**hujan macam ni sedap tidur..tp hati tak sedap sebab esok ada test**
Alter-ego
Zafrina hanya terduduk lesu dihadapan mayat-mayat kaku. Itu. Air
matanya menitis. Kenapa mereka diperlakukan sedemikian rupa??! Apa salah
mereka?!! Zafrina memegang tangan salah seorang mayat itu yang penuh dengan
darah. Tangan itu digenggam erat.
“ARGGGGHHHHH!!!!!!!!” Jeritannya membelah langit malam yang tenang itu.
Pintu bilik diketuk. Suraya melangkah malas membuka pintu. Tercegat rakan
serumahnya, Zana. “hoi, anak dara!! Dah pukul 12 ini, pergi mandilah…
Mentang-mentang cuti, suka suki nak bangun lambat,” Zana membebel. Dia paling
pantang apabila perempuan bangun lambat.
Suraya hanya tersengih dengan mata sepetnya yang masih nak terpejam. Apakan
daya, dia baru sahaja tidur lepas subuh tadi setelah pulun menyiapkan
assignment yang telah luput tempoh hantarnya. Nasib baik pensyarahnya baik hati
kasi panjangkan tarikh akhirnya.
“Itulah kau, buat kerja last minute, macam inilah jadinya. Dah pergi mandi,
petang ini kata nak pergi tengok wayang,” Terus sahaja mata Suraya terbuka
luas. Wayang?? Lupa pula dia akan plan teman-temannya semalam.
“Amboi… terus segar mata kuyu kau itu,” Zana menembak temannya itu. Laju saja
minah ini. Cuba sebut pasal kerja rumah ke… 1001 alasan boleh tercipta.
“Okay.. Aku pergi mandi sekejap,” Suraya menutup pintu biliknya dan terus
menuju ke bilik air.
Zana menggeleng. Suraya… Suraya….
*
Zafrina merayau sekitar pekan kecil itu. Menelusuri segala ceruk pekan tanpa
arah tuju. Dengan sweater yang tersarung di badan, kepalanya dilitupi hood
sweater itu. Matanya meliar sekitar lorong-lorong hitam itu. Agak berani buat
seorang gadis.
“Hai, cik adik… Seorang saja ke??” Langkah Zafrina terhenti. Tangannya masih
tersimpan dalam poket sweaternya. Lelaki di belakangnya tersengih. Yalah,
mangsa sudah ada depan mata.
Tiba-tiba muncul tiga lagi lelaki mengepung Zafrina. Gadis itu masih tenang.
Lelaki-lelaki di hadapannya ini bila-bila masa sahaja boleh menerkamnya.
“Apa kata biar abang temankan?” Lelaki di belakangnya ingin menyentuh bahunya.
“Jangan sentuh,” Dingin amaran yang diberi. Empat lelaki itu ketawa.
“Alah… Adik manis ini, tak sportinglah.. Tak nak kami temankan ke?” Mereka
semakin mendekati Zafrina. Zafrina mencerun ke arah lelaki-lelaki itu. Dia
tahu, mereka telah membuka langkah.
Pantas Zafrina menumbuk muka lelaki di hadapannya. Mereka semua tersentak.
Zafrina membuka langkah menyerang lelaki di kirinya. Dia menendang perut lelaki
itu menyebabkan dia terkebelakang. Lelaki di kanannya membuka langkah menyerang
tetapi Zafrina lebih pantas. Tumbukan dihalang dan dia menumbuk bawah dagu lelaki
itu menyebabkan dia mendongak.
Lelaki di belakangnya pula membuka langkah, Zafrina membentes kaki lelaki itu
dan dia terjatuh. Perlawanan bermula. Zafrina sedaya upaya menahan setiap
langkah mereka dan menyerang balas. Akhirnya, 4 lelaki itu kalah teruk. Tidak
berdaya untuk bangun. Zafrina menarik balik hoodnya yang saudah jatuh ke
belakang. Rambutnya yang kusut tadi dibela menutupi mata kirinya. Tangannya
dimasukkan ke dalam poket dan dia berlalu pergi.
*
Farhan yang melihat aksi tadi, terkesima. Dia tidak menduga yang kekuatan gadis
itu mengatasi 4 lelaki itu yang terkenal dengan kekuatan mereka dalam geng
Licik, kumpulan kongsi gelap yang paling berkuasa di sini.
Tanpa sedar dia sudah mengekori gadis itu terlalu rapat. Zafrina berhenti
sejenak. Farhan tersentak. Dia gelisah. Apa yang harus dilakukan sekarang?
“Kau nak apa?” Ujar gadis itu tanpa menoleh. Suaranya dingin, sedingin air batu
yang lama tersimpan di dalam peti sejuk beku.
“Sorry, aku tak berniat nak kacau kau. Aku cuma kagum kau boleh kalahkan
diorang semua,”
“Kalau itu saja yang kau nak cakap, aku nak blah..” Zafrina meneruskan langkah.
“Kejap,” Balasan Farhan menghentikan langkahnya. “Boleh kita jadi kawan?”
“Lupakan,” Dia terus berlalu meredah kepekatan malam. Farhan cuba mengejar,
namun bayang gadis itu lebih cepat menghilang. Farhan menggaru kepala. Dia
ini ninja ke apa? Laju saja dia hilang.
Farhan berlalu pergi dengan wajah yang hampa.
“Macam mana korang boleh tewas dengan minah tu????!!!!” Hazrin
melampiaskan amarahnya. Lelaki di hadapannya di renung tajam. Macam mana mereka
boleh kalah teuk dengan seorang sahaja perempuan. PEREMPUAN????
