Saturday, 5 May 2018

Novel-Aku tanpa cinta-Mu

Haiiii...

Pada siapa yang tak kenal lagi Violet. Hai selamat berkenalan. :P 
Memandangkan kebanyakan cerpen aku yang dah siap semua dah publish kat sini so aku start dengan novel pulak.

Basically, aku sebenarnya ada 3 on going novel dalam laptop dan ya, semua aku tak siapkan lagi (gelak sambil nangis). So, aku just nak perkenalkan lah salah satu novel aku which is kinda macam novel dakwah sikit (not my cup of tea but worth to try.)

Kalau nak cari karya yang dark sikit boleh usha Wattpad aku di https://www.wattpad.com/user/VioletYuri


Anyway, here's some sneak peek of prologue dan bab 1


prolog
            Buk!! Sedas penumbuk tepat mengenai pipi kanan budak lelaki itu. Matanya merah menahan air mata.
            "Kalau setakat kena macam tu dah nak nangis baik jangan jadi lelakilah wei.. Buat malu je," Gadis kecil itu tersengih  sumbing padanya. Tak padan dengan perempuan.
            "Sakit lah, bongok!!"
            "Lembik!!" Gadis itu menggawangkan penumbuknya di udara. Khalif  menghalang muka dengan tangannya. Takut terkena lagi.
            Gadis itu hanya tersenyum. Budak lemah. Baru kena sikit.
            "Aku bagi warning. Kau kacau tempat aku lagi, lagi teruk kau kena..." Dan dia terus berlalu.
            Khalif mengusap tepi bibirnya yang berdarah. Tak guna punya perempuan. Aku bukan buat apa pun kat sini. Bajet macam tempat ni bapak dia yang punya. Dia menggenggam penumbuknya.
            Aku akan buktikan suatu hari nanti siapa yang lembik, siapa yang lemah. Bisik hatinya.

