Ehem. Since dah lama tak post kat sini, so aku randomly pilih cerpen2 lama yang sempat habis untuk di post. Cerita ni dibuat tahun 2013 rasanya. Waktu aku masih tak move on dengan zaman sekolah hahaha.
Disclaimer: Tiada apa yang diubah dari cerita ni, baik plot mahupun gaya bahasa. Apa yang anda baca di bawah ni adalah interpretasi seorang gadis berumur 18 tahun. Jadi, kalau cheesy sangat tu, marahkan 18 years old Violet k.
Watak adalah khayalan semata. Segala persamaan hanyalah kebetulan. (Atau juga imaginasi penulis ahaks)
Tajuk: Suatu cerita dahulu
10 Okt, 0802 hours
Dia memegang kepalanya. Berat sungguh. Macam baru kena hentak dengan besi. “Kat
mana ni?”
Dia membuka matanya dengan lebih luas. Dia tidak pernah pula ingat tempat ini.
Memang bukan dalam senarai ingatannya. Dia cuba untuk mengingati apa yang
terjadi padanya sebelum pengsan. Ternyata tiada apa yang boleh diingatnya.
Dia memandang ke kiri. Jantungnya bagai berhenti berdetak. Afiq!!! Gadis itu
tersentak. Lelaki itu sepatutnya berada di Miri sekarang atas urusan kerja.
Kenapa dia berada di sini? Dan dia kelihatan sungguh lemah dengan tangan dan
kaki diikat.
“Afiq….Afiq.. Awak, bangunlah…” Tiada jawapan. Ati resah. Dia menampar-nampar
muka lelaki itu. Masih tiada jawapan.
Ati memeriksa nadi lelaki itu. Lemah. Otaknya ligat mencari jalan penyelesaian.
Dia sendiri bingung tentang apa yang terjadi padanya. Yang lebih penting, apa
yang terjadi pada Afiq? Berapa lama dia berada di sini? Kenapa pula mereka di
sini? Argh!!! Siapa punya kerja ini???
Kenapa pula dia tidak diikat tetapi, Afiq diikat dan diseksa dengan teruk?
Penuh lebam satu muka! Siapa malaun durjana yang buat benda ini? Kenapa Afiq
jadi mangsa?! Kenapa??!
“Awak…” Ati tersentak. Lamunannya bersepai. Ati menoleh. Terlihat di sebalik
bingkai cermin mata yang dipakai lelaki itu sepasang mata yang layu dan kuyu
tidak bermaya. Ati tersenyum sedikit. Lega kerana Lelaki itu masih bertahan.
“Awak… Macam mana awak ada kat sini? Bukan awak pergi offshore ke?”
“Sepatutnya… Tapi
ada orang serang hendap saya masa saya ada dalam toilet sebelum berlepas….”Ati
menekup mulutnya.
“That’s mean… You’re here for about three days??!” Afiq hanya tersenyum sedikit.
Tidak mampu memandangkan bibirnya masih berdarah.
Ati menarik nafas dalam. Dalam keadaan sebegini, dia harus tenang dan tidak
boleh panic. Dia perlu lakukan sesuatu.
“Awak makan tak selama tiga hari ini?” Afiq hanya menggeleng lemah. Bilik serba
putih itu kelihatan semakin sempit seiring dengan waktu berjalan. Ati hanya
mengeluh halus. Dia sangat bersyukur lelaki itu mampu bertahan sehingga hari
ini walaupun tidak menjamah apa-apa pun sepanjang dia dikurung.
Ati mencari-cari di dalam poket seluarnya jika ada coklat atau gula-gula yang
disimpan. Tugasnya seharian membuatnya terlupa untuk ke kedai ataupun dapur di
rumahnya untuk mencari makanan, jadi dia hanya membawa makanan ringan untuk
mendapatkan sedikit tenaga.
Dia tersenyum. Choclairs masih ada… Namun, sebelum itu, dia harus membuka
ikatan tangan dan kaki Afiq. Melihatkan keadaan lelaki itu masih lemah
membuatkan Ati sedikit sebak. Apa yang dilakukan oleh lelaki itu sampai ada yang
tergamak membuatnya sebegitu.
“Awak… Saya minta maaf. Saya cuma ada coklat jer… Tapi cukuplah untuk awak
dapatkan tenaga sedikit,” Ati menghulur coklatnya yang sudah dibuka. Coklatnya
itu sudah dimakannya separuh. Mungkin ketika makan tengah hari apabila dia
memang tidak dapat keluar makan bersama teman sekerja.
