Assalamualaikum,
Back to blogging again!!
Sebenarnya dulu, pernah ada blog untuk post semua pasal cerpen dan novel(yang tak pernah siap) yang aku buat. Tapi, atas sebab tertentu(kemalasan dan kesibukan) Aku padam blog tersebut. Jadi, kali ini atas permintaan( dan sebenarnya berpunca dari pertanyaan aku), aku kembalikan semula semula karya yang aku pernah tulis.
Salah satu sebab kenapa aku hanya fokus pada cerpen, sebab cerpen lebih pendek dari novel, dan kebanyakan cerpen aku dah siap ditulis. Novel pula sebenarnya, aku sedang dalam perjuangan memikirkan kesinambungan dan menyiapkan ceritanya. Ada 3 buah novel yang sedang tergendala sekarang:
1)Mujahadah bidadari dunia.
genre: Islamik
Cerita tentang seorang lelaki yang baru melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, dan terjumpa dengan seorang gadis berniqab. Dalam percubaan dia untuk mendekati gadis itu, gadis itu selalu sahaja mengelak daripadanya, tanpa dia sedar sebenarnya alasan dia menjarakkan diri bukan sahaja kerana ikhtilat, tetapi kerana sesuatu yang telah berlaku di masa lalunya.
2) -masih tiada tajuk-
genre: drama akasia pukul 7 di tv3
Kisah tentang seorang aircraft engineer yang berkahwin dengan kenalan abangnya yang dia tak suka dari dulu lagi, yang sekarang seorang businessman. pada mulanya dia menganggap lelaki itu ialah kembar kepada lelaki yang dia benci(sebab abangnya dan lelaki itu berkomplot utk merahsiakan siapa sebenarnya suami gadis itu), sebab itulah dia bersetuju. Macam-macam terjadi sampailah pecah tembelang tentang identiti sebenar suaminya itu.
Jadi, Dapat hint cerita pasal siapa? Ya! Zarul dan Izz( siapa yang pernah baca hardcopy cerita ni mohon bertabah setelah lebih 3 tahun cerita ini tergantung)
3) Alice
genre: novel fixi
Alice adalah adik kepada ketua kumpulan kongsi gelap yang berkuasa. Namun, suatu hari, serbuan ke markas mereka melumpuhkan sementara operasi mereka. Namun, dia berjaya melepaskan diri, dan tertangkap tidak jauh dari markas. Setelah itu, kumpula tersebut beroperasi tanpa Alice yang mereka anggap sebagai gadis paling genius dalam kumpulan tersebut.
Irdina gadis biasa yang baru berpindah ke kawasan itu. Dari situ, dia berkenalan dengan Aidil dan Faiz yang berangan mahu menjadi penyiasat, dan memiliki skill penyiasatan yang boleh dikagumi. Suatu hari, Irdina diajak oleh Aidil dan Faiz untuk ke markas rahsia mereka. Aidil menjelaskan yang mereka berminat untuk menumpaskan kumpulan black crossfire, yang membuatkan Irdina resah. Sebab apa?
RAHSIA UHUHUHU
Jadi, secara kasarnya ini yang aku sedang usahakan, dan tergendala begitu lama. Insyaallah aku cuba untuk cari masa untuk menyiapkan mana-mana novel dan work out dengan story baru untuk cerpen.
Sekian,
Violet yang kelaparan.
Casino and Resort Hotel, San Diego - JSH Hub
ReplyDeleteCasino and 고양 출장샵 Resort Hotel is San Diego's newest gaming destination and the newest place to get a drink in San 영주 출장안마 Diego! Book your 천안 출장샵 stay 대전광역 출장안마 now! 공주 출장샵