Friday, 13 May 2016

kerana mercun bola

Cerpen ni sebenarnya aku buat time puasa..kenalah feel dengan time nak raya masa tu *gelak*.
Lumrah bila dah start menulis, mesti aku akan bayangkan watak utamanya aku. Dan kebanyakan cerita yang aku tulis memang berdasarkan sikap aku, atau at least macam mana aku gambarkan diri aku(yang aku tak dapat jadi atas constraint tertentu). Dan kadang nama watak dia pun berdasarkan orang yang aku pernah(baca:PERNAH) minat *gelak*. Tapi tak semualah.
Atas sebab itu aku suka menulis. Sebab aku suka berangan.


kerana mercun bola.

Hari raya telah tiba…
Sambut dengan gembira
Kembali fitrikan hatimu….
Hulurkan kedua tangan…
Saling maaf-maafan…
Ampunkan kesilapan lalu….

                Bibirnya mengalun rentak mengikut lagu Aidilfitri yang Mulia dendangan penyampai radio Era.fm itu. Mood rayanya hampir tiba. Apatah lagi, kali ini dia beraya di kampung halaman ibunya di Tanjung Malim, Perak. Lamanya tak balik kampung!!! Hatinya melonjak keriangan.
                “Hai.. Senyum sampai ke telinga nampak… Tahulah nak beraya kat rumah nenek pun…” Puan Sahara menegur anak dara tunggalnya itu. Afeeya tersenyum.
                “Yalah ibu.. Of course lah happy… Dah lama asyik duk beraya kat KL je… Bosanlah asyik mengadap bangunan tinggi melangit pepagi raya… Raya kat kampung lah best… Nak main mercun pun boleh fight dengan kampung sebelah….”
                “Hish… Ke situ pula dia… Beraya kat hospital nanti baru tahu,” Afeeya hanya tersenyum. Cakaplah apapun, memang tak lut padanya. Di kuala Lumpur pun, dah selalu mercun miliknya dirampas polis. Pak polisi pun dah kenal dengan gadis itu. Tak larat nak bagi nasihat dah… Kalau hari ini rampas mercun roket, esok berdentum pula mercun merdeka. Memang budak ini genetic degilnya datang dari mana??
                “Dah sampai anak dara oi…” Encik Hamidi menegur anaknya. Lamunannya mati. Dia memandang ayahnya yang baru keluar dari kereta. Dia mengatur langkah yang sama.
                “Nenek!!!” Hajah Safiyah hanya tersenyum melihat keletah cucunya. Lama sungguh tak berjumpa dah besar dah cucu seorang ini.
                Afeeya menyalam tangan neneknya dan memeluk erat badan tua itu. Rindunya pada nenek yang telah lama tidak berjumpa.
                “Dah jadi anak dara cucu nenek seorang ini…” Afeeya hanya tersengih. Neneknya tidak berubah. Masih suka menyakat dirinya.
                “Dah… Jomlah masuk…” Hajah Safiyah menjemput mereka. Tahu mereka penat setelah lama berada dalam kereta.
=
                Afeeya melepas nafas lelah. Sakit badannya terlalu lama  berada dalam kereta masih belum hilang. 4 jam dari rumahnya memang terasa. Dia menggeliat sikit untuk membetulkan sendi-sendi yang masih terasa kesengalannya.
                “Time aku nak balik kampunglah muka kau pun nak balik juga…” Afeeya berpaling lipat maut ke arah tuan punya suara.
                “KAu???!!!” Kenapa mamat ethanoic acid terlebih pH ini pun balik juga?? Ibu, papa??? Apa maksud semua ini….
                “Yalah.. Aku… takkan lembu pula…” Minah ini pun tutup sikit mulut itu… Nanti langau masuk ada pula yang mati tercekik di sini.
                “Apa kau buat kat sini??”
                “Main internet,” Hadi menunjukkan telefon pintarnya pada sepupu yang muda dua tahun darinya itu. Takkan tak faham-faham kut aku tengah layan internet… Takkan aku tengah kejar ayam kampung pula???
                Afeeya menggeleng. “Tak… Maksud aku, apahal kau pun balik juga…??? Menyemak betullah…” Hadi mencebik. Budak bertuah… Kau ingat ini kampung kau seorang??
                “Nenek ada ramai cucu ya, cik Afeeya oi… Dan aku salah seorangnya… Jadi, apa hak kau kata aku menyemak…???”
