Disclaimer: cerita ini ditulis 2 tahun lepas...
Aku suka buat cerita yang twisted sikit..bergantung pada mood. Watak yang complicated and pathetic. So inilah hasilnya..
(malas nak taip banyak)
Dendam
Bedebuk!! Bunyi si gadis
itu terjatuh tadi sangat kuat sampai Adi terkejut. Lebih terkejut melihat gadis
itu sebenarnya terjatuh dari pokok yang dia panjat tadi.
“Adik!!” Dia meluru ke arah gadis itu yang terkial-kial bangun menahan
kesakitan. Adi memeriksa gadis itu untuk melihat jika ada terluka.
“Abang, orang oklah…Janganlah pandang macam itu…” Feeya mengomel. Aduh, boleh
pula tersalah pijak tadi. Hasilnya, macam nangka busuk jatuhnya.
Adi menjegilkan matanya. Budak ini memang tak makan samanlah… Jatuh macam itu
pun boleh cakap tak ada apa-apa? Buat cemas orang sahaja… Ini belum mama dengan
papa tahu ini…
“Alah abang Adi ini…Janganlah bagitau papa dengan mama… Nanti kecoh satu
rumah,” Adi mengeluh. Budak ini ada kuasa psikik apa? Boleh baca fikiran orang?
“And jangan bagitau ayah dengan ibu juga ya… Nanti sian adik kena rotan dengan
ayah,”
Adi mengeluh
sekali lagi. Dia tahu ayah Feeya sangat garang. Anaknya ini tak padan dengan
perempuan, tapi, ganasnya mengalahkan lelaki. Tengoklah rambut pun dah macam
lelaki. Nasib potongannya ikut gaya mamat Korea, adalah sikit nampak
keperempuannya. Kalau lagi pendek mau mengamuk Encik Ahmad di rumah itu…
“Yalah… Meh sini abang tengokkan luka kat kaki itu… Macam teruk je…”
Feeya hanya
menurut. Dia pun tak perasan tadi yang kakinya terluka.
“Boleh jalan tak?” Feeya hanya mengangguk. Sikit saja… Takkan tak boleh jalan
pula.
“Meh abang kendong,” Adi sudah mencangkung. Feeya menjegilkan mata. Gila apa?
“Abang dah gila? Kalau ayah nampak nanti tak pasal-pasal kantoi free-free jer…”
“Nak dekat sampai rumah nanti abang turunkanlah…” Adi membalas. Orang nak buat
baik pun macam-macam hal…
“Adik boleh jalan sendirilah… Adik dah 16 tahun, dah besar…”
“Ha..Tahu pun. Yang pergi panjat pokok macam jantan itu kenapa?? Anak dara buat
cara anak dara. Dah jangan banyak cakap. Naik belakang abang,”
Feeya mencebik.
Mengalahkan mak nenek ngomelnya. Dia menurut. Kemudian, Adi terus berjalan
pulang ke rumah sambil mengendong Feeya.
“Makin beratlah adik ni, makan batu ke apa?”
“Banyak bunyilah abang ni… Tadi orang nak berjalan sendiri abang tak kasi…
Rasakan…”
Feeya mengomel.
Adi hanya tersenyum. Comel betullah budak seorang ini.
“Adik pun dah besar kan… Cubalah ubah sikit perangai itu… Nanti tak ada lelaki
nak baru tahu,”
“Tak apa. Adik kan dah ada abang Adi. Feeya sayang abang Adi seorang sajalah….”
Adi senyap.
Budak ini bergurau ke apa? Sabar hatiku, sabar….
“Janji dengan abang adik akan tunggu abang,” Kali ini Feeya pula senyap.
Melihatkan Feeya senyap, Adi juga turut senyap. Mungkin dia tersalah cakap.
“Hana,” Feeya tersentak. Jauh juga dia mengelamun. Dia melihat temannya Suri.
“Jauhnya terbang. Dah sampai mana?” Feeya hanya menunjukkan barisan giginya
yang putih itu.
“Ini… Soalan ini kau buat macam mana?” Feeya melihat sebentar soalan itu.
“Oh…macam ini….”
*
“Assalamualaikum…” Feeya memasuki rumah banglo tiga tingkat yang sudah dihuni
lama itu. Petang-petang begini pasti mama dan ibu ada di dapur. Kalau ada
rezeki boleh jumpa papa juga…
Puan Sara menjenguk dari dapur. “Feeya… Masuklah nak…” Feeya menghampiri ibu
kandungnya dan menyalam tangan tua itu.
