awak untuk terima saya,”
Aku memandang ke dalam anak matanya. Aish… Hati… kau baru habis berlari
marathon ke, yang laju semacam ni??
Mungkin dah tiba masanya aku buka hatiku untuk terima dia?
Day 12
Hampir tiba masanya. Pertandingan cuma tinggal dua hari. And aku lega sangat
sebab budak-budak ni memang letakkan sepenuh tenaga, masa dan harapan pada
pertandingan ni.
“So, dah ready?” Aku duduk di hadapan mereka. Suasana di kafe itu hingar dengan
kehadiran pelajar yang makan tengah hari. Waktu puncak kan…
“Kalau dah hari-hari ikut rutin awak, tipulah kalau tak ready…” Adam tersenyum
padaku. Hai… Kenapalah aku tengok dia ni makin lama makin kacak? Ke aku je yang
tak perasan selama ni?
“Syaz… Thanks sebab tolong kitorang walaupun kalau ikutkan kitorang patut
mulakan rutin tiga bulan lepas,” Aku memandang Ijan.
“Tak ada hal bro… Hal kecil je… Aku dulu pun pernah je start rutin seminggu
sebelum pertandingan,” aku hirup milo ais dengan penuh nikmat. Tengah hari
macam ni tekak rasa kering pula.
“So, awak dah settlekan ke untuk hari pertandingan nanti?” Aku mengangguk.
Pengangkutan, pakaian, makanan semua dalam perancangan. Aku kena pastikan yang
perjalanan kami pada hari itu akan berjalan lancar.
“Kalau macam nilah baik Syaz jadi manager kita untuk pertandingan seterusnya?
Boleh kan Syaz?” Baim memandangku sambil tersengih. Aku pun ikut tersengih.
“No hal…” Kali ni aku ikhlas sebab aku jumpa kepuasan dalam menjadi manager
diorang. Sesuatu yang aku dapat buat dengan hati yang terbuka tanpa rasa tidak
puas hati. Percayalah… Dulu aku penat dengan kerenah kawan sendiri yang penuh
hasad dengki dan iri hati. Sebab itulah aku ambil keputusan untuk meninggalkan
dunia aku yang dulu…
“Okay… Petang ni kumpul kat tempat biasa untuk polish sikit dance step kita.
Lagipun sebenarnya kalau korang perasan ada bahagian yang korang tak mampu
synchronise lagi,” Yang lain mengangguk. Aku dah rasa macam aku pula yang jadi
coach mereka.
“We gonna do this with all our heart,”
Day 15, sehari sebelum pertandingan
Aku berjalan menuju ke Kafe kolej kediaman bersebelahan dengan kolej kediaman
aku. Di situlah tempat tinggal Adam. Dan kami janji nak jumpa di situ. Hari ni
nak buat raptai penuh sebelum pertandingan esok… Ececeh… Semangat gila aku…
Aku melalui satu lorong shortcut yang aku selalu ambil untuk sampai ke kafe
itu. Agak gelap tapi aku bukannya kisah sangat. Akukan dalam kawasan university
lagi…
Tiba-tiba aku dipukul dibelakang kepala. Kepalaku berpinar. Aku seperti dapat
merasakan darah hangat mengalir di celah rambutku yang dilitupi tudung bawal.
Tak lama kemudian, duniaku kelam. Dan aku tak ingat apa-apa lagi selepas itu.
Mataku buka perlahan. Gelap. Kepalaku masih berdenyut. Aku memegang belakang
kepalaku. Memang betul ada darah. Cuma dah kering. Aku melihat sekelilingku.
Aku tak tahu aku kat mana sekarang ni…
“Dah bangun?” Aku mengamati dengan jelas suara itu. Fakrul.
“Apa yang kau nak?” Aku memanang tajam ke dalam anak matanya. Anak mata yang
pernah menggetarkan seluruh jiwaku suatu masa dahulu. Masih tidak berubah, ada
rasa cinta padaku. Namun dicemari dengan dendam yang sangat mendalam.
“Aku cuma nakkan kau semula.. Tapi kau jual mahal…” Aku mengeluh halus.
“Aku tak mungkin terima kau semula, Fakrul. Cerita kita dah berakhir,”
“Habis tu, apa maksud semua perkara yang kita pernah lakukan bersama dahulu?”
“Stop!! Aku tak nak ingat semua benda itu!! Benda itu dah jadi sejarah!!” Dadaku berombak. Aku tak sanggup nak dengar dia keluarkan semua kisah hitam aku dulu. Aku nak berubah.