                “And, take note ya Cik Afeeya. Ini pun kampung aku juga,” Hadi turun dari tembok yang dia bersandar dan masuk ke dalam rumah meninggalkan Afeeya yang rasa menyirap sahaja dengan gelagat sepupunya itu.
                “Argh!!”
*
                Neneknya sedang sibuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak rendang ayam. Terdetik hatinya untuk membantu memandangkan dia tidak melihat sesiapa pun cuba untuk membantu.
                “Yaya nak tolong nenek,” Hajah Safiyah yang sedang mengupas bawang mendongak.
                “Tak payahlah… Yaya mesti penat, pergilah rehat dulu…” Hajah Safiyah menegah. Tahu  cucunya itu penat.
                “Tak apalah… Kesian nenek buat seorang-seorang. Bukan susah mana pun. Yaya tolong gunting cili kering,ya?” Tanpa menunggu kebenaran, dia bersila di hadapan Hajah Safiyah dan mula menggunting cili kering di hadapannya. Lebih mudah dari memotong menggunakan pisau.
                Hajah Safiyah hanya menggeleng. Tahu budak ini bukannya makan saman. Kalau dia kata mahu tolong janganlah ditegah.
                “Nek… Kenapa budak mat salih celup itu pun balik juga?? Semaklah..” Neneknya tersenyum. BUdak berdua ini macam magnet dengan kutub yang sama. Perangai sama jengkel. Tapi apabila berjumpa, tak boleh bertentang mata. Ribut jadinya. Menolak sesama sendiri.
                “Hadi pun cucu nenek juga…”
                “Tapi, kenapa time Yaya balik pun dia nak balik?? Kenapa tak time lain… Yaya tak sukalah..”  Afeeya mengembungkan pipinya. Tabiat apabila membuka topic mamat sewel itu.
                “Yaya… Tak baik cakap macam itu… Diakan sepupu Yaya juga… Lagipun hari raya kan?? Nenek lagi suka kalau semua anak cucu nenek berkumpul,” Wajahnya tiba-tiba mendung. Terkenang anak dan menantunya merangkap ibu bapa Hadi tidak dapat pulang beraya pada tahun ini. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini juga.
                “Nek… Yaya minta maaf… Yaya tak bermaksud nak lukakan hati nenek,”
                “Tak adalah… Nenek okay je…” Afeeya tersenyum.
                “Nenek, kelapa ini nak letak mana?” Hadi yang muncul dari luar rumah bersama kelapa yang siap diparut menukar suasana tanpa disedari.
                “Letaklah kat atas meja sana. Nanti tolong perah santan ya…” Hadi hanya mengangguk.
                “La… Tahu masuk dapur rupanya anak dara ini,” Afeeya menjulingkan matanya ke atas.
                “senang je masuk dapur kalau tahu dapur itu kat mana,”
                “Yalah.. Aku ingat kau itu tahu kedudukan bilik tidur je… Membongkang 24 jam,” Cis… Ada yang makan cili kering kejap lagi…
                “Di… Janganlah nak usik sangat Yaya… Nanti nenek kahwinkan kamu berdua nanti baru tahu…”
                “Nenek!!!”
*
                Malam menjelma. Suasana di kampung itu teramatlah sunyi dan gelap sampai Afeeya berfikir 10 kali untuk keluar dari rumah neneknya. Tapi, dia keluar juga bersidai di beranda memandangkan si Hadi itu ada bersama. Menyampah, menyampah juga… Tapi dia dah ada bolehlah meneman.
                Hmmm… Tak ada orang main mercun ke?? Lama tak dengar. Kat Kuala Lumpur sana, kalau dia main mesti ada jiran-jiran pergi mengadu pada ayahnya, kata bisinglah.. Mengganggu ketenteraman awamlah… Hellooo… Kalau nak sunyi sangat pergi duk hutan sana… Menyampah betul. Sudahlah tak ada semangat kejiranan… Condemn saja lebih…
                “Kau ini buat apa kat luar?? Buat semak je.. Baik pergi tolong nenek buat lemang kat belakang tuh,” Afeeya menjeling sesaat.
                “Ala… Pak Long, Pak Ngah, Abang Ayoi ngan faiz kan ada… Boleh tolong nenek bakar lemang n kacau dodol sekali. Aku tolong lambat sikitlah… Yang kau tu… Dah bertahun duduk Kanada tak reti nak bergaul dengan saudara sendiri lagi ke??”