“Mama mana?”
“Ada kat belakang dengan papa. Ayah ada kat dalam bilik, rehat…” Feeya hanya
mengangguk. Amboi, mama dan papa nak bermanja pula masa-masa macam ini.
Feeya menghampiri laman belakang setelah meletakkan barangnya di dalam
biliknya. Dia terlihat Dato’ Huzairi dan Datin Salini di halaman belakang
sedang berbual mesra. Feeya tersengih. Dia berdiri di belakang tiang
memerhatikan mereka.
“Mama….. Papa….”
Feeya memanggil
halus membuatkan mereka tersentak. Kedua-duanya berpaling. Namun, tiada siapa
terlihat. Feeya mengekek perlahan. Seronok benar mempermainkan mereka.
Encik Ahmad berdehem dibelakang Feeya. Feeya tersentak dan menoleh. Dia hanya
tersenyum pada ayahnya.
“Ayah….” Feeya menyalam tangan lelaki itu.
“Amboi, Hanania Safeeya… Nak bergurau pula dengan mama dan papa….”
Dato’ Huzairi
menegur. Feeya hanya tersengih lalu menghampiri mereka.
“Sorry, Dato’ Huzairi dan Datin Salini… Hanania Safeeya saja nak bergurau… Dah
lama tak jumpa…”
“Yalah… Dia itu asyik terperuk saja dalam kampus… Bukan ingat nak balik sini…”
Datin Salini bersuara.
“Mama….” Feeya memeluk bahu Datin Salini. “bukan Feeya tak nak balik. Tapi
Feeya sibuk. Banyak benda nak buat kat sana… Lagipun mama… UiTM Seri Iskandar
itu bukan sekangkang kera dari sini… Mahu tiga jam baru sampai… Kesihanilah
anak mama ini…” Feeya buat muka seposen.
“Hmm…Yalah itu…” Datin Salini mencebik. Macam-macam alasan dia boleh cipta.
“Oh yalah.. Hujung tahun ini Feeya habis belajarkan? Apa kata kerja di syarikat
papa?”
“Ish papa… Tak naklah… Feeya tak berhak terima tawaran itu…”
“Feeya, apa pula… Kami dah anggap Feeya macam anak sendiri. Lagipun, bukannya
senang nak cari kerja sekarang,” Datin Salini cuba meyakinkan anak angkatnya
itu.
“Mama, papa… Mama dan papa sponsor yuran pengajian pun dah cukup untuk Feeya.
Inikan nak kerja dengan papa.. Feeya rasa seganlah…”
Dato’ Huzairi ketawa. “Feeya… Mula dari bawah… Papa tak akan bagi Feeya jawatan
tinggi-tinggi at first time…”
“Tapi…”
“No but dear…Titik,” Feeya tergamam. Bila dah keluar perkataan titik itu,
perdana menteri pun tak boleh bangkang.
Feeya hanya tersenyum.
*
Feeya membantu ibunya di dapur untuk menyediakan makan malam. “Study macam
mana?”
“Oklah buat masa sekarang. Lagipun, Feeya sibuk dengan projek untuk last year
ini…” Feeya menjawab luhur.
Puan Anisa mengangguk. Feeya satu-satunya anak gadis yang dia ada. Dan hanya
pada Feeya tempat dia dan suaminya berharap.
“Feeya belajarlah rajin-rajin. Ibu tak mampu nak beri Feeya apa-apa… Ibu cuma
boleh doakan yang terbaik untuk Feeya,”
Tangannya
berhenti dari menggaul gulai ketam yang dah mendidih itu. Feeya memandang sayu
ibunya. Dia tahu ibunya sudah banyak berkorban untuknya dahulu. Termasuklah
mempertahankan dirinya dari dirotan ayahnya.
“Feeya janji Feeya akan bahagiakan ibu dan ayah suatu hari nanti,” Feeya
memeluk ibunya.
“Feeya….” Feeya menoleh ke arah ayahnya.
“Ayah…”
“Dah siap ke makanannya?” Feeya tersenyum lalu ketawa kecil.
“Ayah ini… Ingatkan apa…. Sikit lagi… Rasanya gulai ketam ini dah masak… Sayur
pun dah siap.. Kejap lagi Feeya hidang. Jomlah ayah makan sama,”
“Tak apalah… Ayah makan kat dapur sajalah dengan ibu kamu…”
“Ayah… Jomlah… Ibu pun jom makan sekali… Feeya teringin nak makan dengan ayah
dan ibu,” Feeya memujuk orang tuanya.