Afiq mengambil huluran Ati. “Terima kasih,” Hanya itu ungkapan yang mampu dia
ucapkan. Dia benar-benar sudah kehabisan kudrat sekarang.
Ati bangun dan meraba-raba dinding putih sekelilingnya. Bijak penjenayah ini.
Dinding ini dilapis dengan baik sekali agar kedap bunyi. Jadi, sukar untuk dia
mengenalpasti kedudukannya sekarang. Ati mengeluarkan telefon pintarnya. Dia
mengeluh. Sudah dijangka tiada signal. Memang tiada apa yang boleh dia buat
selain menunggu penjenayah itu memunculkan diri.
09 OKT, 2018 HOURS
Ati mengambil beberapa gambar mangsa dan juga bukti-bukti di tempat kejadian.
Penting untuknya mendapatkan gambar yang cantik dan jelas agar dapat diproses
apabila pulang ke makmal nanti.
“Nama mangsa Rohaiza Abdul. 32 tahun. Bekerja di firma guaman berdekatan
sebagai peguam,” Teman sekerjanya Aidil memberi keterangan awal kepada ketua
mereka, Encik Safwan.
“Cause of death?”
“Tikaman di bawah abdomen mangsa. Sekurang-kurangnya itu yang kita dapat buat
masa sekarang… Selanjutnya kita kena bawa mangsa ke makmal untuk dibedah
siasat,” Neela menyambung. Encik Safwan mengangguk. Para petugas forensic
sedang bertungkus lumus untuk mengumpul bukti tentang kes itu.
“Haih… Malam minggu pun kena kerja ke?” Ati merungut. Temannya Joshua hanya
tersengih menampakkan baris gigi putihnya.
“Hello, kakak… Sudah jadi pegawai polis kenalah berkorban sikit,”
“Forensik ok… Pembetulan,” Joshua hanya menggeleng kepala.
“Ke you ini ada date? Itu yang banyak merungut hari ini? Selalunya you suka je
nak buat kerja outdoor ini,”
“Date apekebendanya, Jo… I’ve no time to deal with such thing,” Ati mengambil lagi
beberapa gambar tapak kasut yang dijumpai di sekitar mayat.
“Yalah… Orang dah ada buah hati…” Ati tergelak.
“Joshua… Kitorang tak kahwin lagi, so we have no point to meet. Besides,
kitorang dah kenal sejak dari sekolah lagi. What do you expect? Nak spend time
selalu dengan dia? Lepas kahwinlah…”
“You’re really weird, Ati. Kalau I, I nak habiskan masa dengan girlfriend I
supaya I boleh tengok muka dia lama-lama. Even kalau we dah kenal dari sekolah
lagi tau… Itu tandanya I sayangkan dia… You tak sayang tunang you ke?”
“Apa kau melalut ini? Mestilah aku sayang dia. Tapi, kami belum kahwin lagi…
Lagipun dia baru je pergi offshore tiga hari lepas. Mana ada masa nak jumpa…”
“Alah… Mesti sudah janji nak jumpa kan… Lepas…” Ati mengisyaratkan Joshua agar
berhenti bercakap. Joshua menurut.
“Kau dah boleh proses benda alah itu… I’m done. I think I found something
behind the shop. I’ll go there first. Nanti aku call kau,” Joshua hanya
menurut. Ati kalau sudah berhadapan dengan nalurinya, pasti akan ada bukti baru
yang akan dicapainya. Sesungguhnya dia memang pegawai yang cekap.
Ati menelusuri jalan sempit itu. Rasanya dia terhidu sesuatu di sini tadi.
Sesuatu yang mungkin berkaitan dengan kes barunya. Dia menghalakan lampu
picitnya ke seluruh tempat.
Tiba-tiba, dia dipukul dengan sesuatu yang berat dari belakang. Ati memegang
kepalanya. Namun, dia tidak mampu bergerak lagi. Akhirnya pandangannya menjadi
gelap.
Orang itu tersenyum. Sasaran sudah berada dalam genggamannya. Dia mengangkat
tubuh gadis itu dan memikulnya pergi. Hanya tinggal kamera milik gadis itu
tersadai di atas jalan.
10 OKT, 1030 HOURS
Ati resah. Dia masih lagi memikirkan cara untuk keluar dari situ. Segenap inci
tempat itu sudah diselidik, namun memang tiada apa yang dapat dijumpainya. Ati
terduduk. Dia menghela nafas penat. Afiq masih lagi bersandar lemah di dinding.
Pintu terbuka. Ati mendongak. Kelihatan seorang lelaki masuk dengan senyuman
manis yang menjengkelkan Ati.