                “Cakap orang…”
                “Sekurang-kurangnya aku duduk gak bercakap dengan diaorang tanya khabar… kau itu asyik nak menghabiskan data internet kau je.. apa cerita??” Hadi hanya mendiamkan diri dan menyambung fokusnya pada internet. Afeeya mencebik. Dasar mat salleh celup.
                Afeeya tiba-tiba tersenyum. Dia berlari ke dalam biliknya dan mengambil satu palstik kertas dan membawanya keluar.
                “Ai, anak dara… Nak pergi mana tu malam-malam buta ini??” Afeeya berhenti melangkah. Dia menoleh dan tersenyum pada Mak Long Faridahnya.
                “Tak ada ke mana, mak long… nak keluar depan rumah nenek je…” Puan Faridah hanya mengangkat kening sebelah.
                “Buat apa kat depan itu… Meh tolong mak long masak rending kat belakang tuh… Tak pun tolong si Ayoi dengan Faiz kacau dodol… Ajak sekali si Hadi tu…” Alamak… Tak boleh tunggu malam sikitkah…
                “Ala… Amk long… Kejap lagilah… Suruhlah si Hadi tu dulu… Yaya nak main mercun dulu…” Afeeya cuba menagih simpati.
                “Aih… Tak payah… Tak takut hilang tangan apa… Hilang tangan okay lagi… Kalau hilang nyawa siapa nak jawab?? Dah… Pergi ajak si Hadi itu buat kerja kat belakang,” Tu dia… suara dictator sudah bergema. Potong line betullah…
                “Dia terus menyimpan semula beg kertas tersebut dan terus menuju ke belakang rumah neneknya. Di situ memang dibuat pangkin untuk berehat dan juga memasak ketika raya. Apatah lagi, tahun ini, hampir semua anak cucunya pulang untuk menyambut Syawal.
                11.25 malam. Hampir menjengah tengah malam. Esok adalah hari terakhir berpuasa. Memang patut pun keluarga Hajah Safiyah mula sibuk. Hari ini buat lemang dulu. Esok barulah rending dan dodol. Bab mengacau dodol yang paling dia suka. Mudahlah untuk menyakat abang saudaranya yang mengerah keringat mengacau dodol yang mula liat…hahaha…
                “Ha… Datang pun Yaya… ini… tolong blender cili kering ni dulu… Esok senang main curah je…” Hajah Safiyah bersuara.
                “Kak Deena kan ada… “ Afeeya cuba untuk berdiplomasi. Mana tahukan, dia boleh pergi main sekejap.
                “Buatlah berdua… Blender tu kan ada dua… Banyak cili tuh…” Budak bertuah ini nak mengelat saja kerjanya…
                Afeeya mengalah. Dia malas mahu berdalih lagi. Tahu dia akan kalah. Cakaplah apa pun, neneknya memang mahu dia menolong sekali.
                Deena hanya tertawa melihat gelagat adik saudaranya itu. “Hai… Hadi itupun tahu menolong tau…”
                Afeeya melihat Hadi yang sedang riang ketawa berborak dengan Pak Long dan anak-anaknya sambil menunggu lemang. Afeeya hanya mencebik. Mesti kena suruh dululah itu baru datang. Buat-buat rajin konon…
                “Berlakon saja tu…” Deena hanya menggeleng. Dia pun tak tahu apa yang menyebabkan dua bersaudara ini bergaduh bagai nak rak… Tak boleh bertemu langsung.
                “Yang kau ini banyak sangat pe’el tak nak tolong nenek kenapa??” Afeeya hanya sengih pada Deena.
                “Orang ada projek nak buat…”
                “Projek apa? Letupkan kebun nenek kat depan itu ke?” Bukan boleh percaya minah seorang ini. Kut dia dah standby meriam buluh… Kut dibakarnya kebun nenek itu apa yang tinggal. Macam kes masa umur gadis itu 10 tahun. Memang masak dia kena dengan nenek dan ibu bapanya.
                BOOM!! Seisi rumah terkejut dengan bunyi sebentar tadi. Lagi mengejutkan apabila melihat api marak dari hujung kebun buah milik Hajah Safiyah. Semua yang berada di dalam rumah keluar. Encik hamidi segera menelefon balai bomba. Sementara itu, Hajah Safiyah sekeluarga dan jiran terdekat cuba mengawal kebakaran dengan menjirus air yang dibawa dengan baldi. Namun, agak sukar kerana kedudukan kebun itu yang agak jauh dari rumah Hajah Safiyah.