Encik Ahmad dan Puan Anisa terdiam. Feeya tersengih. “Macam inilah ibu dan ayah
Feeya… Sayang ibu dan ayah…” Feeya memeluk ayahnya.
*
Meja makan sudah siap terhidang dengan makanan. Feeya memanggil Datin Salini
dan Dato’ Huzairi turun makan. Puan Anisa dan Encik Ahmad sudah sedia di meja
makan.
Datin Salini tersenyum. “Nisa, Mat… Eloklah kamu ada sekali makan. Meriah meja
makan…” Puan Anisa dan Encik Ahmad hanya tersenyum memandang majikan mereka.
“Feeya yang ajak… Rindu nak makan sekali sama-sama,”
“Yalah… Kalau ada sekali Adi mesti seronok. Lengkap sekeluarga,”
Feeya terdiam.
Abang Adi. Apa khabarnya sekarang ya? Pasti sudah ada yang berpunya. Maklumlah…
Abang Adikan ada pakej… Putih, kurus, tinggi, kacak, Kidal. Lengkap semua
pakej.
“La… Feeya, apa tercegat lagi? Jomlah makan sekali… Nanti sejuk pula lauk itu…”
Lamunannya berkecai terbang di bawa angin. Dia duduk sekali di sebelah ayahnya.
Malam itu semua makan dengan berselera sekali. “Pandailah Feeya masak…” Puji
Dato’ Huzairi.
“TAklah papa… Feeya tolong ibu sahaja…” Jawabnya polos.
“Boleh buat menantu dah ini… Feeya pun bukan muda lagi… Dah 26 tahun kan…”
Feeya tersedak. Air kosong di sebelahnya di capai dan diteguk sehingga habis.
Merah mukanya macam udang kena bakar menahan pedih tercekik tadi.
“Mama…. Apa ini… Feeya tak habis belajar lagi…”
“Alah.. Tak lama lagi, kan? Lagipun Adi pun single lagi… Eloklah itu…”
Feeya hanya diam. Abang Adi? Tidak mungkin… Dia menganggap abang Adi macam
abang kandungnya sendiri. Lagipun, dia juga sudah ada pilihan sendiri.
“Feeya, mama gurau sajalah… Feeya jadi anak mama inipun dah cukup bagus…” Feeya
hanya tersenyum.
“Datin, dengar kata Adi dah nak balik,”
Datin Salini
mengangguk. Feeya mendongak dari mengupas kulit ketam.
“Bila? Kenapa Feeya tak tahu pun?”
“Itulah… Feeya pun jarang balik. Call pun jangan cakaplah…” Datin Salini
merajuk.
“Dia balik
esok…”
Feeya terdiam. Esok…. Macam mana agaknya rupa abang Adi sekarang? Masih macam
dulu? Atau sudah berubah? Arghh!!! Apa ni Feeya??? Kau biar betul!
“Feeya… Apa menung lagi itu… Orang lain dah siap makan. Awak itu separuh pun
tak habis lagi…”
Feeya tersentak
dengan panggilan Datin Salini. Dia melihat pinggannya. Penuh dengan nasi dan
lauk lagi. Feeya tersengih. Dia terus menghabiskan makanannya.
*
Feeya meletakkan kereta Myvi hitamnya di hadapan rumah banglo tiga
tingkat itu. Seharian dia keluar untuk membuat penyelidikan untuk projek tahun
akhirnya. Dia bertapa sekejap di KFC pelangi semenyih yang paling dekat dengan
rumahnya. Cari line wi-fi yang tinggi….
Dia masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. “Ha… Anak dara baru sampai
rumah? Setengah hari tak nampak muka…”
Sinis Datin Salini
menegur. Feeya tersenyum.
“Sorry, ma. Feeya cari line internet free yang laju….”
“Dalam rumah ini internet tak laju?”
“Laju ma… Tapi tak selaju kat KFC tadi… Sambil itu boleh cuci mata carikan
menantu untuk Encik Ahmad dan Puan Anisa…” Feeya tergelak sesaat. Datin Salini
mencubit lengannya.
“Amboi..Gatalnya budak ini… Tak payah carilah… Dalam rumah ini pun dah ada…”
Feeya terdiam.
Siapa? Takkanlah papa kot? Mama nak bagi aku bermadu dengan dia ke?
Datin Salini terus berlalu meninggalkan Feeya yang terpinga-pinga. Feeya
berjalan terus masuk ke dalam biliknya.