Bab 1
            Hari pertama menjejakkan kaki ke universiti, setelah habis pengajian di matrik. Setelah lebih kurang setengah tahun melangut menanti keputusan. Akhirnya dia bergelar mahasiswa di universiti pilihannya, dan dalam bidang pilihannya. Khalif hanya tersengih.
            "Woi, nanti lambat pergi orientasi. Melangut lagi," Irfan, teman sebilik barunya menyergah. Dari tadi duk tersengih macam kerang busuk, macam kera sumbang.
            "Alah, orientasi je kot.. Bosanlah... Setakat dengar bebelan, baik tidur dalam bilik," Irfan mencebik.
            "Daripada kau tidur, baik kau keluar tengok wayang ke, keluar dengan awek ke... Adalah juga daripada kau terbaring je," Irfan terus keluar. Khalif buat tidak tahu. Dari zaman sekolah menengah lagi, dia memang allergi dengan orientasi.
            Zaman sekolah dulu bila wajib kena pergi memang dia mengelat sungguh sampai satu sekolah boleh kenal dia sebab kena hambat pergi orientasi. Ada sahaja alasan untuk tidak pergi kerana baginya, orientasi sangat membosankan.
***
            Buk! Sedas penumbuk mengenai tepat ke arah pengawas yang beria mencarinya itu. Ni Mesti keje Cikgu Hamid ni pasal kes merokok belakang tandas.
            "Kau tak payahlah ikut sangat cikgu Hamid tu. Lepas je la aku.. Takkan kau tak serik-serik lagi!!" Pengawas itu bangun. Ya, dia sedar. Khalif pembuli terhebat sekolah. Tak kira siapa dia main belasah tapi arahan guru disiplin perlu juga dilunaskan.
            "Hoi jadah kau menung apa lagi? Orientasi dah nak mula!!!" Angannya berkecai dibawa pergi teman sekelas satu kuliah yang baru dia kenali, boleh buat geng tapi fikir dua tiga kali, macam tak masuk je...
            "Bisinglah kau, Im.. Nak pergi, pergi sajalah," Dia menutup mukanya dengan bantal.
            "Eloklah tu, baru orientasi dah buat hal," Ek ek mamat ni... Banyak bunyi.
            "Pergi je lah...Bising lah kau ni..." Imran hanya mencebik dan terus keluar dari situ.
***
            Hari ini dalam sejarah Khalif menjejakkan kaki menyertai orientasi. Hari itu ada taklimat khas tentang pendaftaran subjek untuk setiap semester yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar. Bukan dia mahu, tetapi dia tertarik dengan perbincangan teman serumahnya malam tadi.
            Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Khalif baru sahaja merebahkan badan ke katil apabila mendengar teman-teman barunya berborak selepas baru pulang dari orientasi yang berakhir pukul 2 pagi.
            "Aku bosanlah dengan orientasi ni, tiap malam duk kena marah je," Irfan memulakan bicara pada temannya yang berkumpul sambil melantak Super Ring yang dibeli di kedai runcit sebelah bank didalam universiti itu.
            "Dah namanya orientasi, hadap je lah..." Alfian menempelak dengan mulut penuh.
            "Tapi, kita ni bukan budak-budak lagi der... Cuba cari benda best sikit nak buat,"
            "Spoil lah korang... Time orientasi je depa macam tu, cuba tegur depa kat luar, depa okay je," Ujar Saiful sambil mengelap rambutnya.
            "Itulah korang, dah tahu bosan pergi lagi," Khalif tiba-tiba mencelah, dia bangun dari pembaringannya.
            "Kitorang bukan macam kau, pemalas yang amat," Ujar Imran, perli. Khalif hanya mencebik.
            "Eh, tapikan, korang perasan tak, ada seorang faci tadi, dia pakai niqab? cantik gila wooo..."
            "Niqab?? Niqab tu apa weyh?" Empat pasang mata memandang ke arah Khalif dengan pandangan krik krik.
            "Seriously weyh, niqab tu menatang apa?"
            "Bro, kau ni dulu duduk hulu ke??" Khalif rasa nak menumbuk halkum Alfian.
            "Bro, niqab tu purdahlah, yang perempuan pakai nampak mata je, takkan hang tak pernah nampak?" Saiful memberi pencerahan.
            Khalif menggeleng. "Yang live tak pernah nampaklah... Kat tv or internet maybe la pernah tertengok sekali dua,"
            "Ni mesti kau ni kaki tengok porno ni," Imran serkap jarang. Seisi bilik kecoh sebentar dengan gelak tawa.
            "Kurang ajar,"
            Dan kini matanya meliar di segenap dewan itu mencari gadis yang dimaksudkan. Ikut pada mereka, hanya seorang sahaja facilitator yang berpurdah, mudahlah pencariannya.