Gadis itu bangun. Dia memandang lelaki itu dengan penuh rasa jengkel. Dia pasti
lelaki itulah suspek utama yang menyebabkan dia terlantar di sini.
“Ati sayang… Janganlah pandang I macam itu… Senyumlah sikit…”
“Kau ini siapa, hah? Apa yang kau nak?” Lelaki itu ketawa.
“Lemahnya ingatan you, Ati… You tak ingat? I yang sepatutnya jadi tunang you
sekarang, bukan dia!!!” Lelaki itu melampiaskan amarahnya. Matanya merah. Ati
tersentak. Siapa lelaki ini? Seingatnya dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki
ini.
“You masih tak ingat? You tolak cinta I, konon tak sedia… Lepas itu… tiba-tiba
saja you dah bercinta dengan orang lain!!” Ati terkesima. Sedikit demi sedikit,
ingatannya pulih. Memorinya tersingkap pada peristiwa 15 tahun lepas.
23 FEB, 1000 HOURS, 15 years ago…
“Ati… Sudi tak awak jadi girlfriend saya?” Ati tersentak dengan lamaran
seniornya itu.
“Err… Zalif… Aku minta maaf… Tapi aku belum sedia… Lagipun kita masih sekolah…
Lebih baik tumpu pada pelajaran dahulu,” Ati cuba menolak dengan baik. Bukan
sesuatu yang biasa apabila ada lelaki yang cuba menjadi kekasihnya. Dia bukan
popular pun.
Zalif hanya tersenyum kelat. Mungkin bukan rezekinya kali ini. Gadis di
hadapannya ini tidaklah cantik, tapi manis. Itulah yang membuatnya nekad untuk
meluahkan perasaan.
“Kalau macam itu, kita masih boleh berkawan kan?” Ati tersenyum
“Mestilah boleh,”
25 FEB, 1430 HOURS
“Apa? Dia couple?” Zalif tersentak. Tidak menyangka gadis itu boleh berubah
pendirian sekelip mata.
“Dengan siapa?” Temannya mengangkat bahu.
“Aku dengar dengan budak tingkatan 5. Tapi aku tak tahu siapa…” Zalif bengang.
Mentang-mentang dia hanya setahun lebih tua darinya, dia boleh tolak begitu
sahaja. Tidak mengapa… Gadis itu tidak kenal lagi siapa dia…
10 OKT, 1156 HOURS
Ati tersentak. Zalif…! “Tapi, kenapa?”
Zalif tersenyum sinis. “You baru ingat? You yang buat I macam ini!!”
Buk!! Sedas penumbuk melayang tepat ke muka Zalif. Zalif tersentak dengan
tindakan drastic gadis itu. Afiq juga. Pertama kali dia melihat Ati begitu
bengang.
“What do you expect??!!! I’m 13 at that time!!!” Zalif terdiam. Ati mencekak
kolar Zalif.
“Yes… Aku couple… But not with him! Not with my fiancĂ©e!! And you know it too,
isn’t it? Dia tak wujud lagi dalam hidup aku masa itu. Jadi, apa yang
membuatkan kau rasa kau patut seksa dia sampai macam itu sekali??!! Are you
crazy ??!” Ati menyinga. Dia memang sudah tidak boleh tahan dengan lelaki di
hadapannya ini.
Zalif mengacukan sepucuk pistol ke arah Ati. Ati terkedu. Situasi ini nampaknya
semakin sukar. Dalam keadaan sebegini, dia tidak boleh sesuka hati bertindak.
Dia perlu melindungi nyawanya. Yang paling penting dia tak boleh biarkan Afiq
cedera.
“Aku bagi kau tempoh untuk kau fikirkan. Kali ini aku nak kau terus jadi bini
aku… Kalau tak, tunang kau akan mampus!!” Zalif menghala pistolnya ke arah Afiq
yang tidak bermaya.
“Jangan!! Jangan! Okey… Please, let me think first. But don’t hurt him.,” ati
merayu. Dalam keadaan sebegini, dia perlu tenang dan tidak menimbulkan amarah
lelaki itu.
Zalif menoleh kepada gadis itu sambil tersenyum sinis. Dia menyimpan pistolnya
semula. “Petang ini I datang balik. Anyway… Take your time… I’ll be watching
you… Every second…” Dia keluar sambil tawanya bergema seluruh bilik sampai ke
luar.
Ati terduduk. Dia perlu lakukan sesuatu agar mamat gila itu tidak akan
mengapa-apakan mereka berdua.