“Bos patut ada kat situ tadi, gerakan dia cepat gila. Aku sendiri pun tak dapat
tangkap gerakan dia. And tumbukan dia padu, macam lelaki,” Yang lain hanya
mengiyakan.
“Bodoh!! Kau ingat aku nak percaya??? Mana pula perempuan boleh jadi kuat macam
itu?? Ke korang ni tengah khayal lagi,”
Farhan yang jadi pemerhati hanya terdiam apabila ketua geng licik sedang
mengamuk. Tiada siapa yang berani menyampuk. Dia tahu apa yang 4 orang lelaki
itu beritahu macam tak masuk akal. Cuma yang ada di tempat itu sahaja yang
boleh percaya benda ini.
Hazrin masih lagi meluah perasaan dengan membelasah lelaki-lelaki itu sampai
semuanya tidak berdaya. Da bengang betul apabila orang terbaiknya dilanyak
sebegitu. Buat malu kumpulan sahaja.
“Cari budak itu sampai dapat. Bawa dia hidup-hidup. Aku nak tengok sejauh mana
budak itu boleh kalahkan kumpulan ini. Dia dah cari pasal, dia akan dapat
balasan,” hazrin terus berlalu keluar. Yang lain hanya mengangguk.
Farhan meneguk liur. Walaupun dia dalam kumpulan itu, dia tidak mahu gadis itu
disakiti. Dia hanya bertindak untuk mempertahankan diri sendiri sahaja.
*
Zafrina duduk menghadap jalan di dalam kafe itu. Malam itu, tidak ramai
pelanggan seperti biasa. Mungkin kerana hujan lebat sebentar tadi. Zafrina
terus mengelamun .
“Latte,” Zafrina menoleh ke arah suara itu. Suara pelayan kafe itu. Zafrina
hanya mengangguk. Dia menghirup latte yang dipesan tadi. Dia tidak dapat
berjalan-jalan mengambil angin malam memandangkan hujan lebat yang baru nak
reda sekarang ini. Tambahan pula dengan kes dua hari lepas. Dia pasti sekarang
ini dia menjadi sasaran.
“Jumpa juga awak di sini,” Zafrina tersentak. Lamunannya berkecai. Dia
mendongak sedikit untuk melihat si penegur. Dia lagi?
Farhan duduk di hadapannya. Dia memanggil pelayan untuk memesan minuman.
“Espresso satu,” Pelayan itu mengangguk dan menulis sesuatu dia atas buku nota
yang dibawanya.
“Makan?” Farhan menggeleng. Pelayan itu terus belalu.
“Kau buat apa kat sini?”
“Kebetulan jumpa kau kat sini,” Farhan membalas. Suasana sepi buat seketika.
Zafrina kembali memandang ke luar. Hujan kembali lebat.
“Aku tak faham kenapa kau boleh berjalan-jalan kat tempat sunyi macam itu
tengah-tengah malam buta macam itu?”
“None of your business,” Farhan senyap. Dia memerhatikan gadis itu. Mata
kirinya sentiasa terlindung oleh rambutnya. Mata kanannya pula bagai terkandung
seribu satu perasaan. Sedih, benci, keseorangan…
“Kau kenapa pandang aku macam itu?”
Farhan tersentak. “Sorry… Anyway nama aku Farhan, panggil Paan, kau?”
“Perlu ke aku beritahu nama kau?”
“Perlu la… Kita kan dah jadi kawan,” Kawan? Zafrina sudah lama tidak mendengar
perkataan itu.
“Apa yang aku dapat kalau kita jadi kawan?” Farhan menggaru kepala. Banyak
songeh betul minah ini…
Farhan bangun dari menyandar. Merapatkan wajahnya ke wajah Zafrina yang tidak
beriak. “Dengar sini, kau kenal geng licik?”
“Tak,”
“Geng itu ialah geng yang berkuasa kat pekan ini. Sekali kau buat kacau kat
tempat ini, diorang akan cari kau sampai dapat,”
“So,”
“Kau ingatkan kes dua hari lepas?” Zafrina terdiam.
“Kau dah belasah antara 4 orang kanan geng licik. Dan secara rasminya mereka
dah jadikan kau sasaran. Diorang akan cari kau sampai dapat,”
Zafrina tersenyum sumbing. Dia menarik rambut paras sikunya ke belakang dan
mengikat kuda. “Itu sahaja masalahnya?”
Farhan menjungkit kening. Budak ini memang tak ada perasaankah? “Kau tak
takut?”
“Ikut suka hati diorang lah nak jadikan aku sasaran ke apa ke? Aku tak peduli.
Diorang tu ke yang bangunkan pekan ini sampai mengaku kawasan sendiri,” Zafrina
menghirup lattenya. Pada masa yang sama espresso Farhan sampai. Dia menghirup
sedikit minumannya.
“Aku boleh tolong kau lari dari diorang.,”
“Lari dari masalah hanya akan menimbulkan satu lagi masalah,”
“Lari dari masalah untuk menyelamatkan hidup kau. Aku tak nak kau jadi lauk
diorang, kau faham tak?!”Farhan hampir hilang sabar.
“And why did you care??!”
“Cause I’d fall for you!” Zafrina tersentak. Farhan menekup mulut. What did I
just say?
Farhan menghela nafas. “Look, I just want to protect you. They’ re not the kind
yang kau boleh lawan seorang diri,”
Zafrina bangun dan meletak not 5 ringgit di atas meja. “ Zafrina,” Dan dia
terus belalu.
Farhan tidak sempat menahan gadis itu. Namun, dia puas hati apabila mengetahui
nama gadis itu. Akhirnya….
“Zafrina…”
*
Suraya turun dari biliknya ke dapur. Begnya diletak di ruang tamu sementara dia
ingin menjamah sarapan pagi.