            "korang tak tahu ke namanya?"
            "TAkkan tak tahu dah kecoh satu batch kita. Nama dia Wardah Nasuha, dia sama umur dengan kita, tapi dah tahun kedua, kejuruteraan mekanikal," Khalif terdiam. Hebat sungguh, ambil kejuruteraan mekanikal pula.
            "Macam mana pula dia tahun kedua?"
            "Kan dulu, universiti ni ambil budak lepasan SPM time Januari, dulu boleh pakai result trial SPM, sekarangkan kena minta approval kementerian dulu. Dia masuk asasi umur 18, kita kena masuk matrik or others dulu.. Itu yang dia lagi advance dari kita,"
            "Kau kenapa Khalif, pelik pula hang nak tahu," Saiful kebingungan. Dia yang duduk satu matrik dengan Khalif dulu tahu sungguh perangai Khalif macam mana.
            Khalif hanya tersenyum.
            Suara emcee di hadapan hanya sayup-sayup di pendengarannya. Alah, bukan tak boleh ambil tahu nanti, adalah orang yang tolong beritahu kalau dia tanya nanti. Matanya masih meliar ke seluruh dewan itu.
            Bibirnya mengukir senyuman refleks. Berbaju muslimah paras lutut berwarna merah jambu dan bertudung labuh berwarna hitam, beserta niqab warna sama. Duduk di hujung barisan hadapan di sebelah kiri dewan. Dia duduk di barisan atas sekali, jadi dia dapat mengecam dengan mudah.
            "Wei, yang tu ke?" Saiful memandang ke arah telunjuk Khalif. Dia mengangguk.
            "Ye la... Awat? Hang nak try ke?? Tak payahlah, muka jamban, perangai setan  macam hang mana dia pandang," Khalif mencebik.  Aku sikit punya hansem dia kata muka jamban.
            "Lagipun, aku dengar dia tu mana layan lelaki. Kalau nak bercakap pun suruh kawan perempuan dia passkan, kalau buat assignment group pun, bawa sekali kawan perempuan dia,"
            "Mana kau tahu banyak pasal dia?"
            "Kembar aku masuk sini juga, satu batch dengan dia. Aku try usha sket pasal minah tu, aku pun seram nak masuk line," Saiful membalas sambil pemandangan kembali ditala ke hadapan.
            Khalif hanya terdiam. Menarik... Tapi, belum cuba belum tahu bukan? Mungkin dia boleh gunakan Saiful sebagai orang tengah.
            "Aku tahu dalam kepala hotak hang dah ada plan nak gunakan aku, tengok senyum pun dah tau. Hentikanlah, aku tak nak terlibat," Matanya ,masih ke arah slide di pentas yang menunjukkan tentang cara untuk mendaftar tempat tinggal. Bukan dia tidak kenal mamat ni, kalau dah senyum sampai nampak sumbing muka tu adalah idea gila dia tu.
            Khalif hanya menjeling sekilas. Alah, cakap tak nak, aku belanja rokok sekotak nanti cair juga.
            Tapi, yang penting dia perlu mendapatkan sebanyak mana maklumat tentang gadis itu.
***
            Seminggu yang memenatkan!!! Khalif menggeliat malas, Kelas sudah bermula minggu kedua di sini, dengan orientasi yang dalam sejarah hidupnya kali pertama dia rajin pergi. Ada juga sekali dua bila dia pergi, namun hampa apabila Wardah tiada di situ dan dia mengambil keputusan pulang ke hostel, merokok dan terus sambung tidur. Teruk punya perangai.
            Dan berkat dia yang terlalu rajin untuk mengetahui tentang gadis itu, dia berjaya mendapatkan jadual harian kelas Wardah.
            "Woi, kelas sendiri kau tak pergi, kelas orang pula kau rajin pergi?" Alfian menyelar sambil menyikat rambutnya belah tepi dan menggayakan spek besarnya.
            "Alah, ni bukan sekolah lagi beb ada kedatangan semua. Lecturer pun bukan peduli aku datang," Dia juga menyiapkan diri, tetapi bukan untuk ke kelasnya, sebaliknya mahu ke kelas Wardah. Sejak dua hari lepas dia tak pernah miss kelas yang ada gadis itu, dan kalau ada masa renggang, barulah dia ke kelasnya sendiri. Baru tahun pertama dah perangai jadah haram.
            "Ya lah...tapi jangan sampai diri sendiri punya schedule terabai. Kau tu baru first year, uni ni pun kau tak tahu selok belok lagi, tak payah berlagak bijak sangat," Irfan mengingatkan.
            "Membebel sangatlah kau ni, skema," Khalif terus keluar tanpa mempedulikan kedua-dua teman yang berpandangan sambil mengeluh halus.
            "Bangang tak bertempat," Sedas Alfian menghambur.
            "Biarlah dia,"