                Deena mencari adik saudaranya itu. Risau juga kalau-kalau dia berda berhampiran. Akhirnya dia terjumpa gadis itu di balik semak berdekatan dengan tanah lapang yang selalu dijadikan tempat meledak meriam buluh.
                “Yaya… Jom balik… Nanti nenek risau…” Deena cuba memujuk.
                “Tak nak.. Nanti papa marah,” Deena mengerut dahi. Jangan-jangan….
                “Siapa yang main meriam buluh tu??”
                Afeeya memandang Deena dengan muka bersalah. “Abang Faiq bagi main tadi… Yaya try jer… tak tau pula boleh kena kebun nenek…”
                Deena mengeluh. Faiq si samseng kampung. Masak kau dik non….

                “Sakit!! Papa, Yaya minta maaf… Sakit papa!!!” Meronta dia apabila rotan dilibas ke punggungnya. Raungannya tidak dipeduli. Masing-masing memang geram dengan budak kecil seorang ini.
                “Kenapa Yaya suka bagi kami risau?? Nasib baik sikit je kebun nenek terbakar. Kalau Yaya sekali terbakar macam mana??!!”
                “Ibu… Yaya minta maaf ibu.. Yaya janji Yaya tak main lagi… Ibu.,…” Puan Saharah hanya mendiamkan diri.
                “Kenapa yaya pergi main meriam buluh tu??” Hajah Safiyah cuba berlembut.
                “Yaya tengok je mula-mula. Lepas itu abang Faiq kasi main… Dia suruh sasarkan kat kebun nenek sebab takut ada orang lain kena… Lagipun dia kata dia nampak babi hutan kat situ… Baik bunuh sebelum dia masuk rumah nenek kan?” Seisi rumah sudah menepuk dahi. Dari pak long sekeluarga, pak ngah dan pak su nya pun macam dah nak tergelak. Encik Hamidi hanya menggeleng.
                Hajah Safiyah hanya mampu menggosok lembut kepala anak gadis itu.
*
                12.05 malam. Kerja pun sudah tidak banyak. Cuma tinggal Pak Long dan Abang Ayoi yang menjaga lemang. Yang lain sudah beransur masuk. Afeeya tanpa berlengah masuk ke dalam bilik dan mengambil beg kertasnya tadi. Keluar bilik, kiri dilihat, kanan dilihat. Line clear….
                Dia pergi ke tapak lapang di hadapan rumah neneknya. Itu memang port terbaik untuk bermain mercun. Keadaan malam itu juga seperti pesta apabila mercun sudah berdentum bersahut-sahutan. Afeeya juga pasti tidak mahu ketinggalan.
                Mercun pertama dikeluarkan. Sebenarnya dia sudah sediakan awal-awal, bermacam jenis mercun. Tapi, tunggulah… Mercun yang biasa-biasa dia simpan buat sepupunya yang lain… Anak-anak PakSu yang kecil-kecil itu… Mereka balik esok….
                Mercun merdeka dikeluarkan. Diletak di tengah tanah lapang dan dinyalakan sumbunya. Afeeya berlari sejauh mungkin. Dan…
                Boooommm!!! Percikan berwarna-warni mewarnai angkasa raya. Ini kalau orang yang baru nak tidur mesti terbangun balik sebab bunyinya yang berdentum kuat. Budak ini memang mengacau ketenteraman awam betullah…
                “Hoi!!!” Afeeya menoleh setelah lama mendongak melihat percikan mercunnya. Macam kenallah mamat ini…
                “Kau buat apa kat sini?? Ini tempat aku… Baik kau blah cepat…” Afeeya mengangkat kening.
                “Aku sampai sini dulu… Lagipun, ada nama kau ke tertulis kat sini?? Ke geran tanah ini ada nama kau?? Setahu aku tak ada orang yang own tempat ni…” Afeeya tidak mahu kalah. Kalau nak main, main je la… Tanah ni lapang kot… Nak juga buat macam hak cipta terpelihara… Boleh jalanlah…
                “Amboi budak ini… Tak padan dengan kecik dia… Kau tak kenal lagi aku siapa… Aku…”
                “Gangster taik kucing kampung ni?? Eh… Boleh baliklah… Setakat samseng macam kau ni bawah ketiak aku je la…” Faiq menggenggam penumbuknya. Budak ini memang nak kena… Mesti budak bandar. Perangai macam samseng nak rampas tanah je…
                “Kalau nak main, main je lah kat sebelah sana… Tanah ni lapang kot… Aku main sini, kau main sana… Kita boleh bertanding siap paling kuat bunyi mercun, ke siapa paling meriah mercun dia… Amacam??” Peace no war yo… Raya dah nak dekat…
                Faiq berfikir sejenak. “Okay… Kalau kau kalah kau blah… Kalau aku kalah, aku dengan geng-geng aku ini akan blah… Tapi, siap-sedialah, mesti kau kalah nanti…” Faiq tersenyum sumbing. Rakan-rakannya di belakang juga sudah sepakat mentertawakan gadis itu. Afeeya hanya menggeleng kepala. Dasar budak pramatang.