“Stop!! Aku tak nak ingat semua benda itu!! Benda itu dah jadi sejarah!!” Dadaku berombak. Aku tak sanggup nak dengar dia keluarkan semua kisah hitam aku dulu. Aku nak berubah.
Dia mendekati aku. Dia cuba menyentuh bibirku namaun aku mengelak. Dia
tersenyum sinis. “Sejak bila kau tak suka ni? Bukan dulu kau paling suka nak
bercium mulut ke? Lagi-lagi dengan aku..” Aku menumbuk mukanya. Sabar aku
memang dah melangkaui batasan.
“Aku tak tahulah macam mana nak cakap dengan kau bagi faham bahasa…” Dia
mengesat bibirnya yang berdarah. Aku melonggarkan buku limaku. Aduh… Apa aku
baru buat tadi? Aku kenal sangat dengan Fakrul, kalau dia marah…
Dia meluru ke arahku. Tanpa sempat aku mengelak. Dia menarik lengan bajuku. Aku
hanya mampu menjerit sambil menepis sedayaku. Aku tak mahu jadi mangsa nafsunya
lagi… Ya Allah selamatkan aku…
Aku hanya mampu menangis sambil mengharapkan Adam ada di sini.. Adam…
Tiba-tiba aku rasa Fakrul agak menjauh dariku. Aku membuka mata. Adam di
hadapanku, manakala Fakrul sudah terduduk menahan sakit.
“Adam…!!”
“awak okay…” Aku hanya mengangguk. Aku tahu dia risau melhati lengan bajuku
terkoyak.
“Dia ada apa-apakan awak ke?” Aku menggeleng. Adam menarik nafas lega.
“Jom kita keluar dari sini,” Dia mengangkatku agar aku cuba berdiri. Namun,
mataku sempat menangkap gerak Fakrul. Nanti… Aku nampak pisau. Dan dia memang
menuju ke arah aku dan Adam.
“Adam!!” Adam menoleh ke belakang, namun belum sempat mengelak, mata pisau
sudah terbenam ke dalam perut Adam. Aku tersentak.
Fakrul panic. Namun, dia hanya melarikan diri. Aku lagilah… Apa aku nak buat
sekarang ni?
“Awak tahan kejap ye… Saya pergi minta tolong,” Aku terus keluar dari tempat
itu… Nak telefon ambulans, aku tak tahu aku di mana. Jadi, satu cara saja aku
boleh buat, minta tolong.
Rupanya, aku ada di sebuah kedai kosong, tapi aku bernasib baik kedai sebelah
masih terbuka walaupun dah larut malam. Aku berlari ke arah pekerja kedai itu
untuk minta tolong.
Aku membawa mereka ke kedai kosong tadi, tapi kudrat aku dah tak ada lagi.
Kepala aku sakit. Lepas itu, aku dah tak ingat apa-apa dah…
Hari pertandingan
“Sorry guys korang tak dapat perform pertandingan itu,” Aku memandang seorang
demi seorang. Doktor dah sahkan aku tak ada apa-apa konkusi atau kecederaan di
kepala.
“Syaz, keselamatan member lebih penting. Takkanlah kitorang nak pergi
tanpa kau dengan Adam. Apa pun tak boleh nak buat,” Aku tersenyum mendengar
kata Baim. Aku tahu friendship mereka kuat.
“Macam mana dengan Adam?” Sam bertanya.
“Dia okay, thank God tak kena organ penting. So, he’s survive,” Masing-masing
mengucapkan syukur. Aku juga… Sebab baru aku sedar, Adam banyak melindungi aku,
menceriakan aku dan yang paling penting, dia tak pernah fikir tentang sejarah
silam aku.
“Oh ya… Macam mana Adam tahu aku kat situ?”
“One of our coursemate ternampak kau dengan Fakrul, so dia call Adam…”
“Coursemate korang kenal aku?” Terkejut juga dengan Fizul cakap macam itu.
Mereka hanya tersenyum.
“Haha.,.. Biasalah, diorang pelik bila Adam dah kurang kacau perempuan.
Kecohlah satu course yang Adam tu sebenarnya dah ada awak… Sampaikan kalau ada
yang cakap awak ni tak cantik mesti dia mengamuk,” Aku tersipu. Sampai macam tu
sekali?