“Feeya… Tolong kemaskan ruang tamu di tingkat atas… Ibu tak sempatlah pagi
tadi,”
“Okay…”
Feeya menjerit
dari dalam biliknya. Setelah meletakkan barangnya di dalam bilik, dia menghala
ke atas, mengambil vakum dari dalam bilik kecil di tingkat itu dan
menyambungnya ke soket terdekat. Dia membuka senarai lagu dalam smart phonenya
dan memilih satu lagu; Iamneeta, terima kasih.
Dan dia memulakan dengan membersihkan habuk di rak tv dan tempat yang boleh
dicapai dengan penyapu habuk.
Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus ku mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup ini penuh dengan senyuman…
Feeya menyanyi mengikut arus lagu. Suara kalah Ziana Zain. Kalau dengar dek
penyanyi lain, menangis semua.
Oh sayang datanglah ku rindukan pelukmu
Datanglah padaku ku rindukan pelukmu
Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri
Amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang
Tawa mesra
Terus terukir di hati
Suaranya tenggelam timbul dengan bunyi vakum yang menguasai suasana. Adi yang
baru bangun mengeluh perlahan. “Ish… Siapa pula yang buat bising ini….”
Dia bangun dan keluar dari dalam biliknya. Dia terus meluru ke arah gadis itu.
Niatnya untuk menyembur terhenti apabila gadis itu menoleh.
Feeya juga ikut tergamam. Abang Adi??? Dengan seluar pendeknya dan baju
pagoda. Dia memang kelihatan…. Seksi!
Adi tersentak. Inikah gadis yang dia telah tinggalkan di Malaysia selama 10
tahun. Gadis yang dulunya suka pakai seluar paras lutut dan t-shirt lengan
panjang, kini bertudung bawal, masih berbaju t-shirt tapi… dengan skirt
labuh??? Dia kelihatan sungguh… ayu!!!
Feeya menolak headphonenya ke leher.
“Abang… Abang
Adi….” Aduhai mulut… Apa kes gagap ini?
“Adik ke ini? Lama tak jumpa, adik makin manis sekarang,” Muka Feeya merona
merah. Aduhai hati…
“Feeya!!! Tolong ibu kejap…” Feeya tersedar dari lamunan.
“Ya ibu… Feeya datang…” Laung Feeya. Dia mendongak ke arah lelaki itu.
“Adik turun dulu…” Feeya menghulurkan senyuman manis lalu turun mendapatkan
ibunya.
*
“Feeya, sebenarnya mama dan papa ada hajat nak sampaikan pada Feeya,” Feeya
menoleh ke arah kedua orang tua angkatnya.
“Sebenarnya kami nak melamar bagi pihak Adi untuk jadikan Feeya isteri Adi,”
Feeya tersentak.
“Apa kata ibu dan ayah?”
“Papa dah tanya mereka. Mereka kata terpulang pada tuan empunya badan…” Feeya
terdiam. Kemudian dia tersenyum.
“Feeya minta maaf sangat-sangat. Feeya tak mampu nak penuhi hajat mama dan
papa,”
Ujarnya tulus.
Sungguh, menjadi isteri kepada orang yang dianggapnya abang kandung bukan
sesuatu yang dia pernah duga.
Adi yang mendengar dari tingkat atas hanya terdiam. Terselit perasaan kecewa di
benak hatinya. Sangkanya perasaannya sama dengan gadis itu, tapi jangkaannya
meleset.
“Tak apalah, Feeya. Kami tak mendesak. Feeya berhak tentukan hidup Feeya
sendiri,”
*
Feeya melihat jam tangannya. Pukul 1.30 tengah hari. Mana dia ini… Janji pukul
1.
“Assalamualaikum awak…” Feeya mendongak. Hadri duduk bertentangan dengannya.
“Sorry lambat, lupa nak bagitau awak delay dating kita sebab nak solat zuhur
dulu,” Feeya tersenyum.
“Habis itu, saya ini?”
“Lupalah awak, nak solat dulu ke? Jom saya bawa awak pergi masjid sekejap,”
HAdri bangun.
“Op…Tak perlulah awak… Saya dah solat sebelum keluar tadi… Lagipun saya pun
baru sampai, ingat awak dah tunggu lama, rupanya awak tak sampai lagi,”
“Owh… Sorry, jom…”
Feeya hanya
menurut. Kali ini, dia di ajak untuk ke pesta buku di pwtc. Seronok tak
terkata. Ulat buku macam dia ini di bawa ke sana. Nasib Hadri sekepala
dengannya.