                “Apalah kau ni… Aku kasi main kongsi tempat ni pun dah cukup bagus… Ni nak main bet pulak… Tak matang betullah…” Afeeya mengeluarkan mercun bola, menyalakan sumbunya dan membalingnya ke dalam semak. Bedentum bunyi di balik semak. Babi hutan pun boleh sakit jantung kalau dengar.
                “Kau takut ke budak??? Yalah.. Taulah sebab mesti kalah kalau lawan dengan samseng macam kitorang nih…” Salah seorang rakan Faiq mencurah api dalam minyak keegoan Afeeya yang masih berselindung di dalam bekas pelita kesabarannya. Tangan yang sibuk menguis untuk memilih mercun mana yang mahu diambil terhenti. Matanya spontan tajam merenung 4 orang lelaki di hujung matanya.
                “Kau ni memang tak ada kerja ke?? Tak pernah belajar adab kat sekolah dulu??”
                “Adab?? Nak buat apa beradab dengan minah macam kau ini?? Kau pun macam tak beradab je… Ke kau pun sekolah tak habis??” Sedas penumbuk cepat melayang ke muka Faiq. Dada Afeeya berombak.
                “Pantang tok nenek aku orang mulut longkang macam kau!!! Bau hapak siot!!!” Faiq mengesat bibirnya yang berdarah. Dia mengisyaratkan agar geng-gengnya membelasah gadis itu bagi pihaknya. Afeeya di posisi sedia untuk menyerang.
                 Segala tujahan yang diberi mereka bertiga Berjaya dielak. Salah seorang dari mereka Berjaya mengunci gerakan Afeeya dari belakang, Dan Faiq pantas menghadiahkan penumbuk ke perut Faeeya. Afeeya senak sebentar. Sebelum sepakan Faiq mengena kepalanya, dia melompat dan menujah Faiq ke belakang. Kepala orang yang memeluknya dari tadi, disiku  menyebabkan dia dia terlepas.
                Beberapa minit pertarungan tercetus, keempat-empatnya rebah. Afeeya mengah. Namun, Faiq masih tidak puas hati, dia bangun untuk menerjah, tetapi dia panic apabila terdengar siren polis. Spontan keempat-empat mereka berlari meninggalkan tanah lapang itu. Afeeya terduduk. Darah yang menitis ditepi bibir dan hidung dikesat perlahan.
                Hadi datang dengan telefon di tangannya. Bunyi siren tu keluar daripada phone mamat ni rupanya…. Fikir Afeeya dalam hati. Tapi, nasib baiklah ada si mat salleh celup ni… Kalau tak arwah dia malam ni…
                “Kau ini tak ada benda nak buat selain buat masalah ke??” Afeeya merengus. Dadanya masih berombak.
                “Kau tak ada tadipun aku masih boleh settle la…”
                “TU namanya bodoh sombong… Dah lembik macam ni pun tak nak mengaku lagi… Ego…”
                Afeeya bangun. “Kau ni kenapa?? Suka sangat nak sakitkan hati aku…?? Aku dah busted kan?? KAu nak buat apa?? Bagitau nenek??” Dia sudah hilang sabar. Mamat ni tak ada kerja lain ke nak jaga tepi seluar aku… Jaga seluar sendiri sudah…
                Dia berjalan sedikit tempang ke belah kiri kerana kaki kanannya cedera semasa bergaduh tadi. Daripada serabutkan kepalanya dengan si Hadi ini, baik dia pergi basuh lukanya. Beg mercunnya diambil dan dia berjalan masuk ke dalam rumah melalu pintu depan. Di situ tiada orang. Semua dah masuk tidur. Bolehlah dia menyelinap masuk bilik air tanpa di sedari.
                Hadi menyebakkan rambutnya ke belakang. Mulut… Mulut aku dengan dia sama je… Mulut longkang. Lain aku nak cakap, lain pula terjemahnya ke budak itu…
                “Feeya…” Afeeya terhenti. Pertama kali dengar mamat ini panggil nama aku.