“Morning tuan puteri, awal bangun?” Farhanah menyapa. Hari ini giliran dia
untuk menyediakan sarapan pagi. Terlalu ringkas. Hanya sandwich berintikan
sardine. Tetapi, dia tidak kisah, teman serumahnya, Suraya dan Zana jenis yang
melantak apa sahaja. Tolak batu dan kayu.
“Kelas pukul 8 cik Na oi… Gila nak bangun tengah rembang?” Ujar Suraya sambil
memasukkan sandwich ke dalam mulutnya. Rezeki waktu pagi…
“Kan elok kau bangun awal hari-hari…” Zana mencelah entah dari mana. Dia muncul
didapur dengan beg plastic di tangan.
“Mak Cik Kemah depan rumah bagi ke?” Suraya menunjuk beg plastic itu. Zana
mengangguk.
Dia baru balik dari kampung, banyak gila buah katanya. Itu yang dia bagi sikit
kat kita…”
“Alah… Entah-entah dia berkenan kat kau buat menantu. Maklumlah, Arif anak
bongsu dia itukan ada hati dengan kau, tak gitu Na?” Farhanah mengangguk. Muka
Zana merona merah.
“Mengarutlah… Mana pula pilot macam dia nak kat aku..”
“Cinta itu buta…” Suraya makin giat menyakat. Farhanah hanya terkekek ketawa.
“Dah…Makan cepat. Nanti kau terlambat pergi kelas baru kau tahu,” Zana mengubah
topic.
“Eleh,… Suka la tu…” Suraya terus bangun. Bibirnya tidak habis mengukir senyum.
Dia menuju ke ruang tamu dan mengambil beg dan kunci keretanya.
“Jangan berangan lebih ya cik Zana, nanti terlepas pula kelas pukul 10 kau..”
Laung Suraya seraya keluar dari rumah menuju ke kereta Satria Neonya.
*
“Kau tinggal kat mana?” Zafrina mengehentikan langkah. Soalan yang dia rasa dia
tidak mapu untuk jawab. Farhan juga mengehentikan langkahnya. Dia tersalah
katakah?
“Tak perlu tahu,”
“Tak perlu tahu,”
“Kenapa?”
“Kenapa kau nak tahu? Supaya kau boleh beritahu geng kau dan bunuh aku?” Farhan
terdiam. Melihat sinar di mata gadis itu buat dia tidak keruan.
“Kau tahukan aku cuma nak lindungi kau,”
“So, stop asking me about my life. The lesser you know, the safer you will be,”
“But...”
“I know how to save myself,” Katanya sambil meneruskan perjalanan. Fikiran
Zafrina berkecamuk. Terlalu banyak benda yang difikirkan.
Dia dapat melihat
satu-persatu ahli keluarganya di bunuh kejam oleh lelaki itu. Orang-orang di
sekelilingnya hanya ketawa. Zafrina mengepal penumbuknya. Air matanya mengalir
laju. Pertama, ayahnya. Tangisan ibu dan kakaknya bergema.
“Diam!!!” Lelaki itu
menembak ibunya, tepat mengenai kepala. Darah merah membuak keluar dari dahi
yang berlubang itu dan hidungnya. Si ibu rebah ke bumi. Kakaknya berlari
mendapatkan ibunya yang sudah tidak bernyawa.
“Ibu!!!” Tangisan gadis
berusia 14 tahun itu memecahkan kesunyian malam. Berselang seli dengan
tawa mereka yang durjana, membuatkan hati Zafrina dipalit dendam yang membara.
“Kau kejam!! Apa dosa
mereka pada kauorang??!” Bentak Suraya pada lelaki di hadapannya. Dan
teriakannya dibalas dengan tawa yang lebih menyeramkan.
“Cik Adik, hutang perlu
dilunaskan, tapi masalahnya hutang mak bapak kau ini dah lama tak dibayar!
Jadi…” Lelaki itu menghampiri gadis itu. Senyuamnnya menggelisahkan hati gadis
itu.
“Hutang itu dibawa mati…”
Lelaki itu tanpa sebarang amaran merentap baju gadis itu dan mula
memperkosanya. Zafrina ingin bertindak keluar dan menyelamatkan mereka tetapi
teringat pesan kakaknya dalam sms terakhir.
“Jangan pernah cari aku
dan dedahkan diri kau walau apa yang berlaku. Aku sayang kau selamanya,”
Dia tahu maksudnya
sekarang. Dia fikir kakaknya bencikan dirinya. Rupanya, kakaknya tahu bala yang
akan menimpa.
Dia hanya menitiskan air
matanya melihat apa yang berlaku. Dia tahu kalau dia keluar, dia akan menerima
balasan yang setimpal.
“Terima kasih sebab dah
tolong aku malam ini,” Lelaki itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah
Suraya dan terus berlalu dari situ diikuti dengan konco-konconya.
Zafrina keluar dari
tempat persembunyiannya dan berlari ke arah keluarganya. Dia memegang pipi
ayahnya. Dia menangis semahunya. Disentuh pula pipi ibunya, berderai air
matanya, tiada henti. Akhir sekali kakaknya, Suraya. Yang sentiasa dengannya
ketika suka dan duka. Kini, mereka telah tiada.
Zafrina menggenggam erat
tangan Suraya. Hatinya berbekas rasa dendam pada keparat tak guna itu. Akan dia
bawa dendam ini sampai suatu hari nanti, dia atau mereka yang akan mati.
“Argh!!!!!!!!!!!”
Jeritannya menyelubungi malam yang sunyi itu. Meratapi insan yang telah diambil
darinya dengan cara yang paling kejam.