“Jom…”
*
Pukul 9 pagi. Rumah itu sunyi sepi. Semua orang dah keluar. Maklumlah hujung
minggu…
Feeya melihat ke jemuran. Kosong. Ibunya belum membasuh baju lagi rasanya.
Biasanya masa sebegini ibunya masih di pasar pagi di Beranang itu. Mencari stok
untuk seminggu.
Feeya naik ke tingkat atas untuk mengutip baju kotor papa, mama dan mungkin
abang Adi. Abang Adi?? Macam mana dia nak berhadapan dengan lelaki itu setelah
pinangannya ditolak. Ah… Buat biasa sahaja Feeya…
Feeya mengambil bakul di dalam bilik Dato’ Huzairi dan Datin Salini yang berisi
baju kotor. Senang sahaja kerjanya memandangkan semuanya sudah dikumpul sekali.
Feeya mengetuk pintu bilik Adi. Pintu dikuak. Wajah Adi terpacak dia
hadapannya. “Abang… Nak baju kotor,”
Adi memandang wajah polos gadis itu. Tenang sahaja. Menyirap betul darahnya
apabila mengenangkan kemesraan gadis itu dengan lelaki lain. Apa kurangnya dia?
Apa lebihnya mamat itu?
“Abang…” Feeya masih menanti jawapan lelaki itu. Kenapa pula dia ini? Kena
sampuk ke?
“Masuklah…” Adi memberi ruang pada gadis itu. Feeya tersenyum. Dia masuk dan
mengutip baju kotor yang bersepah dalam bilik itu.
“Abang… Kemaslah sikit bilik … Bersepahnya…”
Ngomel Feeya.
Adi mengunci pintu biliknya. Feeya yang seakan terdengar bunyi pintu dikunci
menoleh. Dia meneguk liur. Sudah… Apa kes ini?
“Abang, kenapa kunci pintu? Kita berdua saja dalam rumah ini, tak pasal-pasal
kena tangkap basah,”
Feeya dipagut keresahan. Ada juga yang kena
gulai lepas ini.
Adi mara ke hadapan. Feeya menapak kebelakang. Sampai ke dinding, bakul baju
yang dipegangnya terlepas. Adi mendepakan tangannya di kiri dan kanannya. Dia
memandang Feeya dengan pandangan menakutkan.
“Abang… lepaskan adik…” Air mata mula membasahi pipi mulus Feeya. Adi mengelap
air mata Feeya.
“Sayang tak faham lagikah? Abang sayangkan Feeya,”
“Kalau macam tu tolong lepaskan Feeya…” Ujarnya merayu.
Adi merentap lengan Feeya. Kemudian, Dia menolak tubuh gadis itu ke atas katil.
Badan Feeya melayang.
“Hari ini Feeya akan jadi milik abang!!”
*
Feeya hanya terbaring lesu di atas katil. Meratapi apa yang telah berlaku. Dia
sungguh tidak menyangka yang selama ini, orang yang dia percaya telah meragut
kesucian yang selama ini dipertahankan hanya kerana sebuah penolakan. Dia tidak
mampu untuk menerima cinta lelaki itu. Hatinya pada orang lain.
Dan dengan apa yang berlaku sekarang ini, pasti lelaki yang dicintainya juga
tidak akan menerimanya.
Semua berkumpul di ruang tamu. Dato’ Huzairi dan Datin Salini memandang silih
berganti anak mereka sedang tenang duduk seperti tiada apa yang berlaku dan
anak angkat mereka yang tegak berdiri memandang Adi dengan pandangan membunuh.
“Feeya, Feeya dah fikir masak-masak ke? Takkan nak teruskan juga bawa hal ini
ke mahkamah?” Dato’ Huzairi bersuara.
“Feeya minta maaf, pa. Feeya nekad. Feeya takkan biarkan binatang ini hidup
tenang lepas apa yang dia buat pada Feeya!”
“Feeya…” Encik Ahmad bersuara.
“Kenapa? Ayah sanggup bela dia dari anak ayah yang dah di aniaya ini?” Feeya
sebak. Encik Ahmad menyebak rambutnya ke belakang.
“Bukan macam itu, nak… Tapi, Feeya dah fikir masak-masak? Macam mana dengan
maruah papa dan mama?”
Encik Ahmad
perlu bertenang. Dia juga sakit dan marah selepas anaknya diperlakukan
sebegitu, tetapi dia tersekat antara keluarganya dan hutang budi yang telah
ditabur.