“Awak…” Ati menoleh. “Saya minta maaf sebab tak dapat lindungi awak,”
“It’s not your fault. Saya akan keluarkan kita dari sini. Saya janji,” Ati
menghulurkan senyuman manis pada lelaki yang paling disayanginya.
10 OKT,1015 HOURS
“Macam mana perkembangan setakat ini?” Encik Safwan bertanyakan Natalia, pakar
IT di jabatan polis itu.
“Ati kali terakhir dilihat di belakang kedai berdekatan dengan tempat kejadian
malam tadi. Saya sedang cuba menjejaki dia melalui kamera keselamatan
berhampiran,”
“Ada suspek?” Dia risau. Ati tiba-tiba menghilang malam tadi. Mustahil dia
mengelat dari kerjanya.
“Kamera keselamatan belakang kedai itu tak berapa cantik angle dia… Jadi tak
berapa nak nampak sangat. Tapi, ada seorang lelaki yang parking kereta
berdekatan kedai itu. And he’s so suspicious…” Natalia bercerita lanjut.
“Proses rakaman itu. And update me if there’a new thing,” Natalia akur. Dia
pasti akan buat yang terbaik. Ati adalah teman terbaiknya di makmal.
10 OKT, 1425 HOURS
Ati memeriksa keadaan tunangnya itu. Walaupun dia bukan ahli medic, dia
banyak belajar dari Fairus, lelaki yang bekerja di bahagian autopsy di tempat
kerjanya.
Ati menghulurkan baki coklatnya agar Afiq dapat bertahan. Dia masih lagi
memikirkan bagaimana untuk mencari jalan keluar. Dia harus lakukan sesuatu.
Afiq perlu rawatan segera.
Dia bangun dan berjalan-jalan sekitar tempat itu. Dia tahu pasti ada sesuatu
yang boleh membantunya.
Dia menghentak keras dinding. Langsung buntu. Tiada jalan keluar. Agak-agak
teman-temannya dia jabatan polis tahu tentang kehilangannya atau tidak?
Harap-harap mereka dapat tahu dan cuba mencarinya.
“Awak… Sabar ek? Kita pasti akan keluar?” Ati hanya tersenyum mendengar
kata-kata itu.
10 OKT, 1629 HOURS
“Tuan, tuan cuba lihat ini,” Encik Safwan melihat kepada apa yang Natalia cuba
tunjukkan.
“Ini dari kamera keselamatan susur keluar dari kedai. Kereta ini dilaporkan
hilang pada minggu lepas. Jadi susah sedikit kita nak trace suspek,”
“Dapat gambar suspek,”
“Susah sikit…”
“Keep on tracking,”
Encik Safwan berlalu.
“Nat, apa sebenarnya
yang berlaku pada Ati ya?” Natalia mengangkat bahu. Dia risau jika berlalu
sesuatu pada temannya itu. Joshua hanya terdiam.
“Mungkin salah I kot,
dia hilang…”
“Don’t be ridiculous!!
It’s not your fault… Jangan risau, whole department is looking for her,”
Natalia menepuk lembut bahu Joshua untuk menenangkan lelaki tionghua itu.
10 OKT, 1645 HOURS
“Awak okay?” Afiq mengangguk lemah. Dia cuba untuk jadi kuat buat gadis itu.
Dia mahu gadis itu juga kuat.
Ati tersenyum nipis. Dia melihat telefon pintarnya. Masa semakin suntuk. Lambat
laun, lelaki itu akan muncul semula. Think, Ati, think!!
Wait a sec…..
That’s it!! Ati tersenyum.
“I’ll be watching… every second…”
“Ha?” Afiq yang berada di hadapan gadis itu terpinga. Ati mengangkat keningnya.
“Just watch… And don’t ask anything okay? Trust me…”
Pintu dikuak. Ati tersenyum lebar. It’s payback time…
“Jadi… Ati sayang. I’m coming back. What’s your decision?” Ati bangun. Dia
bersedia untuk berhadapan dengan lelaki ini.
“Aku tak tahulah…” Ati buat muka keliru. Zalif bengang. Dia mengeluarkan
pistolnya dan menghalakannya ke arah Afiq.
“Kau nak lelaki itu mati ke?”
“Tak… Maksud aku…” Ati melangkah ke arah lelaki itu.
“Aku tak tahulah macam
mana nak cakap dengan kau…” Lembut nada suaranya.
“Aku memang suka kau
dulu… Aku menyesal gila sebab tolak lamaran kau dulu… Kalaulah aku dapat tebus
balik,”
“Betul ini?”