Saturday, 20 January 2018

Cain and Abel (2016) review

mooo... dah nak masuk februari ke?

Subjek: Cain and Abel (2016) // Kain to Aberu

Peringatan awal, drama ni drama kekeluargaan yang sangat sarat dengan emosi.

Sebelum itu, sejujurnya kenapa aku pilih untuk tengok cerita ni adalah sebab Yamada Ryosuke je..Tapi, lepas tengok cerita ni. Yes, aku sangat recommend untuk sesiapa yang sedang mencari drama yang bagus.

Sedikit sinopsis tentang cerita ini (nota kaki; sinopsis ni berdasarkan apa yang aku tengok jadi aku cerita apa yang aku ingat je la okay?)

Mengisahkan tentang dua beradik; Si abang Takada Ryuichi dan adik, Takada Yu (si kacak Yama chan huhuhu). Ryuichi ialah seorang Vice president di syarikat milik keluarga Takada; Takada General Real Estate, seorang yang sangat berkaliber, berstrukturdan mampu menyelesaikan semua masalah dengan sendiri. Cara dia dibesarkan membuatkan dia menanggung semua masalahnya sendiri.

Yu pula, seorang yang bebas, dan suka lakukan sesuatu mengikut apa yang dia rasakan betul. Yu sangat mengagumi abangnya dan teringin untuk mengikut jejak langkah abangnya.

Pada awalnya, Yu dimasukkan ke dalam Team projek untuk perancangan pembinaan Outlet Mall pertama syarikat tersebut, dan dari situ Yu banyak belajar tentang selok belok bisnes. Dia bekerja bersama seniornya; Yahagi Azusa yang kemudiannya diperkenal sebagai kekasih abangnya sendiri.

Cukup la kot nanti spoiler pula. Tapi tak rasa ada orang yang dah baca setakat ini.

Kenapa aku pilih untuk bercerita panjang lebar tentang cerita ini? 1. Jalan cerita yang padat dan bagi aku, tiada loophole. Aku ni takdelah pandai sangat nak analyse loop hole ada ke tak, tapi bg aku flow cerita ni sangat bagus. Pace cerita dia tak laju, tapi tak perlahan. Dan plot cerita dia sangat kuat, dan terserlah kaitan antara satu sama lain.

Aku suka sebab dalam drama ni, bukan cerita cinta memanjang. Malah, persoalan cinta tu pun cuma sipi je dalam drama, sekadar pelengkap cerita (walaupun ada peranan dia dalam perkembangan karakter masing2)

Latar belakang dunia korporat sangat ditunjukkan dalam drama ni, tentang bisnes, tentang perancangan projek, leading a projectm negotiating with customers. Part ni memang aku beri kredit lebih.

Yang paling aku suka tentang drama ni ialah perkembangan karakter Ryuichi, Yu, Azusa, dan lain2 watak, contohnya Takada Takayuki (ayah). Yu dari seorang yang naif tentang kerjanya, carefree, menjadi terlalu obses dengan pemikiran untuk mempertahankan syarikat sehingga menyebabkan abangnya dilepaskan dari menjadi Vice president dan melakukan kesilapan dengan memberi rasuah pada seorang ahli politik untuk kelangsungan satu projek yang ayah dan abangnya tidak teruskan. Ryuichi dari seorang yang berstruktur dan mengelak risiko, yang menanggung semua masalah sendirian, kepada seorang yang lebih memikirkan orang di sekelilingnya dan lebih memikirkan perasaan tunangnya Azusa.

Tapi, di akhirnya, mesej kekeluargaan dalam drama ni sampai. Di mana si abang sangat ingin menjadi seperti adiknya yang bebas, manakala si adik sangat mengagumi abangnya dan ingin mengikut jejak langkah si abang.

Dari si ayah yang sangat berat sebelah dengan hanya bergantung harap pada si abang, kepada bergantung pada si adik setelah melihat potensinya, kepada seorang yang lebih menghargai keluarganya.

Emosi dalam cerita ni agak berat sebab berkisar tentang kelurga. dan aku sangat teruja dengan facial expression setiap pelakon, especially Yamada Ryousuke (Takada Yu). kadang sampai tak dapat bace, dia ni benci abang dia ke?

Kesimpulannya, drama ni sangat best. Aku nak buat perbandingan dengan drama melayu tapi dah terlalu panjanglah pula. Jadi, aku berhenti sampai sini je.

Dan ni dah kali ke 5 kot aku ulang dengan ost cerita ni sambil menaip.