“Habis itu, ayah? MAcam mana dengan maruah Feeya? Ayah ada fikir tak? Lagi kita
biar orang macam ini, lagilah dia tak akan teragak-agak buat pada orang lain!”
Semua terdian. Tidak tahu ingin membidas apa lagi.
Adi mencerun ke arah gadis itu. “Apa susah? Kahwin sajalah dengan abang,”
“Kahwin? Kahwin dengan kau??? Kau dah gila ke? Untuk apa aku perlu kahwin
dengan siamang macam kau? Untuk tambah mimpi ngeri aku?!!”
“Feeya!!!”
Feeya
tersentak. Dato’ Huzairi meraup wajahnya. Hatinya berbelah bahagi sekarang ini.
Adi sudah puas dimarahinya namun dia tidak menyangka kedegilan Feeya merumitkan
keadaan.
“Feeya tetap dengan keputusan Feeya. Feeya tak akan biarkan maruah Feeya terus
dipijak. Feeya minta maaf,” Dia berlalu dari situ.
*
Dua bulan berlalu….
Feeya menuju ke dapur di rumah sewanya. Dia meletakkan cawan kopinya di atas
sinki. Esok sahajalah basuh. Malam ini dia perlu menyiapkan tugasan projeknya
dengan segera. Tarikh akhir makin tiba. Kalau bertangguh lagi, masaklah dia.
“Hana… Kau tak tidur lagi?” Suri menyapa dalam mamai. Muka baru bangun tidur.
Feeya menggeleng. “Aku stay up. Kerja banyak tak siap lagi,”
Suri hanya
mengangguk. Kemudian, dia terus menuju ke bilik air.
Feeya memasuki biliknya. Dia duduk di mejanya dan bersedia membuka komputer
ribanya. Matanya tertangkap pada gambar keluarganya di sudut hujung meja. Air
matanya mengalir perlahan.
Sejak kejadian hitam itu, dia langsung tidak menjenguk keluarganya. Rumah itu
menjadi terlalu asing buatnya. Ibu dan ayahnya masih lagi bekerja di situ. Dia
faham. Budi yang ditabur orang kaya itu pada dia sekeluarga terlalu besar.
Tapi, tak cukup untuk Feeya melupakan apa yang dah dilakukan lelaki itu.
Walaupun lelaki itu sedia bertanggungjawab, baginya sudah tidak berguna.
Gadis itu mencampakkan foto itu ke dinding. Kemudian, dia menjerit sepuas hati.
“Pergi mampus kau setan!!!”
Dia menekup
telinganya dengan tangan. Suri menjenguk bilik temannya apabila terdengar
teriakan dari situ. Dia mendapatkan Feeya.
“Hana… Ya Allah… Bawa mengucap, Hana… Aku ada, kau selamat di sini…” Feeya
masih terhenjut menahan sendu. Malam yang sejuk seakan menangisi nasib gadis
itu.Suri cuba untuk menenangkan gadis itu. Dia tahu dugaan itu berat buatnya.
“Aku tak sanggup dah… Aku tak sanggup!!!” Feeya menangis di dalam pelukan Suri.
“Shh… Jangan cakap macam itu. Kau kan gadis yang kuat….”
Malam itu menjadi saksi beban yang tergalas di bahu gadis itu.
*
Dua tahun selepas…
Feeya menyiapkan saki baki laporan bulanan yang perlu dihantarnya esok. Hari
ini adalah hari perbicaraan kesnya yang tertangguh beberapa kali sejak dua
tahun lepas. Semacam ada konspirasi untuk melepaskan lelaki durjana itu. Dia
tahu dia tidak mempunyai kewangan kukuh seperti lelaki itu, tetapi dia berhak
untuk menegakkan haknya.
“Dengan ini diputuskan bahawa pihak defendan tidak bersalah,”
Feeya
tersentak. Adi berpelukan gembira dengan peguamnya. Feeya masih tegak di tempat
duduknya.
“It’s not suppose to be like this…” Feeya mengalirkan air matanya. Selama dua
tahun ini, perjuangan sia-sia. Nothing!
Dia keluar dari mahkamah dengan hati yang sebal. Sungguh ini satu lagi dugaan
yang berat baginya.
Tiba-tiba, tangannya ditarik seseorang. Badannya dilayangkan ke dinding dan
ditahan dengan dua tangan lelaki itu di kiri dan kanannya. Feeya trauma. Dia
berada dalam situasi yang sama seperti dua tahun lalu.
“Puaskan hati kau??? Aku dah terlepas dari tuduhan,” Adi tersengih jahat.