*
“Zaf…” Zafrina tersentak. Dia sudah sampai ke penghujung lorong gelap itu
rupanya. Farhan tersenyum padanya.
“Thanks sebab bawa aku lalu jalan ini,”
“Tak ada hal… Tapi, sorry kalau pertanyaan aku ini melampau. Kenapa kau nak
tahu semua jalan kat pekan ini? Kau baru pindah ke?” Zafrina tersenyum sinis.
Baru? Dia adalah penduduk tetap di sini. Dia ingin mencari sesuatu yang sejak
dulu lagi bermain di fikirannya.
“Secebis kenangan hitam yang memahat segunung dendam. Takkan terpadam walau
dijirus kata maaf,” Dan dia terus berlalu pergi. Farhan tercengang. Apa yang
gadis itu cuba maksudkan?
Kali ini, dia nekad. Sebulan mengenalinya, tiada satu pun yang dia berjaya
cungkil daripada gadis itu. Dia terlalu misteri. Dan dia ingin misteri itu
terbongkar.
Dia mengikut gadis itu dari jauh. Dia ingin tahu di mana gadis itu tinggal.
Sampai di satu selekoh, dia jeda sebentar. Gadis itu sudah sampai di hadapan
sebuah rumah. Dia berdiri sebentar dan terus melangkah masuk.
Farhan tersenyum. Lagi memudahkan kerjanya. Rumah itu ialah rumah sewa adiknya.
Lebih senang untuk menyiasat.
Tetapi, dia teringat sesuatu. Dia tidak boleh berlama-lama di situ. Takut ahli
geng Licik yang lain perasan. Lagipun, sudah tiba masanya untuk mesyuarat
tergempar antara ahli. Hazrin nak mengamuk lagilah itu….
Terus dia melangkah pergi dari situ.
*
Pukul 4 pagi. Pasti semua rakan serumahnya, secara teknikalnya, masih tidur
lagi. Segera dia naik tangga dengan berhati-hati.
“Su… Kau keluar ke tadi?” Farhanah yang terkejut dengan kelibat teman
serumahnya itu menegur. Sejak bila pula kawan aku ini pandai keluar malam?
Zafrina tidak mempedulikan Farhanah. Dia menaikkan hood sweater menutupi
kepalanya. Terus berlalu masuk ke bilik tanpa memperdulikan Farhanah.
Farhanah mengerutkan dahi. Dia bangun sekejap untuk menyegarkan tekak yang
kering tengah-tengah pagi buta ini. Tetapi, dia tidak silapkan? Itu bukan
temannya? Atau….
Terus Farhanah mencicit lari masuk ke dalam biliknya.
*
Suraya duduk di meja makan dengan cerianya. Hari ini ialah hari Sabtu bermaksud
hari untuk merehatkan diri.
“Awal pula kau bangun hari ini?” Zana menegur. Pelik juga bila ratu bangun
lambat ini bangun awal.
“Saja… Lagipun hari ini aku nak keluar bandar kejap… Nak beli barang,”
“Keluar dengan buah hati ke?” Suraya tergelak.
“Mana ada buah hati….”
“Yalah itu…” Suraya hanya menggeleng kepala lalu menyua roti kaya ke dalam
mulutnya. Farhanah muncul lalu duduk di hadapannya.
“Su… Kau pergi mana malam tadi, pagi buta baru balik,” Nada suaranya serius.
Suraya mengerutkan dahinya. Bila pula aku keluar?
“Aku tidur dalam bilik akulah…Pukul 10 aku dah lena dah… Bila masanya aku
keluar?”
“Tapi pagi tadi, aku nampak kau baru balik,” Suraya lagilah pelik.
“Kau mimpi kot… Seriously, aku dalam bilik sampailah aku bangun subuh tadi.
Elok saja aku atas katil bangun tadi,” Farhanah terdiam. Takkan dia tersilap
tengok pula?
“Entah-entah yang kau nampak itu….” Zana cuba menakutkannya. Farhanah
menjegilkan mata pada Zana.
“Jangan doa yang bukan-bukan, tak guna punya member,” Zana dan Suraya hanya
tergelak melihat reaksi Farhanah.
Suraya termenung mendengar kata-kata Farhanah tadi. Seingatnya tiada pula dia
keluar malam tadi. Tapi situasi yang diceritakan temannya itu sama seperti
mimpinya malam tadi. Ada kaitankah?
Mengarutlah…. Suraya meneruskan suapan sarapan paginya.
*
Farhan menyuap nasi lemak ke dalam perutnya. Pagi Sabtu yang menenangkan
untuknya berehat. Lari dari kerja yang menimbun, yang menyesakkan kepala.
“Ada apa yang nak jumpa orang sangat ini?” Tegur Farhanah sambil duduk di
hadapan Farhan.
“Salam tak ada… Nasib baik abang kau ini baik tau,”
Farhanah hanya tersengih. “Ada apa yang penting sangat sampai tak boleh nak
tunggu angah balik rumah nanti?”
Farhan berhenti mengunyah. “Angah ada housemate nama Zafrina kan?” Farhanah
mengerutkan dahinya?
“Mana ada. Housemate angah Suraya dengan Zana,” Lagilah Farhan pelik.
“Betul ini tak ada?” Takkan dia menyamar guna nama lain?
“Betul. Zana Along pernah jumpa kan? Rasanya along belum jumpa lagi Suraya. Dia
tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal. Tapi kan…”
“Tapi apa?”
“Pelik perangai dia. I mean siang okay je… Tapi malam kadang-kadang Angah
terserempak dengan dia, dia macam orang lain,”
“Ada gambar dia?” Farhanah mengeluarkan smartphonenya dan menunjukkan satu
gambar kepada abangnya.
“Yang baju biru itu,”
Farhan jeda sebentar. “Nama penuh dia apa?”