Fizul menyambung. “Lepas itu dia try cari awak, dia perasan kereta Fakrul sebab
dia pun dah lama stalk mamat tu untuk pastikan dia tak kacau awak. Untung awak
sebab dia sayang gila kat awak,”
Ya… Aku memang rasa beruntung sangat…
“Feeling better?” Aku duduk di kerusi bersebelahan dengan katilnya. Adam
tersenyum. Senyuman yang aku selalu nantikan.
“Sorry you can’t make it to the showdown,” Aku memandang wajahnya.
“Hei… Takkan saya nak pergi tanpa awak,” Aku tersenyum. Ada hikmah rupanya kami
dipertemukan.
“Saya selalu tertanya-tanya, macam mana awak tahu banyak pasal saya?”
Adam terdiam sejenak. “Remember the freestyle dance showdown in KL 2 years
ago?" Aku cuba mengingat. Okay… The one sebelum aku bertindak keluar dari
dance group yang diketuai Fakrul…
“I met you there for the first time,” Aku terkejut. There? Masa aku still lagi
the old Syaz?
“Saya tahu awak dah tak gembira dalam kelompok diorang dulu. I bet mesti sebab
dengki and iri hati. Lagipun, bila saya tahu lifestyle diorang and awak pun
berada dalam kelompok mereka, I wish that I could do something to drag you
out,” Air mata aku macam nak mengalir je…
“But lepas tu saya dah tak dengar apa-apa cerita pasal awak. Tup-tup, awak
masuk university sama dengan saya. Saya pernah jadi fasilitator untuk minggu
aluan siswa awak. Yang selalu dok kacau awak tu.,..”
Aku mengimbas balik kisah setahun lepas di mana aku baru masuk university dan
melalui minggu aluan siswa. Wait a sec… Mamat ni ke yang suka sangat nak denda
aku benda mengarut tu? Yang bangga gila sebab dapat buat jumpstyle depan pentas
bila time free tak ada aktiviti?
“Awak rupanya???!!” Adam tersengih.
“Masa tu saya bersyukur juga sebab awak dah mula bertudung instead of rambut
merah lagi,” Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Ya… Dulu aku memang suka
warnakan rambut dan fashion jangan cakaplah… Pakai yang selesa sebab aku aktif
masuk freestyle dance competition dulu…
“Lepas tu saya kumpul maklumat pasal awak sebab saya nak kenal rapat dengan
awak. Ingatkan awak dah tinggalkan shuffle yang awak suka sangat tu… Tapi
biasalah, mesti gian juga sekali sekala nak shuffle kan?” Aku tergelak kecil.
Betullah tu…
“Tak sangka yang sebenarnya mr. Jumpstyle yang selalu duk kena kutuk dengan
saya tu dekat je dengan saya selama ni..”
“Oooo… Kutuk saya ek…” Aku menunjukkan isyarat piece. Aku ingat lagi yang
sebenarnya aku menyampah gila dengan dia dulu sebab selalu denda aku dengan
Nazira. Rupa-rupanya ada udang di balik batu. Choi….
Tapi, aku gembira sekurang-kurangnya aku jumpa orang yang betul-betul fahami
aku.
“Lepas ni bolehlah awak jadi manager untuk kami dalam pertandingan yang
seterusnya. Berderet lagi lepas ni…’ Aku tersengih.
“No prob…”
“Dan juga manager hati saya, selamanya,” Aku terdiam. What’s that suppose to
mean?
“Jadi isteri saya? Sebab lagi mudah saya nak lindungi awak…” Aku terkedu.
Sampaikan aku tak sedar yang Sam, Fizul, Ijan dan Baim ada di dalam wad cuba
menahan ketawa dengan reaksiku.
“Tak terlalu cepat ke?”
“Saya ikhlas sebab saya dah kenal awak dan saya tak kisah pun dengan siapa awak
sebelum ni… Saya nak kenal awak yang sekarang,”
Aku hanya tersenyum sedikit. Hati aku ni dah berdentum macam kat stadium, ada
gegak gempita yang menyuruh aku menerimanya.
Haila Mr Jumpstyle… Hebatnya penangan cinta kau pada aku…
“Insyaalllah, kalau awak jodoh saya… Awak jumpalah parents saya…” Adam
tersenyum. Yang lain di belakang aku bertepuk tangan. Aku menoleh. Kurang asam
punya lelaki.
“Hoi!!” Mereka semua ketawa.
And for me… I found the right guy… Lepas ni mungkin aku patut tukar gelaran
dari miss shuffle kepada mrs jumpstyle… Haha…
TAMAT (?)