                “Plaster,” Hadi menghulur kotak plaster pada gadis itu. Kemudian, dia terus masuk ke dalam rumah. Afeeya tercengang. Jin mana yang merasuk mamat ni ya?? Tapi kan sekarang Ramadhan… mana ada jin syaitan segala bagai…
                Dia hanya merenung kosong pada kotak plaster di tangannya.
*
                Hajah Safiyah hanya menggeleng kepala dengan kerenah cucunya seorang ini. Tak padan dengan anak dara, perangai tak ubah-ubah… Semalam bergaduh. Hari ni kena sebat dengan papanya sebab bergaduh. Daripada lebam-lebam kena tending, kena tumbuk… Bertambah pula lebam kena rotan. Hajah Safiyah mengeluh. Macam manalah nak sambut raya esok kalau muka tu dah cacat?
                “Nenek… Nenek fikir apa?? Hangus plak kuah kacang tu kalau nenek sambung bermimpi di siang hari,” Hajaha Safiyah menoleh. Afeeya hanya tersenyum sekadar yang mampu memandangkan bibirnya masih bengkak akibat pergaduhan semalam. Hajah Safiyah menarik Afeya duduk di sebelahnya.
                “Yaya tak sayang nenek ke? Tak sayang papa dengan ibu? Kenapa Yaya bergaduh malam tadi?” Afeeya merenung wajah tua itu.
                “Sebab Yaya sayangkan nenek, papa dengan ibulah Yaya tak bagitau Yaya gaduh… Lagipun, Yaya kena ajar sikit si Faiq tu yang suka-suki dia je nak buat apa yang dia nak… Lagipun, nenek tak ingat ke yang dia suruh Yaya bakar kebun buah nenek dengan meriam buluh dulu,”
                “Tapi, tak payahlah balas macam tu… Tak baik…” Afeeya terdiam. Seketika kemudian, dia mengeluh.
                “Yaya minta maaf, nek… Yaya janji tak buat lagi…” Hajah Safiyah mengelus rambut Afeeya yang tangannya sudah mula mengacau kuah kacang di hadapannya.
*
                “Yaya… Ada mercun tak??” Pak Su Hadif nya tersengih. Afeeya mengangkat keningnya dua kali. Kemudian. Dia tersengih-sengih.
                “Takkan nak bagi main free kut…”
                “Alah… Takkan dengan Paksu pun nak berkira…” Afeeya tergelak.
                “Gurau je lah…. Jom…” Afeeya membawa bungkusan yang sama seperti semalam keluar. Hadif sudah tersenyum. Anak buahnya yang seorang memang boleh diharap. Dia pun memang rapat dengan Afeeya sejak Afeeya kecil lagi. Sebelum dia berkahwin dan punyai anak.
                “Hai… Takkan bapaknya aje yang nak pergi main?” Maksu Idah sudah bersuara. Hadif dan Afeeya terhenti. Kedua-duanya tersengih.
                “Laila, Iman… Jom ikut abah main bunga api!!”
                “Yeay!!!” Kedua-dua anak kembarnya meloncat keriangan. Sangat aktif walaupun masih berumur 2 tahun.
                “Abang jangan nak bagi main yang bahaya kat Laila dengan Iman….” Idah memberi amaran.
                “Yes, you’re higness,” Kemudian mereka terus keluar rumah Hajah Safiyah.
                Afeeya menyerahkan bunga api kepada mereka dan mereka meluru ke arah bapa mereka untuk meminta sumber api untuk menyalakan bunga api masing-masing. Kedua-duanya bersorak keriangan apabila bunga api dinyalakan. Dipusing-pusing bunga api itu sambil menyanyikan lagu Selamat Hari raya versi kanak-kanak 2 tahun.
                Celamat aidilfitri
                Kepada saudara syerta syaudari
                Syetahun hanya syekali
                Melayakan hali yang mulia ini
                “Amboi… Tak ajak kita main…” Afeeya menoleh. Sepupunya, abang Ayoi yang lima tahun lebih tua darinya dan Faiz, tua setahun darinya.
                “Korang nak mercun apa? Aku ada mercun papan, merdeka, mercun bom, mercun lebah, lalat, mercun mancis pun ada,” Bungkusan itu digeledah, lagak seperti penjual barang haram. Ayoi dan Faiz teruja. Sepupu yang seorang ini memang ekstrem. Mana dia dapat semua benda alh ni pun tak taulah… Rompak gudang kastam kot???