“Dan aku akan pastikan
yang kau takkan terlepas dari aku lagi…”
Feeya cuma untuk mengatasi ketakutannya. Peluh merecik di seluruh mukanya. Dia
memukul dada bidang lelaki itu sekuat hati. “Lepaskan aku!! LEpaskan,”
Adi menahan pukulan tangan gadis itu dengan kekuatannya. Serentak dengan itu,
bibirnya mula menyentuh bibir gadis itu. Feeya tersentak dan ingin menepis.
Ternyata lelaki itu lebih kuat. Tangan lelaki itu mula merayap di bahagian
badannya. Feeya dengan saki baki kekuatannya menolak badan lelaki itu dan
berlari dari situ.
Dia mengesat bibirnya yang telah dicemari itu. Dia sungguh tidak berdaya ketika
itu. Dia terduduk ditepi keretanya. Tangis dihambur sekuat hatinya.
“Hana…” Suri terus memeluk gadis itu. Dia juga terkejut dengan keputusan kes
itu tadi. Sungguh berat sebelah.
Feeya terus menghamburkan tangisnya lebih kuat di dalam dakapan Suri.
*
Semangat Feeya hilang sejak kes itu ditutup. Dia seperti orang hilang arah. Kehidupannya
tunggang terbalik. Suri juga tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya memberi
semangat.
Sesekali orang tuanya datang, tetapi Feeya sering mengelak. Mungkin masih
terasa hati dengan tindakan mereka yang seakan membelakanginya.
Suri meletakkan secawan kopi panas dan bubur di hadapannya. “Hana… makan sikit,
kau dah berapa hari tak makan… Aku risaulah…”
Feeya menggeleng. “Letak je kat situ… Kalau aku lapar aku makan,”
“Hana…”
“Just leave me alone,” Feeya meminta perlahan.
“Hana…”
“Please…” Suri mengangguk. Dia keluar dari situ. Sebelum itu sempat dia berkata
pada teman baiknya.
“Aku dah kehilangan kawan baik aku…” Kemudian, dia berlalu pergi.
Feeya menangis sendirian.
“Aku lebih
teruk, Su. Aku hilang diri aku. Dan aku tak mampu nak dapatkannya balik. Aku
minta maaf,”
*
Dia berdiri di atas bumbung pejabatnya yang mempunyai 28 tingkat. Dia merenung
jauh langit di atasnya. Dia sudah hilang dirinya, maruahnya, keluarganya,
rakannya dan segala yang dia ada. Mungkin sudah tiba masanya dia akhiri semua
ini.
Suri berlari menaiki tangga dengan kasut tumit tingginya ke arah bumbung.
Temannya dalam bahaya. Kenapa Hana?? Kenapa kau macam ini??
“Hana!”
Dia memanggil
dalam mengah. Dia perlu bertenang sebelum muka cantik temannya terhempas ke
bumi.
Feeya menoleh. Dia tersenyum. “Hai, Su… Jangan risau, lepas ini kau takkan
jumpa aku lagi dah…”
“Na… JAngan buat macam ini. Ingat Allah… Kau ingat dengan mati semua masalah
kau boleh selesai? Tolonglah turun…” Suri merayu.
“Hidup aku dah musnah, Su… Tak ada siapa sayang aku lagi…” Feeya berkata sayu.
“Aku sayang kau, Na… Aku sayang. Aku tak nak kehilangan kau…”
Pihak polis dan bomba sudah tiba di lokasi. Orang ramai sudah membanjiri
hadapan pejabat itu apabila melihat sorang wanita sedang berdiri betul-betul di
atas bumbung bangunan. Pihak Bomba sudah siap sedia untuk dekat dengan Feeya.
Proses memujuk mengambil masa yang lama. Feeya bukan mudah untuk dilembutkan.
Hatinya keras. Sekeras 12 tahun yang lalu. Suri memujuk pun tak jalan.
“Pergilah!! Biar saja aku mampus kat sini!!” Feeya tiba-tiba meradang. Geram
kerana niatnya terbantut.
“Adik… Kita boleh bincang benda ini… Adik tak perlulah sampai nak bunuh diri,”
“Bincang apanya??? Kalau siamang tu pun boleh lepas dari mahkamah…!!” Mukanya
merah. Ahli bomba wanita itu mendekati Feeya perlahan-lahan.
“Jangan dekat!” Feeya naik minyak. Kakinya menapak ke belakang. Malang baginya,
dia menapak terlalu jauh ke belakang. Badannya tak dapat diimbang lagi, lalu
dia jatuh dari bangunan itu.