*
“Boleh kita cakap sekejap?” Farhan menghalang langkah gadis itu. Suraya
tersentak. Siapa pula dia ini?
“Siapa awak?” Farhan makin pelik. Gaya tuturnya berubah.
“Permainan apa yang kau main ini? Suraya? Or should I call you, Zafrina?”
“Apa yang awak cakap ini? Saya tak fahamlah!! Baik awak pergi sebelum saya call
polis!” Muka Suraya merah padam. Farhan tidak mahu mengalah.
“Kau tak ingat? Kau yang kalahkan orang kuat Geng Licik. Yang ajak aku bawa
jalan sekitar pekan pagi-pagi buta.
“STOP!!” Pandangan orang ramai di taman itu sudah tidak dipeduli.
“Tolong jangan cakap macam saya ini perempuan murahan okay??!! Saya tak pernah
keluar malam and saya tak faham langsung apa yang awak cakap!!!” Farhan
terdiam. Dia merenung ke dalam anak mata gadis itu.
Kosong. Tiada tanda penipuan. Tetapi anak mata Suraya lebih bercahaya. Anak
mata Zafrina terkandung penyiksaan yang dipendam terlalu lama.
“Tolong jangan ganggu saya lagi,” Suraya berlalu dari situ. Sampai di suatu
sudut yang agak tersorok, dia dapat rasakan kepalanya berdenyut. Dia terduduk.
Sakit kepalanya ini memang kerap menyerang.
Dia memegang kepalanya dengan lebih kuat. Tidak semena-mena memori yang dia
tidak tahu datang dari mana bermain di layar mindanya. Imej yang mengerikan. Pembunuhan,
kekejaman. Dia terjelopok jatuh.
Beberapa saat kemudian, matanya terbuka. Dia bangun perlahan-lahan. Rambut yang
diikat dua dibiar melepasi bahu, ditarik getah rambut yang mengikatnya dan
mengikat kuda. Rambut depan yang selalu disepit ke belakang, di bawa ke
depan menutupi mata kirinya.
Dan dia berlalu meninggalkan taman itu.
*
Mata Farhan masih tidak lepas pada skrin komputer ribanya. Dari tadi dia
menghadam maksud ayat yang dibacanya.
An alter ego is a second self, which is believed to be distinct
from a person's normal or original personality. A person who has an alter ego
is said to lead a double life.
Jadi, Zafrina menjalani dua kehidupan yang berbeza? Siapa sebenarnya diri gadis
itu yang sebenar? Siapa pula alter-egonya? Farhan menggaru kepala yang tidak
gatal. Apabila dia melihat gambar yang ditunjukkan oleh adiknya, dia yakin,
Zafrina dan Suraya adalah orang yang sama.
Tetapi, kenapa Suraya yang ditemuinya tidak mengenalinya langsung? Atau dia
langsung tidak mengenali dirinya?
Kali ini, dia ingin bertanya sendiri pada gadis itu.
Zafrina berjalan sekitar pekan itu bersendirian. Dia ingin melarikan diri jauh
dari lelaki itu. Ya, lelaki itu… Farhan. Mungkin juga rahsianya akan diketahui.
Atau telah diketahui.
“Pekan ini taklah besar mana kalau kau nak lari pun,” Zafrina tersentak. Dia
menoleh. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan tajam.
“Siapa sebenarnya kau? Zafrina atau Suraya?”
“Kau tak berhak tahu?”
“Jadi kau nak nafikan hak aku sebagai kawan? Aku taklah bodoh sangat Zaf. Aku
tahu kau tinggal kat mana, aku tahu kau tinggal dengan siapa, aku tahu
semuanya…” Zafrina senyap.
“Macam mana aku nak tolong kau kalau aku tak tahu langsung pada kau? So may I
ask you again, who the hell are you? Zafrina or Suraya?”
“I’m Zafrina. Puas??”
“So who the hell is Suraya??!”
“She’s….” Kata Zafrina terhenti di situ.
“She’s nobody,” Dia terus berlalu meninggalkan Farhan yang terpinga. Farhan
dengan pantas merentap tangan Zafrina menghadapnya.
“For once, please trust me!! Susah sangatkah?!!”
“Yes!! You know how hard it is to be alone in your life, and out of sudden
someone wants to enter your life??!” Mata Zafrina merah. Dia sudah lama tidak
merasakan perasaan itu. Sakit, sunyi, takut, takut orang yang disayangi diambil
nyawanya depan mata.
Farhan terdiam. Dia dapat rasakan yang gadis itu menyimpan kenangan pahit di
sebalik keberaniannya. Di sebalik dendamnya.
“Kau pernah kehilangan orang yang kau sayang dulu kan? Sebab itu kau macam
ini,” Zafrina terdiam. Mulutnya terkunci.
“Kau rasa dunia ini tak adil sebab tak ada orang nak tuntut bela atas kematian
orang yang kau sayang. Jadi, kau sendiri yang nak tuntut bela atas pemergian
diorang,”
Sedas penumbuk dilayangkan ke pipi Farhan. “Selamat tinggal, Paan,”
*
Suraya mematikan enjin keretanya. Dia keluar dan mengunci keretanya. Saat
kakinya mahu melangkah ke dalam kedai di hadapannya, mulutnya ditekup dengan
sehelai sapu tangan disapu kloroform. Suraya terkapai mencari udara. Akhirnya,
dunianya kelam dan tiada apa lagi yang diingatnya.
Dia membuka mata. Kepalanya berat. Matanya meliar melihat sekeliling. Dia
bangun sambil memegang kepalanya. Sakit lagi.