                “Mercun bola??” Afeeya memandang sepupunya.
                “Ada…. Ada 4 peket ni ha… Ambillah 1,” Afeeya menghulur tanpa melihat. Dia mahu mengambil mercun merdeka untuk di letupkan.
                Malam itu meriah dengan dentuman mercun. Dari rumah sebelah, rumah depan, rumah seberang jalan, dari kampung sebelah pun ada. Semua bagaikan berlumba siapa paling kuat.  Nek Zabedah yang singgah di rumah neneknya itu sudah beberapa kali meloncat keraa melatah. Afeeya juga sudah hampir putus nafas menggelakkannya.
                “Yaya.. Ada bunga api lagi tak??” Laila menarik seluar kakak sepupunya perlahan. Afeeya hanya tersenyum.
                “Nah…” Dia menghulur segenggam dan disambut gadis kecil itu. Terkedek-kedek dia berlari ke arah abahnya untuk meminta dinyalakan. Separuh lagi diberi pada adiknya Iman.Comel lagak mereka.
                Hadi masih lagi dengan internetnya. Sudah diajak oleh Pak Sunya tetapi dia menolak. Katanya bahaya. Afeeya yang terdengar hanya mencebik. Lembik… Takut putus jari ke?
                “Yaya!! Lepas lagi satu das! Kampung sebelah bunyi dia lagi gempak,” Faiz menjerit ke arahnya. Afeeya bukan boleh dengar benda-benda macam ini. Terus dia meletakkan mercun merdeka di tengah laman dan menyalakan sumbunya.
                3…
                2…
1…
Mercun berlepas ke udara dan memercikkan percikan berwarna-warni yang menyalakan langit malam. Laila dan Iman sudah bertepuk tangan gembira. Ayoi dan Faiz sudah bersorak gembira bagaikan menonton perlawanan bola sepak. Afeeya menjerit sambil menggawangkan tangannya ke udara.
Afeeya mengambil mercun bola dan menyalakan sumbunya. Segera dibaling ke arah kebun neneknya di hadapan.
“Boomm!!!”
“Oh booommmm bunyi mercun eeeehhhh!!!!”
Afeeya menoleh mendengar latahan Nek Zabedah. Dia hanya tertawa. Dia dah lali walaupun banyak kali dimarahi neneknya… Takpe, ramai boleh backup sini…
 Dia masih lagi meneruskan aktivitinya tanpa disedari ada beberapa pasang mata sedang memerhati.
*
                Afeeya mengemas semua sampah-sampah yang bertaburan. Kata nenek, pandai main, pandai kemas. Jadi, untuk mengelakkan neneknya membebel, dia mengemas semuanya supaya bersih.
                Hadi hanya memerhati gadis itu dari jauh. Kenapa ya dia perlu mencetuskan perang kutub dengannya? Dia pun tak tahu. Mungkin sebab kes gadis itu rosakkan PS3 nya dulu kot…
5 tahun lepas…
                Afeeya bermalam di rumahnya sementelahan cuti sekolah sudah bermula. Ibu dan papanya ke luar Negara kerana ada urusan. Jadi, dia menumpang sementara di rumahnya memandang ibunya dan ibu gadis itu memang rapat. Jadi, kepercayaan itu lebihlah… Maklumlah…ibu mereka kembar….
                Hadi sedang ralit bermain permainan di PS3 nya itu apabila Afeeya yang sedang minum nescafe sambil berjalan lalu tersadung kaki pada karpet di ruang tamu itu. Malang tidak berbau, cawan di tangannya terlepas lalu terjatuh tepat di atas PS3 mlik lelaki itu.
                Afeeya tergamam. Hadi tersentak. Skrin televisyen yang memaparkan permainannya tadi hilang isyarat. Hadi memandang gadis itu yang sedang meneguk liur.
                “kau dah buat apa ni….???”
                “Aku minta maaf, tak sengaja…” Hadi terus bangun dan merenung gadis itu tajam.
                “Kau ingat benda ni murah ke main pakai sorry je??!!”
                Afeeya hanya meamdang lelaki itu. Seketika kemudian, dia mengeluh. Malas betullah nak bertekak dengan mamat ni. “Okay… Nanti aku ganti balik… Cakap je berapa harganya…?”
                “Kau ingat aku hadap sangat duit kau tu??!!” Afeeya mengangkat kening.