“HANA!!!!”
*
Dia membuka mata. Suasana yang asing baginya. “Aku dah masuk alam barzakh ke?”
“Hana… Syukur kau selamat,” Suri mengalirkan air matanya. Ibu dan ayahnya juga
berada di situ.
“ Aku kat mana ni??”
“Kau di hospital,” Feeya senyap.
“Nak… kenapa Feeya buat macam ni…. Risau ibu dan ayah…” Lirih suara si ibu
terhadap anaknya. Feeya hanya senyap.
“Kami dah berhenti kerja dengan Dato’ Huzairi. Lebih baik daripada kehilangan
satu-satunya anak yang kami sayang,” Feeya memandang ayahnya.
Air matanya mengalir perlahan. Dia bangun dengan berhati-hati dan memeluk
ayahnya. “Feeya sayang ibu dan ayah juga….” Puan Anisa juga memeluk anaknya.
Mereka menghamburkan semua perasaan rindu yang bersarang di hati.
*
Dia menghampiri gadis itu yang sedang nyenyak tidur. Perlahan dia mengelus
lembut pipi gadis itu. Wajahnya pucat. Tangannya beralih pula ke bibir gadis
itu. Kemudian, ke kening. Tangannya menyentuh semua bahagian di mukanya. Dan
menjalar ke leher.
Gadis itu terjaga. Dia terkejut melihat susuk tubuh lelaki itu. Dia ingin
menjerit tetapi mulutnya pantas ditekup.
Adi mendekatkan mukanya ke muka gadis itu. Ada riak takut pada wajah Feeya. Adi
tersenyum. “Kan senang kalau kau kahwin je dulu dengan aku… Taklah hidup kau
merana macam sekarang…”
Air mata Feeya mengalir. Memori dua tahun lepas memuntahkan isi di dalam
kepalanya. Feeya resah. Trauma menguasai diri. Dia meronta.
Usahanya tidak setaraf dengan kekuatan lelaki Adi. Lelaki itu naik ke katilnya
dan merentap lengan bajunya. Mulut gadis itu masih lagi ditekup. Naya juga
kalau gadis itu menjerit tengah malam buta ini. Walaupun teman sebiliknya sudah
dipengsankan tadi, ada kemungkinan jiran-jiran terdengar.
Feeya makin lama makin lemah. Dia masih lagi kalah dengan lelaki itu. Kalah
dengan nafsu binatang lelaki itu.
Apa yang dia mampu buat pada masa itu hanya menangis.
*
“Okay, Tan Sri… I call you back…” Dia menekan butang end call pada telefon
pintarnya. Dia terus menuju ke arah keretanya yang diparkir di luar pejabatnya.
“Abang Adi…” Lelaki itu menoleh. Gadis itu tersenyum padanya.
“feeya…”
Feeya tersenyum
manja. Dia mendekati lelaki itu dan merayapkan tangannya ke dada bidang Adi.
“Feeya dari mana ini? Dah malam pun keluar lagi??” Adi bermain dengan rambut
ikal gadis itu. Dia pelik juga kenapa gadis ini meninggalkan tudungnya, tetapi
dia terlalu gembira dengan penerimaan gadis itu.
“Tunggu abanglah… Feeya rindu abang. Feeya sedar yang Feeya dah lepaskan
permata paling berharga dalam hidup Feeya. Even Hadri yang Feeya harapkan
itupun tinggalkan Feeya…” Dia membuat muka kasihan.
“Tak apa..abangkan ada,” Adi mencium telinga gadis itu. Feeya menggeletis
manja.
“Peluklah Feeya…” Adi tersenyum.
“My pleasure..” Adi memeluk gadis itu.
Feeya tersenyum. “Peluklah sampai kau puas,” Sebilah pisau tajam dirodok tepat
ke dalam perut lelaki itu. Adi tersentak.
“Itu balasan pertama kerana ragut kesucian aku,” Dia memusing pisau itu yang
masih menikam perut Adi. Lelaki itu menahan kesakitan.
“Ini untuk kau yang dah hancurkan hidup aku,” Dia mengeluarkan pisau itu dari
perut Adi. Darah keluar dari perutnya. Feeya tersenyum sinis. Melihat lelaki
itu tidak bernyawa lagi, dia menyepak lelaki itu sepuas hati. Feeya terduduk.
Dia menangis berteleku di tepi lelaki itu. Perlahan-lahan, tangisnya diganti
dengan tawa. Tawa yang menakutkan….
TAMAT
No comments:
Post a Comment