“Dah bangun?” Suraya tersentak. Dia melihat di depannya seorang lelaki berwajah
bengis sedang tersenyum sinis.
Suraya ketakutan. “Siapa kau?” Lelaki itu ketawa.
“Kau tak kenal? Aku yang kau dah lanyak sampai lunyai kat lorong 14, bulan
lepas,” Lelaki itu kembali serius.
“HA?? Apa ini? Aku tak faham apa kau cakap… Aku tak kenal kau pun,” Sedas
penumbuk hinggap di pipi gadis itu. Suraya tersungkur. Dia mengesat bibirnya
yang berdarah. Perit dan pedih. Tetapi, dia lagi tidak mengerti situasi
sekarang.
Air matanya mengalir perlahan apabila perutnya pula ditendang. Senaknya tak
usah cakap. Kenapa dia diperlakukan begini? Apa salahnya? DIa tidak pernah
berjumpa pun dengan lelaki itu.
Muncul lagi tiga orang lelaki yang dia sendiri tidak kenal. “Aku tengok dia ini
kecik besar kecik besar je…”
Suraya resah. Apa yang berlaku sekarang ini? Dia sendiri tidak faham.
“Tolonglah lepaskan aku. Aku tak kenal pun korang. Aku tak pernah pun kacau
hidup korang!!!” Air matanya mengalir. Lelaki-lelaki tersebut hanya ketawa.
“Tak kacau kau kata,” Salah seorang lelaki yang berbadan tegap menarik
rambutnya. Kuat. “Yang kau belasah kitaorang hari tu, apanya? Tak kacau?”
“Aku tak fahamlah apa korang cakap ni!! Aku tak pernah pun belasah orang. Nak
menumbuk orang pun aku tak pernah!! Lepaslah!!” Rintihnya. Sungguh, dia tahu
kalau dia nafikan pun mereka takkan percaya.
“Aku rasa korang dah silap oranglah!!!!”
“Silap?? Kitorang dah intip kau sebulan lebih, takkan silap juga….” Suraya
sudah buntu nak cakap apa. Dia masih tidak faham mengapa dia jadi mangsa.
Suraya dibelasah tanpa henti sehingga dia dapat rasa masanya akan tiba.
Dunianya sudah kelam.
“Mati sajalah,”
Tiba-tiba suasana menjadi sedikit riuh. Suraya sudah tidak berdaya. KUdrat
perempuannya habis untuk menahan serangan 4 lelaki sasa tadi. Farhan yang baru
masuk dengan ahli geng licik yang lain tidak sanggup melihat kesakitan gadis
itu. Namun, dia pasti apa yang membuatkan gadis itu bertahan adalah ‘diri’
Suraya yang satu lagi. Zafrina.
Dia sendiri dapat cam yang sedang menderita itu Suraya kerana menurut adiknya,
Suraya memang tak pernah ambil apa-apa kelas mempertahankan diri. Dalam diam
dia cuba mengintip Zafrina, dan dia sendiri pasti. Suraya hanyalah diri yang
diwujudkan Zafrina untuk melupakan kisah silamnya.
“Liat juga budak ini,” Suraya tergamam mendengar suara itu. Dia seperti pernah
mendengar suara itu, tetapi ingatannya kabur.
Memori yang tidak semena-mena menerjah mindanya membuatkan kepalanya berdenyut.
Suraya memegang kepalanya. Sakit kepala yang lebih teruk dari migraine. Memori
itu semakin lama semakin menyakitkan. Semakin menyedihkan. Semakin kejam.
Akhirnya…
“Argh!!!!!!!!” Suasana senyap seketika. Hazrin dan konco-konconya terdiam.
Hairan gadis itu menjerit tanpa diduga.
Nafasnya turun naik. Dia memandang Hazrin. Kini, sinar matanya bertukar.
Pancaran kekejaman dan dendam yang tidak terbatas. Farhan yakin, dia sudah
muncul.
“Zaf…”
Zafrina bangun sambil matanya tidak lepas memandang Hazrin. Hazrin senyap tidak
berkutik. Gadis itu mengeluh.
“Minah inipun, suka sangat pakai seluar yang menggelebeh macam ini,” Dia
mengomel. Dengan sekali rentapan, seluarnya terkoyak hingga paras lutut.
“Baru selesa sikit,” Ujarnya dalam kesakitan.
Hazrin dan konco-konconya makin hairan. “Kau gila apa? Cakap pasal diri
sendiri…”
Zafrina kembali memandang Hazrin. “Kau si bedebah yang bunuh keluarga aku,
kan?” Jari telunjuknya lurus menghadap lelaki itu.
Hazrin senyap. Kemudian dia tersenyum sinis. “Patutlah muka macam pernah
tengok. Tapi bukan kau dah mati ke?? Kalau aku ingat anak si Lutfi tu…” Dia
memetik jarinya.
“Suraya,” Satu tumbukan tepat mengenai pipinya setelah nama itu disebut.
Mukanya merah padam.
Farhan tersentak. Suraya. Jadi, dia sengaja mencipta Suraya untuk melupakan
kisah itu, tetapi juga untuk mengingati orang yang paling rapat dengannya?
“Jangan kau sebut nama dia dengan mulut kau yang jijik tu!!!!” Hazrin memegang
bibirnya yang berdarah.
“Tadi, kau tak pula kuat macam ini,”
“Bodoh, aku hidup selama ini hanya nak cari kau, kau tahu???!!! Aku akan
pastikan yang kau akan terima balasannya!!”
“As you wish,” Sedas tumbukan yang tidak berjaya ditepis Zafrina di perutnya
membuatkan dia terkebelakang. Dia tidak mudah mengalah.