“Ya… Tapi, kau
buanglah dulu pistol itu… Aku jadi takut tengok kau…”
“Kau cuba nak buat apa
ini?” Dia masih lagi mengacukan pistolnya.
“No… Aku cuma nak
buktikan cinta aku pada kau saja… Kalau kau masih acukan pistol, aku pun tak
berani nak dekat dengan kau,” Ati cuba berdiplomasi. Zalif tersengih. Bulan
jatuh ke riba.
“macam mana dengan
jantan itu?” Ati menoleh.
“Dia..? Aku bukannya
cintakan dia pun…Aku cuma cintakan kau seorang je dari dulu…”
Afiq tersentak. Apa yang Ati katakan itu?
“Trust me…” Kata-kata
itu masih terngiang di telinganya.
Zalif meletakkan
pistolnya di atas lantai. “So…” Zalif melapangkan tangannya menanti respon dari
gadis itu. Ati tersengih. Sepantas kilat dia menyambar pistol di atas lantai
itu dan mengacu pada lelaki itu.
“Jangan bodohkan ahli
forensic macam aku….” Ati tersenyum. Dia sudah biasa memegang pistol jadi dia
tahu yang perlu dilakukan. Zalif tersentak. Sedar baru ditipu.
“Kau…” Dia meluru ke
arah Afiq dan mencengkam badannya. Ati tersentak. This is not a part of a plan.
Dia memang tak boleh bertindak jika Afiq ditawan Zalif.
“Drop the gun…” Ati
geram. Nampaknya advantage berpihak pada lelaki itu. Satu cara sahaja yang
boleh dilakukannya.
Bang!! Tembakan
dilepaskan. Afiq dan Zalif terpempan. Afiq terduduk. “Woi… Apa kau buat ni…?”
Zalif melepaskan Afiq sehingga dia terduduk di atas lantai. Ati terus meluru ke
arah Zalif dan Menendang muka lelaki itu. Menendang perutnya dan menumbuk
mukanya sehingga dia terduduk.
“Tak guna….!!!”
Pintu dibuka keras.
Beberapa pegawai polis masuk dan mengacukan pistol ke arah suspek. “Cik Ati,
tak apa-apa?”
Ati mengangguk. “Tahan
dia… And call paramedic,” Pegawai itu mengangguk. Dia keluar untuk memangggil
paramedic.
“Awak… Saya minta maaf
sebab tembak awak… Sipi je kan…” Ati memeriksa keadaan paha Afiq yang cedera.
Afiq tersenyum.
“Saya percayakan
awak…” Ati terharu. Air mata yang selalu ditahan akhirnya jatuh juga.
“Thanks awak…”
15 OKT, 1015 HOURS
Ati baru keluar dari bilik mesyuarat. Dia tersenyum lebar. Joshua dan Natalia
yang menunggunya di luar pelik dengan reaksi gadis itu.
“Macam mana? Ok tak?” Natalia bertanya.
“Tak ada tindakan diambil. Tuan Hairudin defence aku… Dia kata dia faham
tindakan aku itu…”
“Kau tembak tunang kau kenapa?” Joshua bertanya.
“Penculik takkan nak tampung beban tebusan yang cedera. Jadi, dia pasti akan
lepaskan tebusan ke lantai. Dari situ kita dapat bertindak ,” Ati menerangkan.
Ingat dia pun suka cederakan orang yang dia sayang?
“Anyway, you’re the best, sis!!!” Ati hanya tersengih.
17 OKT, 1525 HOURS
“Awak dah ok?” Afiq hanya tersenyum. Dia kelihatan lebih bertenaga berbanding
hari itu.
“Awak ok?” Ati hanya tersengih. Kita tanya dia, dia tanya kita balik.
“Awak cepat sembuh ok… Nanti boleh saya kacau awak balik,” Ati tersengih nakal.
“Awak hari-hari kacau saya,” Ati menjegil pada Afiq. “Amboi…”
Afiq tersengih. “Comellah awak ini…” Ati hanya tersengih malu.
“Awak… Saya ada hadiah untuk awak. Happy birthday. Sorry sebab lambat bagi
present awak,” Afiq menghulur kotak merah kepada Ati. Ati menyambut dan
membukanya. Seutas rantai berloket bintang kecil. Comel. Memang dah lama dia
idamkan.
Ati
tersengih. Lupa pula dia hari penculikan itu jatuh pada tarikh lahirnya. 10
Oktober. Afiq yang tengah sakit itupun boleh ingat.
“Awak… So cute! Thank you….!” Afiq tersenyum.
“Awak dah lama nak. Jadi, saya belikanlah…”
Thank you…Saya sayang awak… Selamanya.