                “Apa lagi kau ni?? Aku dah nak bayar kan?? Yang kau buat kecoh sangat kenapa?” Menyirap Hadi mendengar intonasi gadis itu…
                “Kau….”
                Ingatan Hadi terlambung semula ke reality apabila dia menyedari ada seseorang di sebalik pokok jambu neneknya. Lagi mengejutkan apabila dia perasan apa yang ingin dilakukan oleh lelaki itu.
                “Afeeya!!!!” Afeeya menoleh apabila mendengar namanya dijerit.
                Sebutir mercun bola yang belum sempat mendarat di atas kepala Afeeya meletup kuat hingga menggemparkan seisi rumah. Namun, gadis itu Berjaya diselamatkan apabila Hadi pantas menolak tubuh kecilnya jauh dari mercun itu.
                Afeeya memegang kepalanya. Berdengung. Dia ingin mendapatkan siapa yang membaling mercun itu namun Paksu nay sudah memulakan langkah mengejar lelaki itu. Dia memandang sebelah.
                “Wei Hadi…. Kau okay tak ni??” Afeeya cemas. Hadi mengerang kesakitan. Tangannnya luka akibat bergesel dengan tanah.
                “Wei…Kau okay tak??” Air mata Afeeya hampir mengalir. Rasa bersalah menyelubungi diri. Hadi masih lagi mengerang kesakitan.
                “Hadi…!!!!”
*
                Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
                Lailahaillallahu Allahuakbar
                Allahuakbar Walillahilhamd
                “Nek… Yaya minta maaf sebab dah banyak susahkan nenek selama ni… Selalu buat nenek pening kepala. Selalu buat ibu dengan papa risau…”
                Hajah Safiyah tersenyum. “Nenek dah lama maafkan… Nenek sayangkan Yaya… Jangan buat nenek pening lagi ya?” Afeeya tergelak kecil sambil mengangguk.
                Selepas usai sesi bermaafan, sesi bergambar diadakan. Meriah rumah Hajah Safiyah dengan tawa riang anak cucunya.
                “Tu… Yang berdua pakai baju biru tu… Kenapa kekok sangat?” Faiz, cameraman tak berbayar menjerit pada tuan empunya badan yang dimaksudkan. Muka Afeeya merah padam disakat begitu. Sudahlah kebetulan baju rayanya sama warna dengan Hadi. Kena pula duduk berdua dengan dia…
                Seisi rumah hanya ketawa. Hadi pula hanya menjegil mata pada Faiz. Buat malu kompeni betullah budak ni…
*
                Hadi duduk bersenang di beranda. Sesi bergambar sudah selesai. Ramai ahli keluarganya sudah keluar berjalan raya. Dia hanya ingin duduk di rumah sahaja. Malas pula mahu keluar.
                Afeeya berdiri di sebelah Hadi. Peliknya dia apabila sudah lama tidak berbual secara baik dengan lelaki itu.
                “Kan best kalau mama dengan ayah ada kat sini,” Afeeya memandang lelaki itu.
                “Diorang asyik sibuk je dengan kerja kat Australia tu… Sampai nak balik raya pun kena fikir 100 kali,” Hadi memandang ke langit yang cerah. Afeeya ikut sama memandang. Angin sepoi-sepoi bahasa lembut menyapa mukanya.
                “Mungkin memang tak boleh nak elak… Mereka kerja kan cari rezeki…” Hadi hanya mengangguk walaupun dia mungkin tahu ada sebab yang lebih rumit dari itu. Atau sengaja tidak mahu pulang… Entahlah…
                “Kenapa kau balik kampung?”
                Hadi hanya tersenyum. “Sebab aku dah lama tak balik. Aku rindu kat nenek,”
                Afeeya ikut tersenyum.
                “Dan mungkin juga sebab aku tahu kau akan balik?” Afeeya memandang muka Hadi lama.
                “Ha…??”
                “Aku nak minta maaf sebab dah sakitkan hati kau masa kau rosakkan PS3 aku dulu… Aku tak tau camna nak cakap pada kau… Semua yang aku nak cakap, tak boleh nak keluar,” Afeeya terkedu mendengar pengakuan Hadi itu. Dia salah dengar ke??
                “Aku cuma nak cakap yang aku…”
                “Wei korang!!!” Mereka menoleh. Lampu flash kamera menyala di hadapan mereka. Kedua-duanya tersentak. Faiz hanya tersengih.
                “Cantiklah gambar korang… Romantik gila…”
                “Faiz!!!”