Konco-konco lelaki durjana itu hanya bersorak. Bos mereka awal lagi berpesan
jangan sesekali kacau daun dalam pertarungan mereka. Dia ingin melihat sejauh
mana ketangkasan gadis itu. Bagi Farhan, walaupun dia yakin dengan gadis itu,
namun jangan main-main dengan Hazrin. Belum pernah ada yang tewas apabila
berlawan dengannya.
Perlawanan berlangsung tanpa salah seorang dari mereka yang rebah. Hazrin perlu
akui, gadis itu kuat. Walaupun banyak kali kena belasah, dia masih kuat
berdiri. Dan Hazrin juga terasa sedikit kesakitan hasil serangan gadis itu.
Namun, itu tidak bermakna dia akan mengalah.
Bagi Zafrina, kematian lelaki itu sahajalah yang akan memusnahkan dendam itu.
Dia sudah tiada alasan lain untuk hidup. Gadis itu meneruskan langkah.
Alang-alang sudah berjumpa dengan lelaki jahanam ini, biar kematiannya penamat
segala.
Farhan dapat rasakan bahunya ditepuk perlahan. Dia menoleh. Sedas tumbukan
hinggap di pipinya.
“Kitorang tahu kau kawan minah itukan?? Sebab itulah kau selalu sembunyikan
perkara ini pada Hazrin. Jangan ingat dia tak tahu bro,” Farhan tersentak. Dia
tahu yang dia memang tidak akan selamat lagi sekarang.
Salah seorang konco Hazrin mengacukan pistol ke arah Farhan. Namun, Farhan
lebih tangkas mencari tempat berlindung dan mengeluarkan pistolnya. Tembakan
saling berbalas dan suasana kecoh seketika. Zafrina tersentak. Hazrin
menyeringai memandang gadis itu.
“Nikmatilah kematian seorang lagi orang yang poyo sangat nak lindungi kau,”
Zafrina tersentak. Farhan!!!
“Tak guna!!” Zafrina menumbuk perut Hazrin namun sempat ditepis oleh lelaki
itu. HAzrin mengeluarkan pistolnya dan melepaskan tembakan.
*
Farhan tersentak. Dia sempat mendengar satu das tembakan dari bahagian bawah
kilang tinggal itu. Zafrina!! Ya Allah! Semoga gadis itu selamat. Dia masih
lagi berbalas tembakan denga konco-konco Hazrin yang tidak henti-henti
menginginkan dia mati.
Zafrina memegang lengannya. Darah merah membuak keluar. Dia menarik nafas
dalam. “Baik kau bunuh saja aku, macam kau bunuh family aku,”
Hazrin tersenyum sinis. “Tak syoklah wei…aku nak rasa juga kau dulu. Macam
berbaloi saja…” Dia mendekati gadis itu.
Zafrina pantas menendang pistol di tangan Hazrin. Pistol itu tercampak. Zafrina
dengan sekuat dayanya berlari mencapai pistol itu dan segera melepaskan
tembakan mengena betis lelaki itu. Hazrin terduduk. Zafrina mendekati lelaki
itu.
“Ada kata terakhir sebelum kau mampus??!!”
“Tembaklah kalau kau berani,” Zafrina menarik picu pistol itu.
“ZAF!!!” Gadis itu menoleh. Farhan mendekatinya dengan nafas yang
tercungap-cungap.
“Please, you don’ have to do this,”
“This is it, he have to die!!” Matanya terpancar dendam yang ingin dilunaskan.
“No… Please, dendam ini takkan bawa ke mana. Do you think your family want this
to happen? Did you think they want you to hold this pain? Did Suraya want you
to do this??” Bertubi soalan terpancar dari Farhan. Zafrina memegang kepalanya
dan menggeleng laju.
“STOP!!!!!” Air matanya mengalir laju. Hatinya menanggung perit yang terlalu
dalam. Tak mampu diubati lagi.
Bunyi siren di luar mencetuskan suasana panic. Kilang itu sudah dikepung
sepenuhnya. Dalam masa beberapa minit, semua geng Licik tumpas. Termasuk Hazrin
yang cedera. Dia sendiri tidak mampu bergerak lagi disebabkan darah yang
membuak-buak keluar dari betisnya.
Farhan duduk di hadapan gadis itu. “The reason you live is because God wants me
to meet you. To protect you, to bring you back to life,” Zafrina mengangkat
muka menghadap lelaki itu.
Selama 10 tahun kehidupan sengsara selepas peristiwa hitam itu, akhirnya dia
yakin cahaya akan menjelma dalam kehidupannya.
*
“So, tuan Inspektor Farhan, how’s it going?” Farhanah menemui abangnya di luar
wad yang menempatkan Suraya. Zana juga mengikutinya.
“She’s fine. And I think she’s ready to talk. To both of you,” Farhan tenang
menjawab. Dua gadis itu segera masuk ke dalam wad untuk berjumpa dengan teman
mereka. Farhan hanya tersenyum tipis. Selesai sudah tugasnya mengintip Geng
Licik itu. Dan pihak polis dapat tumpaskan mereka pun atas hasil pertolongan
secara tidak langsung oleh Zafrina.
A girl who leads a double life.
“Su!! Syukurlah kau tak apa-apa,” Zafrina hanya tersenyum. Dia tidak lagi muram
seperti dulu.
“Please korang, Suraya is my past,” Farhanah mengerti maksud temannya. Tetapi
Zana masih tidak mengerti.
“Bukan nama kau memang Suraya? Ke kami dah salah wad?” Zafrina dan Farhanah
ketawa melihat reaksi Zana.
“Zana, Suraya is her alter-ego,” Zana berkerut. Alter-ego?
“She leads a double life, her real life is actually Zafrina. The one yang aku
selalu nampak keluar malam and perangai macam kera sumbang itu,” Zafrina hanya
tersenyum.
“Kau pecah masuk bilik aku, kan?” Farhanah hanya tersenyum. Zana hanya
mengangguk walaupun dia masih kabur dengan apa yang diperkatakan temannya. Ada
juga ke yang hidup dengan dua kehidupan berbeza dalam badan yang sama?
Jam 3 pagi, Farhanah memulas tombol pintu bilik Suraya. Dia pasti gadis itu
sudah keluar tadi. Dia sengaja menunggu temannya itu keluar. Dia mesti
mengesahkan apa yang abangnya cakap.
“Along selalu keluar dengan dia pagi-pagi buta. Dia selalu jalan-jalan kat
pekan tapi along sendiri pun tak tahu apa motif dia. Dia misteri sangat. Tapi
dia cakap nama dia Zafrina,”
“Tipulah, perangai Suraya beza sangat dengan apa yang along cakap,” Farhan
terdiam.
“Cuba adik masuk bilik dia. Mungkin dia sembunyikan sesuatu,” Farhanah hanya
mengangguk. Dia juga ingin tahu apa permainan teman serumahnya itu.
Dia melihat sekeliing bilik Suraya. Kemas dan menarik. Tiada apa yang janggal
dan ganjil. Tiba-tiba, matanya tertangkap sesuatu di atas meja belajar Suraya.
Buku yang terbuka luas dan sedikit lusuh.
Keratan akhbar yang menarik perhatian Farhanah.
Tiga beranak maut dalam keadaan mengerikan
Sepasang suami isteri ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala manakala
seorang gadis dipercayai anak mereka juga ditemui mati dengan kesan tembakan di
dada dan dipercayai dirogol sebelum ditembak mati. Orang ramai menemui mayat
mereka awal pagi semalam terus menghubungi pihak polis….
Apa kaitan Suraya dengan berita ini?
Polis mengesyaki motif pembunuhan ialah dendam, namun tidakdapat dipastikan
kesahihannya. Pihak polis masih menyiasat kes ini dan berharap orang ramai yang
mempunyai maklumat tentang kes ini untuk memberikan kerjasama bagi membantu
siasatan.
Farhanah menyelak halaman seterusnya. Dia tersentak melihat
gambar keluarga itu. Sepasang suami isteri, serta dua orang anak perempuan.
Yang paling mengejutkan, muka mereka seiras. Lebih mengejutkan Farhanah, itu
Suraya!!! Tetapi dia tidak tahu mana satu Suraya. Muka mereka sebiji habis!!
Jadi, Suraya sudah kehilangan tiga orang ahli keluarganya dalam kejadian itu??
Suraya menggeledah meja temannya itu. Terdapat dua kad pengenalan, Suraya dan
Zafrina. Dua-dua sama. Farhanah buntu. Apa motif temannya ini?
Namun, bagi kad pelajar dan lesen memandu hanya ada satu, milik Suraya. Ini
bermakna, adakah Suraya menyamar menjadi Zafrina di malam hari? Untuk apa?
“I’m not pretending, Hana…” Farhanah tersentak. “It’s the real me. And memang
Suraya tak ingat pun apa yang berlaku sebelum ini. Sebab dia muncul selepas my
family got killed,” Farhanah dan Zana tersentak.
“Angah…” Farhan mengisyaratkan agar kedua-dua gadis itu membiarkan Zafrina
bersendirian. Mereka akur dan keluar dari bilik itu.
“Abang, betulkah apa yang Zafrina cakap itu?” Farhan mengangguk.
“Doktor cakap dia mengalami dissociative identity disorder (DID). Along sendiri
pun tak berapa faham apa yang doctor tu cakap. Yang along tahu, kes macam
Zafrina memang jarang berlaku,” Farhanah dan Zana mengerutkan dahi. Kalau
Farhan tidak faham, mereka lagilah.
“Doktor kata, mungkin sejarah silam membuatkan dia ingin melupakan kesedihan
itu tapi tak berjaya. Untuk menghilangkan kesdihan itu, dia ‘mencipta’ satu
dunia baru buatnya menyebabkan dia tidak langsung menyimpan memori hitam itu,”
“Macam skizofrenia je,” Zana menambah.
“Macam skizofrenia je,” Zana menambah.
“itu abang tak pasti. Yang pasti, tolong pulihkan Zaf, angah, Zana. She needs
support,” Farhanah dan Zana mengangguk. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan
seterusnya.
*
Suasana di tanah perkuburan sangat hening. Zafrina berteleku sebentar di
hadapan pusara keluarganya. Dia tahu yang dia perlu teruskan kehidupannya tanpa
membawa dendam yang sebenarnya dicipta sendiri oleh dirinya. Dia kini tenang.
Dan dia juga sedang berusaha untuk menghilangkan ‘Suraya’ yang selama ini hanya
menjadi ‘mangsa’ kepada kesakitan yang dia sendiri memilih untuk menanggung
sendirian.
“Su…Aku minta maaf sebab selalu susahkah kau. Sampai sekarang pun aku masih
susahkan kau, tapi aku sedar, di mana pun kau berada, aku pasti kau selalu di
hati aku… Sama macam ibu dan ayah,”
Zafrina berlalu meninggalkan pusara mereka setelah selesai mendoakan
kesejahteraan mereka. Angin bayu yang meniup bagai membawa satu pesanan buat
dirinya.
Hidup bukan untuk membawa kesakitan bersendirian. Bertemanlah
nescaya kau akan mencapai kemanisan erti hidup yang sebenar…. Dendam yang
dibawa dalam kehidupan hanya akan menjadikan kau mayat hidup, lalu buanglah dan
hiduplah dalam ketenangan.
–TAMAT-